BAB 9

1K 99 6
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Good morning students. Today your test will be a little bit hard from yesterday."

Semua peserta mengeluh sedikit. Semalam pun mereka sudah tercabar dengan dua ujian yang nampak biasa tetapi sebenarnya sukar.

"We already prepared 15 tests to all of you. It's all about your skills...  We will also eliminate 15 students today. Be careful maybe it's your day today."

"15!!" Salah seorang peserta terkejut. Automatik semua kecut perut. Ada yang sudah mengigil ketakutan, tangan berpeluh dan tidak senang duduk.

Macam yang mereka fikirkan. 2 ujian kelmarin pun sudah sukar. Menguji kecekapan mereka dan cara berfikir. Jika mahu tarik diri dari peluang keemasan ini, sudah terlambat. Jadi mahu atau tak mereka harus berjuang sebaik mungkin. Peluang sebegini tidak akan datang lagi sekali.

"It's okay. Don't worry. Before we start our 15 test, we will show, how to do it in the right way, one by one."

Mereka mengeluh lega. Sekurang-kurangnya mereka dapat melihat teknik untuk menghadapi 15 ujian terlebih dahulu.

Haifa tidak bersedia. Dia dapat rasa hari ini hari tidak bertuahnya. Dia tidak reti apa-apa pun. Dia risau kerana semua 26 pelajar di sini mempunyai bakat masing-masing dan banyak tahu perkara asas.

'Kau boleh buat Haifa. Just do it! ' Kata Hatinya.

"We will begin..."

Masing-masing mengambil nafas untuk bersedia.

"now"

♧♧♧

Akhaira memasuki dewan dengan megah. Semua peserta amat teruja dengan kehadiran seorang lagi pelajar Genial.

Haifa yang sedang dalam kekeliruan bertanya soalan kepada Amira. "Siapa dia?" Haifa menyoal. Dia memang tidak pernah tahu siapakah pelajar genial di dalam sekolah mereka ini.

"Itu Akhaira. Genial Of Musician. Dia hebat dalam bermain kesemua alatan muzik tidak kira tradisional ataupun moden.  Bagilah apa pun alatan muzik, pasti dia dapat bermain dengan cekap." Amira memuji kehebatan Akhaira.

"Damn. Hebat gila" Haifa ternganga. Pengetahuannya terhadap pelajar Genial memang kosong. Itulah, kerana dahulu dia amat bencikan dengan gelaran pelajar Genial tetapi tengoklah dia berada di mana sekarang. Menduduki ujian untuk menjadi salah seorang pelajar Genial.

 Kemudian mereka melihat beberapa alatan muzik di bawa masuk.

"Jadi kita kena main alat muzik?? " Haifa tercengang. Piano, seruling dan gitar di bawa masuk dan diletakkan di atas pentas.

"Selamat pagi kepada semua peserta" Akhaira memulakan sapaan kepada 27 pelajar di hadapannya.

"Selamat Pagi" mereka menjawab serentak.

"Hari ini kalian perlu menempuhi 15 ujian dengan cemerlang. Kalian tidak perlu risau kerana setiap ujian akan diberi demo terlebih dahulu sebelum kalian mula bertanding.

Untuk pengetahuan semua, pertandingan ini akan berlangsung sehingga malam. Dan penyingkiran akan berlaku pada setiap pusingan. Andai kata anda merupakan pelajar yang tersingkir, anda perlu lah keluar dari dewan melalui pintu belah kiri dan pulang ke rumah masing-masing.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now