Part 16

69 6 0
                                    

2013, Di Rome

LIA mencapai backsling heels dan clutch YSL goldnya lalu berjalan perlahan menuruni anak tangga. Dia berjalan perlahan kerana dia tidak mahu pakcik Firdausnya tahu dia mahu keluar rumah.

"Lia hendak kemana??,"

Lia tersentak terperanjat, teguran pakcik Firdausnya yang mengejut itu hampir sahaja membuatkannya jatuh tersungkur di anak tangga tadi. Lia menoleh kearah tingkat 2 di mana pakciknya berada.

"Lia ada dinner party," jawab Lia jujur.

"Dinner party?? Pergi dengan siapa?," tanya pakcik Firdausnya lalu mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu Lia punya teman atau kenalan di Rome. Melihatkan Lia memakai evening dress hitam. Lia hendak menghadiri majlis rasmi.

"Dinner party client Nik..Lia pergi dengan Nik uncle," jawab Lia lalu tersenyum. Dia melirik kearah jam di tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat ke 7.30malam.

"Dengan Nik?? Your school friend Nik?," tanya Firdaus berulang kali ingin memastikan bahawa Lia tidak menipunya dengan mengunakan nama Nik Faisal.

"Yes..my school friend Nik Faisal..I  would love to stay and chat uncle..but I'm already late!," ujar Lia lalu melambaikan tangan kepada pakcik Firdausnya. Dia tidak mahu Nik tinggalkan dia. Lia membuka pintu lalu berlari keluar setelah dia lihat kereta Nik sudah berada di muka pintunya.

Firdaus menyelak langsir ingin melihat siapa yang menjemput Lia. Dia tersenyum bila Lia berkata benar.

****

Lia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta Nik.

"Hi Nik," tegur Lia tanpa menoleh kearah Nik. Dia sibuk menyarungkan kasut ke kakinya kerana tadi dia tidak sempat hendak memakainya.

Nik tidak membalas. Dia memandu kereta perlahan.

"Nik..orang cakap 'Hi' tadi kenapa tak di jawab?,"

Lia tersentak terperanjat lalu menoleh ke belakang spontan bila terdengar suara perempuan menegurnya dari arah tempat duduk penumpang di belakang.

"Hi, kenalkan my ibu Puan Faezah dan my ayah Nik Farhan, ibu..ayah ini Natalia," ujar Nik ringkas kerana dia di tegur ibunya bila dia tidak menjawab salam Lia tadi.

Lia menelan air liurnya perlahan bila Nik memperkenalkan dia pada ibu dan ayahnya. Nik tidak memberinya amaran langsung.

"Auntie dan uncle, maaf Lia tak perasan ada orang di belakang tadi," ujar Lia lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Nik.

"Tak apa," jawab Puan Faezah ringkas lalu tersenyum.

Dia dan suaminya tidak mahu Nik menghantar mereka ke airport bila Nik mengatakan dia ada majlis di rumah klientnya. Tapi Nik berdegil mahu menghantar mereka kerana katanya airport dengan rumah klientnya tidak begitu jauh. Dia boleh menghantar mereka dahulu sebelum pergi ke majlis klientnya. Tapi sebelum itu Nik mengatakan dia ingin menjemput teman majlisnya dahulu sebelum menghantar mereka ke airport. Dia tidak menyangka bahawa teman yang di maksudkan Nik seorang wanita melayu dan bukan berbangsa Italy.

"Auntie dan uncle hendak kemana?? Ikut kami ke majlis klient Nik ke?," tanya Lia ramah lalu menoleh kearah Puan Faezah ibu Nik.

"Eh tak adalah...kami hendak balik ke Malaysia, Nik hendak menghantar kami ke Airport," jawab Puan Faezah tersenyum ramah merasa lucu bila teman Nik menyangka mereka mahu mengikutnya ke rumah klient.

"Oh dah nak balik Malaysia lah ni?? Kalau Lia tahu auntie dan uncle ada, Lia boleh bawa auntie dan uncle jalan-jalan di Rome ni..Nik mesti sibuk tak dapat nak bawa uncle dan auntie jalan-jalan di Rome ni," ujar Lia lalu menjeling ke arah Nik yang tidak bersuara sedari tadi. Masih marah padanya lagi kah kerana Nik hanya mendiamkan diri?

