BAB 8

1K 107 1
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Tinggal 27 peserta sahaja lagi di dalam dewan. Mereka semua membersihkan dewan dan mula membentangkan sleeping bag masing-masing.

Haifa dan Amira membentangkan sleeping bag mereka bersebelahan. Lalu mereka bergilir-gilir mandi bagi menjaga barang masing-masing. Setelah  mereka selesai mandi, Amira yang berada di sebelah Haifa mula menyoal.

"Haifa. Rasa-rasa esok kita dapat ujian macam mana?" tanya Amira ingin tahu. Haifa hanya mengangkat bahu. Malas dia mahu fikir. Dia buat sahaja. Walaupun tidak sangka dia mampu bertahan sehingga sekarang namun dia rasakan itu satu pencapaian yang baik buatnya.

"Aku..." 

tiba-tiba telefon Amira berdering. Laju sahaja tangannya menolak skrin ke atas. Ibunya telefon.

Haifa yang berada di belakang Amira memandang ke arah kamera telefon Amira. Mereka 'video call' rupanya. Sementara itu Haifa mengeluarkan minyak, serum, semburan wangi untuk rambutnya. Malam-malam memang ini kerjanya. Memberikan khidmat spa kepada rambutnya. 

"Makk! Kenapa tak tidur lagi" Amira menyoal ibunya manja.

'Mak..' detik hati Haifa. "Eh Amira pergi tidurlah." suara lelaki keluar daripada pembesar suara telefon Amira.

"Sabarlah. Aku teman Haifa tengah spa kan rambut dia ni haa" Amira menunjukkan Haifa yang sedang khusyuk menyanggulkan rambutnya.

Haifa melihat wajah Ibu Amira dan Alif di paparan skrin telefon Amira. Segera dia menolak kamera telefon Amira jauh darinya. 

"Apa ni Mira. Malu aku. Aku bare face ni." kata Haifa, dia segan. 

Amira tergelak. "Cantik je aku tengok. Jangan nak mengada sangat." kata Amira. Alif dan ibunya yang berada di dalam talian masih mendengar perbualan anaknya dan rakannya.

"Tu, siapa nama kawan kamu tu Amira" tanya ibunya. "Haifa, mak" belum sempat Amira menjawab, Alif sudah menjawab terlebih dahulu.

"Eh, iya? Cantik nama kamu. Tengok lagi sekali gerangan orangnya. Mesti cantik seperti empunya nama" puji Ibu Amira. "Amboi mak, melebih nampak puji Haifa. Tapi mak betul, Haifa cantik. Ni ha tengok ni nah" Amira memasukkan dirinya dan Haifa ke dalam kamera. Sengaja dia mahu menunjukkan wajah Haifa dan dia sekali.

Haifa hanya tersenyum. Segan pula dia. Bukannya ada apa-apa pun. Sengaja Amira mahu menunjukkan mukanya. 

Alif tersenyum memandang Haifa dan adiknya. "Eh kau asal senyum-senyum macam tu." kata Amira mengusik Alif. Senyuman Alif terhenti lalu dia memandang ke arah televisyen semula.

Ibu mereka tersenyum kecil. Ada-ada saja mereka berdua ni. "Oklah mak. Kitaorang nak tido dah ni. Esok malam call semula ye" kata Amira yang sudah pun menguap. "Iya. InsyaAllah" kata ibunya. Sempat lagi Amira mengingatkan Alif supaya datang membawa tudungnya esok pagi.

Alif pula menjawab acuh tidak acuh. Malas betul dia mahu datang ke sekolah pada waktu cuti begini. Namun dia terpaksa juga datang jika dia tidak mahu dipukul oleh kembarnya. Pukulan Amira sangat berbisa.

Haifa membaringkan dirinya di dalam sleeping bag. Dia cemburu sebenarnya melihat Amira berborak dengan ibunya sendiri.

Dia juga ingin rasa bagaimana rasa berborak dengan ibunya. Dia juga ingin menceritakan rahsia-rahsia yang dia tahu kepada ibunya. Siapakah cinta hatinya. Bagaimana rasanya bermanja. Bagaimana rasa masakan ibunya. Semuanya dia teringin.

"Mama..." Kemudian Haifa memejamkan matanya.

