Part 83

53 2 0
                                    


LIA berdiri memandang kearah skrin yang di siarkan di gallery room. Gambar-gambar mereka sewaktu di sekolah dahulu di jadikan montage. Banyak juga gambar dia bersama Yana dan teman-teman sekelasnya disiarkan. Namun Lia tidak dapat mengingati nama-nama mereka. Ada beberapa gambar candid dia bersama Eryan turut ada sama. Lia tersenyum melihat gelagat mereka zaman remaja dahulu. Dari gambar-gambar itu dia dapat merasakan bahawa dia seorang pelajar yang nakal. Jadi apa yang di ceritakan Yana padanya adalah benar belaka. Sayang sekali dia tidak dapat mengingatinya.


Lia memandang kearah skrin bila gambar Nik dan Dania terpampang di skrin. Nik berpakaian seragam pengawasnya begitu juga Dania. Gambar itu di ambil bersama pengawas-pengawas lain.


"Dania memang suka dengan you dari sekolah lagi kan Nik?," ujar Lia tiba-tiba tanpa menoleh kearah Nik yang berada di sebelahnya yang turut memandang kearah skrin montage. Dania sering di lihat bersama dari gambar-gambar yang dia lihat di Montage.


Nik tidak mengulas apa-apa pada Lia tentang hubungannya dengan Dania semasa di sekolah. Dia tidak dapat berdalih kerana Lia dapat melihat sendiri keakraban mereka dari gambar montage yang di siarkan.


"I'm surprised you two were not together earlier," komen Lia lalu beralih ke ruang exhibition art yang pernah di hasilkan bekas pelajar tahun mereka. Lia berjalan menuju kearah sebuah lukisan batik yang di lukis indah.


Nik masih mendiamkan diri setiap kali komen tentang dia dan Dania keluar dari mulutnya. Dia tidak mahu mengeruhkan hubungan mereka. Khuatir apa yang keluar dari mulutnya nanti menjadi bahan perbalahan diantara dia dan Lia nanti. Sungguhpun begitu Nik tidak jemu menemani Lia.


"Assalamualaikum..Ni Nik Faisal ke?," tegur seseorang.


"Waalaikumsalam.., ya cikgu Khadijah, saya Nik Faisal," jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada wanita yang menegurnya tadi. Semasa cikgu Khadijah menjadi guru pendidikan seni dahulu. Cikgu Khadijah baru lepasan maktab perguruan, jadi usianya ketika itu awal 20an. Usia Nik dengan Cikgu Khadijah tidak jauh dari 6 tahun. Ramai pelajar lelaki nakal di sekolah mereka cuba mengurat Cikgu Khadijah dahulu. Kerana Cikgu Khadijah seorang wanita muda yang cantik. Sekarang pun masih anggun kerana Cikgu Khadijah masih kelihatan cantik.


"Lah lain betul rupa kamu ni Nik! Cikgu tak kenal lagi dah..dulu kurus, sekarang dah macam abang sado..cikgu ingat pelakon tadi, kalau tak terpandang nama kamu di baju tadi..cikgu tak kenal," ujar Cikgu Khadijah teruja bila bertemu dengan pelajar kesayangannya dahulu. Dia menoleh kearah wanita yang berada di sebelah Nik lalu membuahkan senyum kepada wanita itu. Wanita itu membalas senyumannya.


"Tak ada pelakonnya cikgu, biasa sahaja," jawab Nik tersenyum lagi. Dia menoleh kearah Lia yang berada di sebelahnya.


"Awak Nik..dari dulu hingga sekarang sama sahaja perangainya humble..sebab itu cikgu suka dengan kamu Nik, seorang pengawas dan pelajar contoh, Cikgu dengar kamu bernikah 28hb ni dengan Dania..Tahniah!! Hai baru sekarang hendak mendirikan masjid?? Lama betul Dania menunggu kamu Nik?," ujar Cikgu Khadijah ramah. Dia tahu pelajarnya Dania suka pada Nik. Ramai cikgu-cikgu lain pun tahu Dania suka pada Nik. Hanya Nik sahaja tidak pernah perasan selama ini. Namun dia merasa gembira mendengar perkhabaran bahawa kedua-dua pelajar itu akan bernikah. Tidak sia-sia Dania menunggu Nik.


Bagaikan berhenti berdegup jantung Lia bila Cikgu Khadijah mengucapkan tahniah kepada Nik. