☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
"Tidak, jika putera kau yang akan mati dulu!"
Mendengar sahaja ayat Haifa itu, wajah mahluk itu kelihatan amat marah dan bengang pada Haifa.
Berani betul gadis mentah ini berkata sebegitu. Haifa perlu tahu, 'putera' yang dia ugut untuk membunuh sebentar tadi merupakan ketua mereka dan akan menjaga mereka semua.
'Berani kau cakap ketua aku macam tu!!'
Dia mengeluarkan tangannya dari celahan besi-besi panjang pagar penjara itu.
Kolar baju Haifa di cengkam kuat.
"Arkk.." gadis itu tercekik. Kini, dia betul-betul berhadapan dengan wajah mahluk itu.
'Bunuh aku.'
Kening Haifa berkerut.
'BUNUH AKU SEKARANG!!'
Tuh!
Haifa meludah di wajah mahluk itu.
"Kau fikir aku bodoh? Kau nak aku sia-siakan batu permata aku hanya untuk kau je ke?" Jelas Haifa. Dia sudah mula berfikir waras. Ya, dia tahu pasti ada jalan penyelesaian untuk masalah ini.
Jika tadi dia menangis kerana terkejut dengan kata-kata mahluk itu, kini dia tidak mahu tertipu dengan helah untuk membangkitkan ketuanya yang berada di dalam badan Haifa.
Cengkaman di kolar baju Haifa semakin kuat. Wajahnya terhentak ke penghadang besi dengan laju.
Haifa tidak mampu melawan kekuatan mahluk itu, dia juga tidak mahu menghabiskan tenaganya untuk melepaskan diri.
'Hah! Kau tak boleh bunuh ketua aku dengan mudah!'
Haifa menghembuskan nafasnya dengan kuat. Wajahnya dan wajah mahluk itu sangat dekat, hanya penghadang besi sahaja yang menjadi jarak antara mereka berdua.
"Kenapa?? Kau takut kau akan mati?" soal Haifa membuat mahluk itu bengang.
'Dengar sini perempuan! Kau berkongsi jantung dengan putera kitaorang. Kalau, kau bunuh dia... kau jugak akan mati! AHAHAHAHHAHAHAHAH!!!'
"Sial kau!!!!!" Haifa menembak mahluk itu tepat ke jantungnya. Mengapa dia tidak terfikir tentang perkara itu.
Jasadnya, degupan jantungnya, rohnya, berkongsi dengan ketua mereka!
GRRRRRRRrrrrrrrrrrrr.....
Mahluk tersebut menggelupur.
Perlahan-lahan mahluk itu memandang Haifa dengan wajah yang puas hati. Dia tidak hairan jika dia mati, apa yang dia mahu ialah kebangkitan Putera mereka.
Dada Haifa berombak laju, dia melorot ke lantai perlahan-lahan, lalu dia terpandang wajahnya dipantulan kaca.
Satu pantulan cahaya keluar daripada matanya.
Memang benar...
Memang benar kesemua kata-kata mahluk itu... matanya mengeluarkan cahaya sebaik sahaja mahluk itu mati...
Jadi, apa yang mahluk itu katakan tadi bukanlah perkara yang main-main.
Di dalam badannya juga terdapat mahluk yang tak patut wujud!
Haifa mengigil ketakutan. Dia mengigit bibirnya dengan kuat. Hidung terasa sakit lalu air matanya bertakung.
"ARH!!!" Haifa menendang besi penjara itu dengan kuat.
"Tak...tolonglah... ini semua mimpi... tolonglahhh.. " rintih Haifa. Sebiji batu permata di gelang kakinya sudah pudar lalu hilang.
Air matanya jatuh, pistol di tangannya sudah dilepaskan. Kini Haifa kembali bermonolog sendiri.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...