♧♧♧

Pagi itu mereka bangun terlalu awal. Amira mengejut Haifa kerana perutnya memulas. Seawal 4 pagi mereka sudah bangun. Setelah itu mereka tidak dapat tidur dan mengambil keputusan untuk bersiap awal.

Mereka menuju ke luar dewan menunggu kehadiran Alif. "Kalau aku tersingkir harini. Kau jangan lupa aku tau." tiba-tiba sahaja ayat itu terpacul keluar dari mulut Amira. "Apa kau ni. Belum apa-apa lagi dah mengalah." Haifa tidak suka apabila Amira berkata sedemikian.

"Aku cuma ingatkan saja."kata Amira sepatah. Mengibas-ngibas bajunya. "Yelah, kalau aku tersingkir pula kau jangan lupa aku" kata Haifa pula.

Pap!

Satu pukulan singgah di lengan Haifa. "Apa kau ni. Kau kena stay dalam ni" Amira memarahi Haifa. Haifa tergelak. "Apa ni sakitlah. Kau kalau keluar boleh? Kalau aku keluar tak boleh??" Haifa mengosok lengannya.

"Aku kalau keluar, masih bersekolah di sini, tapi kau. Kau kata kau nak pindahkan bila kau terkeluar. Aku tak nak kau pindah Haifa." Amira memeluk Haifa erat.

Mengada betul rakannya seorang ini. Haifa diam namun di dalam sudut hatinya dia tersentuh dengan pelukan erat oleh Amira. Tidak sangka masih ada yang menyayanginya di dunia ini.

"Aku fikir dah tak ada siapa sayang aku lagi Amira" Haifa membalas pelukan rakannya. Dia menangis sedikit. "Ehh apa kau cakap ni. Aku sayang kau tau Haifa. Walaupun kita baru kenal tapi aku sayang kau sebagai sahabat aku!" Amira menepuk perlahan belakang Haifa.

"Aku tak pernah rasa kasih sayang mak. Ayah aku pula dah lama sakit dan hanya terlantar di katil dan dah pergi pun tinggalkan aku. Ada ibu tiri dan saudara tiri pun diorang tak pernah sayang aku. Aku rasa kosong Amira. Aku rasa tak diperlukan dan sejujurnya semalam aku cemburu tengok kau video call dengan mak kau" Haifa melepaskan luahan hatinya. Dia menangis teresak-esak.

"Haifa dengar sini, dalam dunia ni, orang yang pergi tinggalkan kita semuanya masih berada di sini" Amira menunjukkan jarinya ke hati Haifa.

"Kat sini, semua orang yg kita sayang. Semua duduk di sini. Diorang tidak ke mana. Dan kau janganlah sedih, sebab bila kau sedih, orang yang sayang kau juga mesti bersedih"kata Amira. Bersungguh dia memujuk rakannya itu. Haifa mengangguk faham, dia mengesat air matanya.

"Dah jangan nangis ok. Lap air mata tu, Alif dah sampai" kata Amira lalu menuju ke arah kembarnya. Haifa mengesat air matanya.

"Nah tudung kau. Jangan nak suruh aku datang sini lagi" kata Alif sambil menyuakan tudung kembarnya di hadapan muka Amira. "Siapa cakap, kalau aku tersingkir hari ini. Kau kena ambil aku balik." kata Amira menyambut suaan Alif.

"Kau balik jalan kaki. Malas aku nak datang sini dah." Alif memalingkan muka ke arah keretanya yang berada di luar sekolah. 

Haifa menuju ke arah mereka berdua.

"Eh kau jangan mention pasal mak atau ayah depan Haifa tau. Dia sensitif." kata Amira berpesan sebelum Haifa sampai ke tempat mereka. Belum sempat Alif bertanya kenapa, Haifa sudah tiba.

"Oklah goodluck to you guys. Gambate!" Alif mengangkat sebelah tangannya tanda menyokong mereka berdua. "Thank you " kata Haifa sambil tersenyum. "You're welcome" jawab Alif gembira.

Amira segera menarik lengan Haifa. "Ok Alif gi balik. Bye. Thank you." kata Amira lalu dia dan Haifa berjalan seiringan. "Tak guna punya kembar" jawab Alif lalu cepat-cepat keluar dari kawasan sekolah sebelum ada pelajar lain melihatnya di situ. 

To be continued...

■■■

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now