☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Oi Haifa bangunlah." Kejut Fazira yang sedang mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kering di hadapan cermin panjang.
Haifa yang sedang nyenyak tidur bergerak sedikit kerana terganggu dengan suara Fazira sebentar tadi.
"Eish budak ni. Ni mesti tidur lambat semalam, tu liat semacam je nak bangun ni." Fazira membebel sendiri.
Dia kemudiannya meletakkan tuala di koridor luar untuk membiarkan haba matahari mengeringkan tuala tersebut.
Katil Haifa dituju.
"Haifa. Bangun-bangun. Sarapan." Fazira mengoyangkan kaki gadis itu berulang-kali.
"Hmmm"
Jawab Haifa yang masih tidak mahu bangun. Udara yang sejuk dan selimutnya yang hangat menyukarkan dia untuk membuka mata.
"Kau tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Fazira mahu jawapan daripada gadis itu.
Haifa tidak menjawab, namun dia menggaru lehernya kemudian kembeli nyenyak.
"Oi Oi bangunlah!!" Fazira sudah hilang kesabaran. Dia sudah bercekak pinggang.
"Aku ngantuk lah Fazi...." serak suara Haifa.
"Ya, aku tak kesah pun kau ngantuk ke tak. Dah bangun-bangun! Gi mandi!
Kau tau kan, semua kena sarapan sama-sama.
Insyi dah masak macam-macam dah untuk kita sarapan. Sekarang bangun dan pergi mandiiii!" Kata Fazira sambil menarik tangan Haifa membantu dia untuk bangun.
Setelah menggunakan segala kudratnya, akhirnya Fazira berjaya membawa Haifa ke dalam tandas.
"Cepat! Semua dah tunggu dah!" Kata Fazira sebelum berlalu keluar.
Haifa yang sedang duduk di atas penutup tandas tidak menjawab. Dia masih lagi memejamkan matanya kerana sangat mengantuk.
♧♧♧
"Morning semua!!" Ara yang baru sahaja keluar daripada biliknya menyapa mereka yang berada di dapur.
"Morning Ara."
"Morning."
"Good morning Ara."
Semua yang berada di dapur menjawab sapaan Ara di pagi hari itu. Mereka semua sedang membantu Insyi menyediakan makanan seperti menghidangkan lauk dan membawa pinggan ke meja makan.
Sniff. Sniff.
"Wuish sedapnya!! Nasi lemak!!" Hanim sudah teruja dia berjalan laju ke dapur. Zahira tersenyum melihat wajah gembira rakannya itu. Insyirah masak memang selalu sedap.
"Siapa lagi tak ada ni?" Tanya Insyirah sambil mengelap tangan basahnya di kain bersih yang berada di pemegang oven.
"Haifa." jawab Fazira
"Alif." kata Naji
"Okay duduklah semua. Tunggu diorang datang." Akhaira mempelawa rakan-rakannya untuk duduk.
Masing-masing sudah lapar dan mahu makan sarapan yang dibuat oleh Insyirah.
Haifa yang baru sahaja keluar daripada lif terus menuju ke dapur. Wajahnya sedikit masam.
Fazira mempelawa Haifa duduk di sebelahnya. Haifa mencebik sedikit, kenapa dalam banyak-banyak tempat, Naji perlu berhadapan dengannya.
"Mana Alif ni, cepatlah aku lapar!!" Kata Dhera bengang.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...