"Nik pun tak beritahu auntie yang dia ada kawan melayu kat sini..setahu auntie temannya semua orang bangsa asing, Lia kenalan Nik ke?," ujar Puan Faezah.

"Lia kenal Nik sejak dari sekolah menengah dahulu, Lia pun baru bertemu dengan Nik semula secara tidak sengaja di Trevi Fountain tempoh hari," jawab Lia lalu menoleh kearah Nik.

Nik seperti tadi menumpukan perhatiannya pada jalan raya. Lia dapat merasakan Nik sengaja berbuat demikian agar dia merasa janggal di dalam kereta bersama ibu dan ayahnya kerana Nik tidak membantunya langsung. Sudahlah Nik tidak memberitahunya awal ibu dan ayahnya akan ada sama, setidak-tidaknya dia tidak merasa terkejut dan caught off guard.

"Oh kawan sejak sekolah menengah dulu, Nik tak ada kawan perempuan selain dari Dania, itu yang auntie tahu sebab dia pembantu Nik masa dia jadi pengawas dahulu, Lia kenalan yang mana?,"

Nik terbatuk kecil bila ibunya tiba-tiba bertanya Lia kawan perempuan yang mana.

Lia memandang wajah Nik bila lelaki itu terbatuk kecil. Nik seperti tadi tidak mahu membantunya. Haruskan dia memberitahu ibu dan ayah Nik bahawa dia adalah Natalia yang selalu menyusahkan anak lelakinya semasa di sekolah menengah dahulu.

"Kenalan yang selalu beri masalah padanya dahulu," ujar Lia dengan jujur.

"Kenalan yang selalu beri masalah?," ujar Nik Farhan setelah agak lama dia mendiamkan diri kerana sedari tadi dia hanya mendengar perbualan diantara isterinya dengan teman wanita Nik.

"Yang selalu dera anak uncle disekolah," ujar Lia lalu memandang wajah Nik yang masih kelihatan cool setelah dia memberitahu kisah yang sebenar kepada ibu dan ayahnya.

"Anak ni Natalia??," tegur Puan Faezah.

Nik terkejut bila ibunya menyebut nama penuh Lia.

"Yes auntie! Natalia the troublemaker," jawab Lia lalu menoleh kearah ibu dan ayah Nik di belakang.

"Natalia..akhirnya auntie bertemu dengan kamu juga!," ujar Puan Faezah tidak percaya akan bertemu dengan teman perempuan di sekolah Nik yang Fiqa selalu menceritakan kepadanya. Nik tidak pernah bercerita apa-apa padanya mungkin kerana Nik menganggap ianya tidak penting dan dia anak lelaki. Tapi Nik selalu menceritakan kepada Fiqa kerana adiknya selalu mendesak Nik menceritakan tugasnya sebagai Pengawas dan karenah teman-teman sekolah yang selalu di dendanya. Nik selalu menceritakan kepada Fiqa tentang seorang pelajar perempuan yang nakal dan selalu menganggunya. Sebab itu dia tahu siapa Natalia kerana Fiqa selalu menceritakan kepadanya tentang Natalia.

"Ibu tahu tentang Natalia??," ujar Nik terperanjat lalu memandang kearah cermin pandang belakang bila ibunya mengatakan dia pernah mendengar nama Natalia. Bagaimana ibunya tahu? Nik tidak pernah menceritakan apa-apa pada ibunya. Dia yakin ini pasti kerja Fiqa.

"Ibu tahu semuanya Nik, kamu tidak memberitahu ibu tapi adik kamu yang ceritakan semua pada ibu," jawab Puan Faezah lalu tersenyum.

Lia tersenyum kelat bila Puan Faezah berkata demikian. Awkward! Itu yang Lia rasa tika dan saat ini. Nik mahu membalas dendam dan mahu menderanya pula. Dia tidak mahu diperkenalkan kepada ibu dan ayah Nik dengan cara sebegini kerana dia telah menganggap Nik sebagai teman istimewanya dan bukan teman biasa. 

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now