☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Sudah hampir pukul 12:30 malam.
Haifa masih lagi mencari Sarah di dalam hutan pemisah itu.
Badannya sudah penat kerana dari mula lagi dia mencari Sarah di dalam hutan ini tetapi dia masih tidak nampak kelibat Sarah.
Tiada satu petunjuk pun yang dia dapat selain daripada suara Sarah yang memanggilnya beberapa kali.
Hutan ini agak tebal dan sebab itulah ia menjadi pemisah antara bangunan baharu dan juga bangunan lama.
"Sarahhh!!" Jerit Haifa, dia menepis dahan-dahan yang berduri itu. Tangannya yang sudah calar-balar tidak lagi Haifa endahkan.
Nampak sangat hutan ini tidak pernah diceroboh oleh sesiapa kerana duri-duri daripada pokok ini, menjalar dengan subur.
"Phoenix sakit, mana sarang kau?" tanya Akhaira yang sudah hampir selesai mengelilingi sekolah.
Kini hanya kawasan bangunan lama sahaja yang masih belum dia periksa. Nampaknya, Sarah memang berada di kawasan bangunan lama itu.
"Aku dalam hutan pemisah." balas Haifa, tangannya sibuk menolak-nolak dahan yang menghalang laluannya.
Mereka yang berada di dalam saluran komunikasi terkejut mendengar jawapan Haifa.
Gadis ini betul-betul sudah gila!
Hutan pemisah merupakan hutan yang tak patut manusia jejaki! Walaupun hutan itu berada di dalam sekolah mereka tetapi kerana itulah pihak sekolah mencipta satu laluan khas buat pelajar-pelajar.
"Kau keluar dari situ! Jangan masuk sorang-sorang!" Arah Akhaira. Dia melajukan lariannya.
Haifa tidak mengendahkan arahan Akhaira. Dia tetap meneruskan langkahnya di dalam hutan ini. Dia yakin Sarah berada di sini.
Dia dengar Sarah memanggilnya beberapa kali. Kalau tiada siapa mahu percayakan dia, biar dia sendiri buktikan Sarah berada di sini. Di dalam ini.
Haifa mengeluarkan pisau yang tersimpan kemas di pinggangnya. Dia dapat rasakan ada sesuatu sedang memerhati dirinya. Cincin yang dipakai olehnya bergetar.
Langkahnya dihentikan. Haifa cuba mencari lokasi benda yang memerhatinya itu
"Grrr... grrrr..."
Bunyi itu betul-betul berada di belakang Haifa. Suara itu membuatkan bulu romanya meremang. Dia menelan air liur dengan kesat. Pisau di tangan dipegang erat.
Haifa memalingkan badannya ke belakang dengan pantas.
"Hak!" Haifa melibas tangannya yang memegang pisau ke arah benda di belakangnya.
Splash!
Darah memercik ke muka nya. Haifa jatuh terduduk. Mulutnya seperti terkunci, tidak dapat bersuara.
Ap- apa benda tu! Tubuhnya besar seperti beruang, dikelilingi aura berwarna merah dan hitam, ia bercampur aduk di badan lutsinar itu.
Giginya besar dan taringnya menyeringai. Air liurnya menitik-nitik, mata hitam sebesar bola pingpong itu memandang tepat ke dalam mata Haifa.
Darah terpancut keluar dari leher mahluk itu tidak berhenti.
"GRRRRR!"
Bunyi menderam itu semakin kuat. Haifa tidak pasti mahluk itu marah padanya ataupun dalam kesakitan.
Mahluk itu memandang ke arahnya dengan wajah yang menakutkan. Mereka berdua saling berpandangan.
Haifa berganjak ke belakang sedikit demi sedikit kerana mahluk itu sedang berjalan perlahan ke arahnya.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...