LIA menutup pintu biliknya perlahan lalu menghempaskan badannya di atas katil. Dia merasa sedih dengan kejadian siang tadi bila dia bersama Nik. Selepas makan tengahari dan setelah dia mengakui sendiri pada Nik tentang satu peristiwa yang berlaku 10 tahun dahulu.
Wajah Nik kelihatan benar-benar kecewa dengan perlakuannya. Lia perasan di dalam kereta semasa Nik menghantarnya pulang ke rumah. Lelaki itu seperti tidak sabar mahu menghantarnya pulang ke rumah dan dia kurang mesra seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu dan dalam masa yang sama merasa sedih. Dia juga tahu Nik marah padanya, namun dia tidak dapat memutar balik masa untuk mengubah keadaan. Dia merasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Apa yang boleh dia buat selain dari meminta maaf dari Nik.
"I'm sorry Nik..I don't know what got into me during that time..I'm was young and reckless Nik," jawab Lia perlahan lalu menoleh kearah Nik.
Pada ketika itu dia tidak tahu kenapa dia begitu benci pada Nik sangat sehingga dia berbuat demikian. Perasaan dia ketika dia ternampak Nik dengan pelajar perempuan itu adalah perasaan yang sukar dia gambarkan. Apa yang dia tahu dia merasa kecewa bila melihat Nik bersama pelajar perempuan itu.
"Perkara itu sudah berlaku 10 tahun yang lalu..I've already forgiven and forgotton," jawab Nik tanpa menoleh kearah Lia.
Lia terdiam seketika walaupun Nik mengatakan dia sudah lupa dan maafkan orang itu tapi apa yang Lia lihat Nik seperti tidak dapat dan mampu memaafkan perbuataan orang itu. Ianya jelas terpamer di wajahnya bahawa dia merasa sedih bila Lia membangkitkan peristiwa itu padanya tadi.
Sejak Nik di panggil Pengetua sekolah. Dia tidak pernah lihat Nik bersama dengan pelajar perempuan yang dia temui. Mungkin Nik tidak membenarkan pelajar perempuan itu bertemunya di sekolah. Lia percaya mereka masih berhubungan.Dan Lia tidak rasa Nik merasa sedih kerana dia hampir di lucutkan dari memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas. It is like too personal to him! Namun Lia tidak menemui jawapannya kerana Nik tidak pernah menceritakan apa-apa tentang dirinya. Nik seorang lelaki yang penuh misteri.
Siapa pelajar perempuan itu? Wanita yang sama terdapat di dalam gambar yang tersemat kemas di dalam dompet Nik. Teman wanitanya? Tunangannya atau bakal isterinya?
"Who is that girl in the photo Nik?," Lia memberanikan diri bertanya pada Nik siapa budak perempuan di dalam gambar yang dia serahkan kepada Puan Pengetua sekolah sehingga membuatkan Nik di dalam masalah.
"If you must know, She's my baby sister," jawab Nik perlahan.
Lia terdiam bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang dilihat bersama Nik dahulu adalah adik Nik sendiri dan bukan teman wanita yang dia dan Yana sangkakan. Patutlah Nik kelihatan kecewa bila dia menyebarkan fitnah mengenai dirinya.
Lia merasakan dirinya seperti orang tidak berguna bila Nik mengatakan bahawa pelajar perempuan yang berada di dalam photo itu adalah adik perempuan Nik sendiri.
Dia benar-benar tidak tahu Nik mempunyai adik perempuan. Malah dia tidak tahu apa-apa langsung tentang Nik.
Kenapa adik perempuanya tidak bersekolah dengan Nik? Lia mengagak usia adik Nik sebaya dengannya 17 tahun ketika itu. Hubungan mereka kelihatan benar-benar rapat dari apa yang Lia lihat sendiri. Nik benar-benar sayangkan adiknya. Melihatkan bahawa adiknya begitu manja dengan Nik sehingga dia tersalah sangka bahawa budak perempuan itu adalah teman wanita Nik. Dia tidak pernah terfikir langsung pelajar perempuan itu adalah adik Nik.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...