Part 23

67 3 0
                                    

June 2015. Tempat di Malaysia

NIK duduk bersandar di kerusinya lalu menoleh memandang ke arah kotak cincin yang berada di atas mejanya. Kotak itu diambil, lalu cincin yang terdapat di kotak itu ditarik keluar dari tempatnya. Cincin itu dibelek perlahan.

"Cantik cincin your ibu sayang! I suka! Thanks for giving me this ring!," jawab Lia lalu memeluk dan mencium pipi Nik mesra. Lia tidak jemu membelek dan mengagumi cincin berlian mas kahwin ibu Nik yang diberikan kepadanya setelah mereka bernikah. Cincin berlian itu sungguh cantik di matanya. Dan Lia tidak mengizinkan Nik membesarkan cincin itu kerana tidak mahu merosakkan cincin itu. Walaupun cincin itu sedikit ketat di jarinya. Dia tetap mahu memakainya kerana cincin itu adalah cincin ibu Nik.

"Do you remember cincin ini juga yang I tunjukkan kepada polis di Rome masa I selamatkan you dulu?," ujar Nik lalu memeluk pinggang Lia erat. Wajah cantik isterinya di pandang dengan penuh kasih sayang.

"Oh yeah! Baru I ingat! Thanks sayang!," jawab Lia dengan wajah teruja. Nik memberitahu polis Rome bahawa Lia mencari cincinnya di Trevi Fountain untuk menyelamatkan dia dari tidur di dalam lokap. Lia tersenyum sendiri mengingati detik pertemuannya dengan Nik semula.

Deringan dari handphone mematikan lamunan Nik. Dia menyimpan cincin itu ke dalam kotak semula. Kotak cincin itu ditutup dan di simpan di dalam laci. Nik mengunci lacinya.

Nik mencapai handphonenya lalu menjawab panggilan telefon.

"Sayang you belum keluar office lagi, I dah penat menunggu you di lobby??,"

"I tak janji hendak jumpa you hari ni Dania," jawab Nik perlahan lalu mengeluh kecil.

Dia sememangnya tidak ada mood langsung hari ini. Dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa, Dania terutama sekali. Dia mahu bersendirian hari ini.

"Sayang! How can you say that..I ni tunang you Nik! I baru balik duty and I came straight to see you! I don't deserve to be treated this way sayang!," marah Dania bila Nik mengatakan tidak mahu bertemu dengannya.

Dia baru pulang dan tidak sempat tidur langsung dan terus ke pejabat Nik untuk bertemu dengannya, kerana dia terlalu rindukan Nik. Hampir seminggu dia tidak bertemu dengan Nik.

Nik mengeluh perlahan bila Dania marah padanya.

"You baru balik Dania, why don't you rest, kita jumpa malam nanti? I will come and fetch you," ujar Nik lalu bangkit dari kerusi dan menuju kearah glass panel di hadapannya. Dia melemparkan pandangan kearah luar.

Dania mengeluh di hujung talian bila Nik tidak mahu bertemunya. "Okaylah, you janji kita jumpa malam nanti?," ujar Dania hampa.

"Ok.., just wait at the lobby, I will get Fahmy to send you home," ujar Nik cuba menyejukkan hati Dania. Jika Dania mengatakan dia datang terus ke pejabatnya. Ini bermakna Dania tidak memandu dan menaiki teksi dari Airport.

"Ok dear! I miss you!!! See you tonight!," Dania mengeluh lagi.

"See you!," jawab Nik dengan suara mendatar lalu mematikan handphonenya.

Dia berjalan menuju kearah mejanya lalu mencapai gagang telefon. Dia menekan intercom.

"Nora, minta Fahmy hantarkan Dania pulang ke rumah, she's at the lobby, Thanks Nora," ujar Nik lalu meletak gagang telefon kembali ke tempat asalnya.

Dia berjalan menuju kearah sofa panjang membuka butang jaketnya lalu berbaring di atasnya. Dia memejamkan matanya.

"Penat eh sayang?? You nak I urutkan kepala you?,"

Nik menoleh kearah kiri. Lia tersenyum memandang kearahnya.

Nik menoleh ke arah depan semula.

"Kenapa ni sayang?? You marah pada I ke?," ujar Lia bila Nik tidak melayannya. Dia duduk di atas side table lalu mengurut kepala Nik perlahan.

Nik tidak menjawab malah memejamkan matanya rapat.

"You ingat tak hari ini, hari apa sayang??," tanya Lia dengan wajah excited sambil mengurut kepala Nik.

Nik masih diam seperti tadi. Tiada reaksi dan jawapan darinya.

"You tak ingat??," ujar Lia bila Nik tidak menjawab pertanyaannya malah mendiamkan diri sahaja.

"Sayang?? Hari ini hari Anniversary kita yang ke 2 tahun! How can you forget!? You memang tak sayangkan I lagi kan!," ujar Lia lalu mencubit lengan Nik bila lelaki itu tidak mengingati hari ulangtahun perkahwinan mereka.

Nik mengelengkan kepalanya perlahan.

"Sayang! You nak makan apa malam ni??? I masakkan untuk you! You suka masakan I kan? I masak special untuk you, ok I balik dulu beli barang-barang, make sure you balik siang malam ni ok dear!," ujar Lia lalu bangun dan menuju kearah pintu. Wajahnya kelihatan ceria. Dia mahu masakkan makanan istimewa buat suami tersayang sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka.

"Happy 2nd Anniversary sayang!," ujar Nik perlahan bila Lia tiada di dalam pejabatnya.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now