Part 49

51 4 0
                                    


NIK menarik tali lehernya perlahan lalu membuka pintu rumah. Hari ini dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana merasa tidak sedap badan. Dia tidak memberitahu pembantu rumahnya dia pulang awal kerana tidak mahu menganggunya. Nik membuka pintu perlahan. Cik Leha pembantu rumahnya terkejut bila melihat wajahnya lalu melirik ke arah jam di dinding. Selalunya Nik akan pulang ke rumah jam 8.30 malam. Hari ini jarum jam baru menunjukkan pukul 3.40 petang.


"Awal balik hari ini? Nik tak sihat ke?," tegur Cik Leha bila majikannya pulang awal dari biasa. Bukan dia tak suka Nik pulang awal. Dia tahu Nik jarang pulang awal kerumah kerana katanya tiada siapa yang menemaninya di rumah.


"Badan tak berapa sihat sikit..Cik Leha," jawab Nik perlahan lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Bag dan tali lehernya di letak di atas meja. Tadi sebaik sahaja mesyuaratnya selesai dia terus memberitahu setiausahanya dia tidak akan pulang ke pejabat kerana merasa tidak sihat.


"Err..Nik, Puan Lia ada disini!," ujar Cik Leha perlahan memberitahu Nik bahawa isterinya ada di sini.


"Lia?? Dia ada sini? Bila dia datang?," tanya Nik dengan wajah terperanjat. Tidak percaya bahawa isterinya berada di sini.


Dia tahu Lia akan datang ke rumah ini bila-bila masa yang dia suka. Nik tidak melarang, kerana ini rumah Lia. Lia bebas untuk datang ke rumah ini. Hanya selama ini, Lia hanya akan datang kerumah bila dia tiada mungkin kerana Lia tidak mahu bertemu dengannya. Tapi hari ini dia pulang awal dan Lia masih berada di rumah.


"Pukul 11 lebih..dari tadi dia tak keluar bilik, saya penat menunggu dia turun untuk makan tengahari, apa kata Nik makan dengan Puan Lia!," ujar Cik Leha lalu tersenyum. Dia tahu Nik merasa teruja bila mengetahui isterinya berada di rumah.


Lama dia bekerja dengan Nik. Sebelum dia berkahwin sehinggalah dia sudah berumahtangga, dia banyak tahu tentang kisah hidup Nik. Dia bersimpati dengan nasib Nik. Dia tahu Nik cinta dan sayangkan Lia lebih dari segalanya. Tapi nasib tidak menyebelahi Nik kerana isterinya masih belum dapat menerimanya kerana Dania.


Nik tersenyum mendengar cadangan Cik Leha. Dia rindukan Lia. Sudah lama dia tidak keluar bersama dengan Lia kerana kesibukkan kerja. Selalu juga dia menghubungi Lia. Hanya mendengar suara sahaja tidak sama dengan bertemu dengan orangnya.


Nik menganggukkan kepalanya perlahan lalu menuju ke arah anak tangga dan menuju ke arah kamar tidurnya. Pintu bilik di ketuk perlahan. Tiada jawapan yang dia dengar dari dalam. Nik memulas tombol pintu perlahan dan merasa hairan kerana pintu tidak di kunci dari dalam. Dia masuk ke dalam bilik dan menyedari Lia terlena di atas katil. Di atas katil juga terdapat album gambar perkahwinan mereka.


Nik mengambil keputusan untuk tidak mengejutkan Lia dan membiarkan wanita itu tidur. Dia menuju ke kamar mandi untuk mandi dan membersihkan dirinya.


Lia terjaga bila menyedari bahawa dia tertidur. Lia melirik ke arah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan hampir 4 petang. Lia bingkas bangun lalu menutup album gambar perkahwinannya. Dia tidak sedar boleh tertidur lama sehingga dia terlajak untuk makan tengahari bersama Cik Leha. Tadi selepas zuhur dia duduk kembali di katil dan akan turun ke ruang bawah dalam seketika kemudian.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now