Part 2

138 9 0
                                    

YANA menyenggol lengan Natalia sebaik sahaja dia ternampak kelibat ketua pengawas mereka masuk ke dalam perpustakaan. Ketua pengawas sekolah popular itu sering kali menjadi perbualan hangat di setiap bibir pelajar-pelajar perempuan SMTI.

Boleh dikatakan ramai pelajar perempuan di sekolah tergila-gilakan Ketua Pengawas. Namun tiada seorang pun diantara pelajar perempuan di SMTI mendapat perhatian Nik apatah lagi merebut hati Nik Faisal kerana lelaki itu berhati batu dan seperti tunggul kayu. Dia tidak pernah melayan mereka. Dan dia juga seorang lelaki yang dikategorikan sombong kerana dia tidak pernah mesra dengan pelajar lain. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang terpilih boleh berkawan dengannya.

Yana dan Natalia memang tidak berkenan langsung dengan Nik Faisal kerana Nik selalu mendenda mereka dengan hukuman yang berat-berat. Dan guru displin sekolah memberi kuasa kepada Nik untuk mendenda pelajar yang nakal. Apa ilmu yang Nik guna sehingga guru displin memberinya sepenuh kepercayaan.

Natalia menjeling merasa tidak puas hati dan terlampau geram amat dengan lelaki itu. Kerana Nik Faisal, dia di denda membasuh tandas sekolah selepas habis kelas selama 3 hari berturut-turut. Malah guru displin dan Puan Pengetua tidak berkata apa bila mereka didenda begitu kerana mereka terlalu sayang dan percayakan Nik Faisal. Kata mereka Nik tidak pernah menyalah gunakan kuasanya dan Nik seorang pengawas yang bertanggungjawab. Tanggungjawablah sangat! Suka-suka hati mendenda mereka.

Kesalahan yang Natalia buat tidaklah sebesar mana. Hanya mengeluarkan angin dari tayar kereta cikgu Alia. Itu sahaja, dia marahkan cikgu Alia kerana cikgu Alia tidak memberinya markah yang sepatutnya dia terima, menurut cikgu Alia, Natalia tidak menumpukan perhatian di kelas semasa dia mengajar dan asyik berangan. Bukan dia tidak mahu tumpukan perhatian pada kelas cikgu Alia. Alasannya cara cikgu Alia mengajar amat membosankan. Sebab itu dia lebih suka berangan sendiri semasa cikgu Alia mengajar.

Nik Faisal mencapai buku rujukan Kimia tingkatan 6 atasan dari rak terdapat buku-buku rujukan tingkatan 6. Buku itu di buka lalu diselak perlahan helaian demi helaian muka surat dari buku yang tebal itu sambil berjalan.

"Lia..tak kan kau nak tengok sahaja si Nik tu! Kau tak geram dengan dia ke??? Dia yang buat kita basuh tandas 3 hari berturut-turut. Eiii!!! Geram pulak aku tengok muka dia tau!," ujar Yana sambil memintal-mintal hujung tudungnya kerana merasa geram teramat sangat.

Ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak-yepak muka Nik Faisal kerana Nik hidup mereka sengsara. Nik seorang ketua pengawas yang tidak boleh bertolak ansur. Dia terlalu tegas. Dia dan Natalia benar-benar dendam dengan Nik.

Natalia mengengam pen parkernya kuat. Perasaan geram mula menyelubungi hatinya. Wajah Nik di pandang besar kecik sahaja dari tadi. Dia masih berdendam dengan Nik.

3 hari sebelum

"Dah bersih tandas ke belum??," ujar Dania dengan wajah serius bila dilihat Natalia dan Yana berdiri di muka pintu tandas hanya berbual-bual dan tidak berbuat apa-apa.

"Yana..Assistant si mawas sudah mari!!," sindir Lia bila pembantu ketua pengawas menegur mereka.

"Eh kau jangan nak berlagak eh!..Setakat Assistant je nak bising-bising, kita punya sukalah! Apsal kau sibuk!," ujar Natalia lalu menjentik nametag Dania.

"Kau berdua ni memang tak serik kan! Nak kena denda lagi ke? Cuci tandas tak cukup?," ujar Dania lalu memandang wajah Natalia tepat.

Dia tidak suka pada Natalia. Siapa yang tidak kenal Natalia, Natalia adalah pelajar perempuan ternakal di Tingkatan 5. Dia tidak mengerti mengapa sikap Natalia begitu. Natalia seorang pelajar yang pintar namun dia juga nakal bukan main tidak padan dengan perempuan.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now