"DANIA dear??? Are you ok? Do you want to come back later since your fiancé tak boleh make it today?," tegur Alia dengan wajah simpati kerana dia dapat mendengar perbualan Lia dengan tunangnya awal tadi. Hatinya turut merasa sayu mendengar keluhan hati Dania. Pada awalnya dia merasa jengkel dengan Dania kerana dia menyangka Dania suka mengambil suami orang lain. Tapi bila dia mendengar keluhan hati Dania. Dia tidak menyalahkan Dania seratus peratus kerana Dania tidak bernasib baik terjebak dan bercinta dengan suami orang.
"It's ok Alia," jawab Dania lalu menarik nafas dalam. Tiada gunanya dia menangis lagi kerana Nik tidak akan mengerti dan faham hatinya. Bukankah dia sanggup menghadapi semuanya kerana dia cintakan lelaki itu. Dia seharusnya kuat dan tabah untuk mengharunginya.
"Maaf I bertanya..kenapa you still with him Dania? Are we talking about the same man here??? Cause the guy I met the other day was such a warm and kind gentleman," ujar Alia lalu memandang wajah Dania.
Tidak percaya lelaki yang dia temui bersama Dania kemari tempoh hari seorang lelaki yang tidak berhati perut. Jika dia di tempat Dania. Sudah lama dia tinggalkan lelaki itu. Sekarang ini, lelaki itu tidak dapat mencintakannya apatah lagi bila sudah tinggal sebumbung, ada lebih baiknya Dania mencari lelaki yang sayangkannya dari dia tergila-gila pada lelaki yang tidak pernah sayangkannya.
"Honestly, I don't know. He's never been here Alia..you tak pernah bertemu Nik," ujar Dania terperanjat bila Alia mengatakan dia pernah membawa Nik ke butik pengantinnya. Bukan ke butik sahaja. Nik tidak pernah sekali pun menemaninya mencari barang persiapan perkahwinan mereka.
"Tak pernah?? Then the one who came with you the other day, is not Nik?," ujar Alia hairan. Kalau lelaki yang menemani Dania tempoh hari bukan Nik. Siapa pula lelaki itu? Kerana Dania meminta lelaki itu mencuba pakaian pengantin lelaki. Sebab itu dia menyangka lelaki itu tunang Dania. Dan mereka kelihatan padan bersama.
"Oh you mean Firdaus! No he's not my fiance," jawab Dania tersenyum lemah kerana Alia menyangka Firdaus itu adalah tunangannya.
"He's not?? What a waste! Sebab itu I terperanjat bila he treat you that way because he doesn't seems like a horrible person!," jawab Alia lalu tersenyum. Dia mencapai dress nikah yang mahu di cuba Dania tadi lalu menyangkutnya ke dalam fitting room.
Dania hanya tersenyum pahit mendengar komen Alia kerana ramai kenalan dan temannya selalu menyangka bahawa Firdaus itu adalah tunangannya kerana Firdaus bersikap seperti tunangnya dari Nik kerana lelaki itu sering meluangkan masa menemaninya ke sana kemari.
*****
PENYAMBUT tetamu butik Andalusia menyelak langsir yang memisahkan ruang butik dengan ruang fitting room. Nik mengucapkan terima kasih kepadanya lalu berjalan menuju kearah fitting room. Tiada seorang pun yang di lihat berada di dalam fitting room, hanya kedengaran suara Dania dan seorang wanita lagi mungkin pembantu butik, mereka berdua sedang berbual mesra. Nik berjalan menuju kearah sofa ottoman berdekatan dengan fitting room lalu duduk.
Pembantu butik itu menyelak langsir. Dia merasa terperanjat bila mendapati ada seorang lelaki yang tidak di kenali sedang duduk di sofa seperti menanti seseorang. Lelaki itu menunggu siapa? Dia ingin bertanya kerana setahunya pelanggan untuk fitting waktu ini hanya Dania dan tunangnya. Pelanggannya Sofia selepas Dania. Dia hanya khuatir lelaki segak lagi kacak itu adalah tunangan Sofia kerana Sofia belum datang kerana temujanjinya 5.30 petang.
"Excuse me, maaf appointment you pukul berapa?," tegur Alia perlahan lalu membuahkan senyuman kepada lelaki itu.
"3.30," jawab Nik ringkas.
"3.30??," ujar Alia terperanjat kerana jam sekarang menunjukkan pukul 4.20 petang.
"Sorry I'm late, I'm Nik, Dania's fiancé," jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada wanita itu. Dania meminta dia hadir pukul 3.30 tadi dan dia pada awalnya tidak mahu hadir kerana tidak punya hati dan berminat untuk mencuba baju pengantin.
Namun setelah dia mendengar keluhan hati Dania, dia tidak sampai hati hendak melukakan hati Dania. Dania bakal menjadi isterinya. Dia tidak sepatutnya berlaku tidak adil terhadap diri Dania. Sungguhpun dia tidak cintakan Dania namun jika Dania sudah menjadi isterinya dia harus adil pada Dania dan tidak patut menzaliminya. Nik sedar dia telah banyak membuat silap. Mungkin dia memang tidak layak mempunyai isteri lebih dari seorang kerana tidak tahu menjaga hati mereka. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Jika perkahwinannya dengan Lia tidak seperti di harapkan, dia cuba menjadi suami yang baik untuk Dania.
"Dania's fiancé?," ulang Alia lalu tersenyum.
So ini rupanya Nik. Patutlah Dania sanggup makan hati berulam jantung dengannya kerana lelaki itu memang segak dan kacak. Tidak lihat seperti sudah beristeri kerana orangnya muda dalam lingkungan 36 tahun atau mungkin sebaya Dania. Jika usianya sebaya Dania. Berapa pula umur isteri pertamanya? Alia merasa musykil sendiri. Isteri lelaki itu lebih tua darinya?
"Do I look fat in this dress Alia?," ujar Dania tiba-tiba lalu menyelak langsir fitting room luas. Dia terperanjat bila mendapati Nik sedang duduk di sofa hadapan fitting roomnya. Dia menjadi sebak, airmatanya bertakung kerana merasa gembira Nik dapat hadirkan diri.
"You look perfect Dania," jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada Dania.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...