BAB 65

703 101 34
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

(You're.... the leader...)

Haifa tergamam. Dia mula bangun daripada kerusi yang di dudukinya. Dia keliru.

"Tch... kau cakap apa ni?" wajah Haifa tidak mempercayai kata-kata mahluk itu. Dia menarik nafas sedalam yang boleh.

'Sabar Hafia. Mahluk ni memang suka main-main dengan kau. Kalini, kau tak boleh bunuh dia selagi kau tak dapat jawapan. Jangan bagi emosi kau kawal diri kau. Kalini je!'

Mahluk itu sudah tersenyum.

Haifa memandang mahluk itu dengan wajah tidak puas hati, tepat pandangan Haifa ke dalam anak mata mahluk itu.

Tidak lama kemudian, Haifa tergelak.

"Ahahahaha! Hahahahaha! Pandai betul kau buat lawak ya. Taat betul kau dengan ketua kau kan, sampai kau tak nak bagi tahu langsung kat mana dia! Lepastu, tuduh aku pulak?!" Haifa menengking mahluk itu.

Mahluk itu tidak kesah dengan jeritan Haifa dan meneruskan niatnya.

'Kau, nak tahu tak, saat bila aku sedar yang kau rupanya ketua aku...?'

sengaja mahluk itu bermain tarik tali dengan Haifa.

"Tak nak." Jawabnya. Namun, dia berdebar ketakutan.

'Mata kau, bila kau marah aku tempoh hari... aku nampak mata ketua aku dalam mata kau...'

"Heh... nonsense..." Haifa cuba menyedapkan hatinya.

'Kau masih tak percayakan aku lagi? Sampai sekarang, aku masih tertanya-tanya macam mana kawan-kawan kau masih tak nampak perubahan pada diri kau.

Kalau kau nak tahu, bila ada spesies aku mati depan spesies yang lain, mata mereka akan keluarkan cahaya putih untuk beberapa detik...

Takkan kau tak nampak perubahan dekat mata kau, sebab kau kan dah bunuh ramai sekutu aku.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!'

Haifa memandang mahluk itu dengan wajah tidak percaya. Masih lagi mahluk itu mahu menipunya.

"Wow... tapi kau kena faham satu benda ni, aku. bukan. sekutu. kau." jelas Haifa.

Ini Haifa! Dia tak akan percaya penipuan mahluk tersebut semudah itu!

Mahluk tersebut, kemudian memandang ke arah lengan kanan Haifa.

'Tangan kanan kau tu...'

Berkerut dahi Haifa mendengarnya.

'Tangan kanan kau cedera... Betul tak?'

Kchak!

Pistol di tangan gadis itu diangkat, ditumpukan tepat di dahi mahluk itu.

"Kalau tangan aku cedera pun. Apa masalahnya?" Haifa menyoal lagi.

Jantungnya berdetak dengan laju. Dia tidak bersedia untuk mendengar penjelasan mahluk itu.

'Aku tiada masalah dengan perkara tu, sebab aku juga dapat kecederaan yang sama macam kau.'

Haifa memandang lengan mahluk itu. Walaupun lengan mahluk itu ditutupi dengan bulu tetapi Haifa masih dapat melihat kesan parut itu.

Memang sama!

Parut yang dia miliki sama seperti parut di lengan kanan Haifa. Parut yang tebal, berwarna biru hijau serta menjalar ke seluruh lengan.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now