BAB 50

823 100 24
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Haifa yang sudah selesai membersihkan diri menuju ke almari, untuk mengambil tuala yang kering bagi mengeringkan rambutnya.

Kemudian dia menuju ke meja solek bagi melakukan rutin penjagaan kulitnya.

Tidak pernah sehari pun dia meninggalkan rutin itu kerana amat penting untuk dia memastikan kelembapan kulitnya, jika dia tidak melakukan rutin itu, kulit mukanya mungkin akan menjadi kering dan rosak dengan lebih teruk.

Fazira memasang peranti pembesar suara dan meletakkan bunyi pada tahap tinggi sekali. Lagu Broke Me First by Tate McRae di dendangkan, bunyi itu memenuhi ruangan bilik mereka.

Kepala Fazira mengangguk-angguk mengikut rentak lagu sedih itu.

Sememangnya inilah anak muda suka lakukan, memasang lagu sedih untuk menyelami jiwa mereka yang pada awalnya tidak sedih namun sengaja menenggelamkan diri dalam kesedihan.

Ting!

Bunyi notifikasi daripada telefon Fazira telah berbunyi dengan kuat dari pembesar suara itu. Haifa juga perasan telefon bimbitnya bercahaya secara tiba-tiba, ini menandakan dia juga mendapat notifikasi.

Adakah Fazira dan dia mendapat notifikasi yang sama?

"Kita dah dapat misi kedua kita." kata Fazira masih lagi menatap skrin telefon bimbitnya secara perlahan-lahan untuk membaca mesej daripada ketua kumpulan mereka.

"Zarif Zakwan...." terpacul nama itu di bibir Haifa setelah melihat nama ahli kumpulan yang akan bergabung dengan mereka. Kening Haifa bertaut tidak puas hati.

"Kau kenapa? Muka monyok je." Fazira perasan akan perubahan wajah Haifa setelah membaca mesej daripada Akhaira.

"Kau nak dengar tak? Aku nak citer ni." Haifa membuat tawaran kepada Fazira.

Fazira mengangguk dengan laju. Gosip di tengah malam? Siapa yang tak mahu!

Haifa sudah berlari menuju ke katil gadis itu. Dia sudah pun duduk bersila di hadapan Fazira untuk memulakan cerita.

"Kau ingat tak, kau ada cakap kat aku yang ahli Beast Hunter semua perempuan. Betul tak?" Haifa menyoal.

Fazira menyelitkan rambutnya kebelakang telinga sambil mengangguk.

"Then, kau tak terkejut ke tengok list group nama-nama lelaki, yang Akhaira send tu?" soal Haifa kembali.

Dengan laju Fazira menggeleng.

"Jadi, maknanya kau dah tahu lah yang kumpulan diorang tu wujud??????" Haifa mula terasa bengang. Perlahan sahaja Fazira mengangguk.

Seram pula melihat Haifa yang mahu naik darah itu. "Asal kau tak bagitahu aku?!" Haifa menepuk peha gadis itu dengan kuat.

"Auch sakitlah! Aku tak bagitahu kau sebab aku lupa lah." jawab Fazira. "Macam mana kau boleh lupa? Kan group diorang je paling ganjil?!" Jeling Haifa.

Fazira tersengih. "Sumpah aku lupa! Aku lupa group tu wujud. Kau tau tak bila kali terakhir kitaorang ada kaitan dengan kumpulan tu?" tanya Fazira pula.

Haifa mengangkat keningnya. 'Bila?'

"Waktu umur 14 tahun. Kau fikir aku akan ingat keeee??" Fazira membela dirinya. "Elehh" balas Haifa.

"Tapikan Fazira, ada benda yang menganggu fikiran aku sekarang." Haifa masih lagi memikirkan perkara itu sejak dari pagi tadi setelah dia melihat kumpulan Zakwan membunuh mahluk tersebut.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now