☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Sejak dari malam itu, Haifa menjadi lebih senyap dan kurang bercakap. Mungkin masih bersedih atas kehilangan Sarah.
Haifa tetap meneruskan peperiksaannya dalam keadaan sedih begitu. Mahu tak mahu, dia perlu juga menjawab kertas peperiksaan kerana tarikh untuknya telah ditetapkan.
Kini telah seminggu berlalu. Keputusan peperiksaan juga akan keluar pada hari ini.
"K.V!!!!" Jerit Ara melambai-lambai ke arah tabletnya dengan wajah yang ceria. Ara dan K.V membuat panggilan video setelah 3 minggu tidak bersua muka.
"Araaa! I miss you so bad babyy!" Kata K.V dengan membuat wajah sedih yang disengajakan. "I know! I'm sorry. Lately ni busy sikitt. I baru habis periksa minggu lepass." kata Ara dengan kuat lalu berjalan keluar dari biliknya.
Sengaja Ara duduk di ruang tamu untuk menarik perhatian rakan-rakannya yang lain.
"K.V ke tu?" Akhaira yang sedang turun daripada tangga meluru ke arah Ara. "Hm!" Kata Ara semangat. "K.V!!!!! AAA RINDUNYA KAUUUUU!" Jerit Akhaira sambil melambai-lambai dekat dengan tablet.
"Wait K.V?!"
"Tak panggil aku pun!!"
"K.V HAI K.V!!"
"K.V rindu kauu!!"
"Wait! I'm coming!!"
"K.V japp!! Jangan off lagi!!"
Semua meluru ke arah Ara dengan laju, ada yang melompat daripada tangga untuk menuju ke ruang tamu, ada yang saling bertolak sesama sendiri semata-mata untuk melihat K.V.
Mereka sanggup menghentikan segala kerja yang sedang mereka lakukan tadi untuk berborak dengan rakan mereka itu.
Demi K.V, mereka sanggup membiarkan kerja mereka tertangguh. Semua sedang tersenyum dengan ceria. K.V melambai-lambai ke arah rakan-rakannya. Rindu betul!
"Rindu lah babies aku semua ni!!" Jerit K.V.
"Ditto!" Balas mereka. Mereka juga amat merindui K.V. Rakan yang bersama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan bersama mereka selama ini. Mereka nampak wajah KV sedikit lemah dan sembab.
"Korang okay tak kat sana?" Saja K.V berbasa-basi.
"Macam biasalah K.V, aku lah paling normal dalam rumah ni." Balas Akhaira. Semua yang mendengar memukul badan Akhaira. "Aduh! duh!" Akhaira mengerang sakit.
"Kau macam mana? Sihat?" Aura pula menyoal tentang keadaan KV. "Er.. aku.. sihat je. Best duduk sini! Lelaki Beast Hunter kat sini semua hensem-hensem!" Balas KV semangat mengelak daripada ditanya lebih-lebih.
Walaubagaimanapun, hakikat tentang K.V sudah pun mereka ketahui. Namun, sebagai kawan mereka harus memberi sokongan buat dia.
Mereka terus berbual tanpa melihat waktu, sedangkan mereka harus pergi ke sekolah sebentar lagi. Ara menelefon K.V pada pukul enam pagi memandangkan zon waktu mereka cuma berbeza dua jam sahaja.
"Where's the new members? " tanya KV. Mereka semua senyap dan memandang Haifa yang sedang termenung di koridor tingkat tiga itu. Haifa duduk memeluk lutut di dalam buaian di situ. Wajahnya kosong seperti mempunyai pelbagai masalah yang tidak dapat dibendung.
"She's having a difficult time right now." balas Ara berbisik hanya untuk di dengari oleh K.V.
K.V mengangguk faham. Dia tidak pula bertanya mengapa Haifa jadi begitu kerana dia rasa tidak sopan untuk tahu masalah seseorang yang dia tidak rapat. "Dia macam mana, okay? Korang semua okay ke dengan dia?" tanya K.V ingin tahu.
YOU ARE READING
GENIAL : BEAST HUNTER ✔
Mystery / Thriller[ WattysMY 2020 Award Winner | Mystery/Thriller] Beast Hunter. Mereka ialah pelajar-pelajar terpilih, yang ditugaskan untuk memburu Beast yang mengacau keamanan pelajar sekolah. Bagi merungkai misteri kewujudan Beast, Organisasi Beast Hunter (OBH) t...