BAB 22

893 95 9
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Alif, Haifa dan Hanim berjalan keluar dari bilik guru. Cikgu Z meminta Alif untuk melihat rakaman cctv dari 3 hari lepas.

Alif menghentikan langkahnya, lalu berpaling menghadap dua pelajar perempuan di belakangnya itu.

"Haifa, boleh balik dulu? Aku nak cakap dengan Hanim sekejap." Kata Alif. Haifa mengangguk perlahan.

"Haifa, nanti aku follow dari belakang." jelas Hanim. "Okay." jawab Haifa kemudian dia berjalan pergi meninggalkan mereka berdua.

Kerana sifat ingin tahu, Haifa berpusing ke belakang memandang mereka berdua. Alif dan Hanim kelihatan seperti membincangkan sesuatu yang serius, tapi apa dia?

♧♧♧

Sesampai sahaja di kelas. Semua rakan-rakannya sedang berkumpul di belakang kelas di mana tempat itu merupakan tempat rehat mereka.

Terbentang karpet berwarna kelabu lembut dan beberapa bantal yang selalu dipeluk oleh mereka. Kelas mereka juga mempunyai pendingin hawa, jadi terdapat laci yang menyimpan selimut jika mereka mahu tidur di belakang kelas.

"Eh Haifa. Sini-sini. Lepak sini." Ara mengajak sambil menepuk bantal di sebelahnya berulang-kali.

"Korang borak apa ni??" Tanya Haifa sambil berjalan ke belakang kelas. Soalan Haifa tidak dijawab, masing-masing membentuk bulatan supaya senang untuk mereka berborak. Haifa menyelit di antara Ara dan Zahira.

"Aku bukan nak buat kau orang risau tau..." Akhaira meneruskan percakapannya yang terbantut tadi.

Mereka menanti dengan penuh kesabaran. Haifa yang baru sampai di situ, tidak memberi reaksi yang sama seperti yang lain kerana dia tidak tahu hujung pangkal cerita apa yang telah mereka borakkan.

Akhaira tertunduk. Lama. Kemudian bantal yang dipeluknya, bertukar gelap dek titisan air mata. Akhaira menangis sebelum dia menyampaikan apa yang dia perlu sampaikan.

Dia cuba untuk bercakap tetapi berita ini sangat menyedihkan. Dia seakan-akan tidak mampu untuk memberitahu rakan-rakannya tentang perkara ini.

"Akhaira? Are you okay??" tanya Aura prihatin. Bahu Akhaira sudah terangkat-angkat kerana menangis. Dia menggeleng

"Kenapa ni Akhaira??" Insyirah dapat rasakan berita yang akan disampaikan oleh Akhaira bukannya satu berita yang bagus.

"Korang...." Akhaira cuba memandang rakan-rakannya. Semua menantikan penjelasan dari Akhaira. Apa yang Akhaira mahu sampaikan.

Adakah ianya berita yang buruk?

Akhaira tidak pernah lagi menangis dihadapan mereka seperti ini.

"K.V..... sakit..." Akhaira memandang rakan-rakannya. Mereka semua terkejut.

"Sakit?" Aura tertanya-tanya.

"Sakit apa?" Insyirah seperti tidak percaya.

"Baru lagi ke?" Afira pula menyoal risau.

"Dia nampak ok je waktu aku video call dia empat hari lepas?" Kata Ara pula.

"KV ada... kanser, peringkat ketiga..." lemah sahaja Akhaira memberitahu perkara itu.

Sunyi. Tiada reaksi dari mereka untuk seketika.

"What... how can... she looks fine as always..." Ara memicit perlahan dahinya.

"Sebenarnya, dia pindah... bukan sebab ikut family dia.. tapi sebab... kanser ni." jelas Akhaira.

"No way! Aku tak percaya! Selama ni dia okay je! Bila video call, dia senyum kat aku! Gelak dengan aku! Dia nampak ceria! Aku tahu dia ok!" Ara mula hilang kawalan.

GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now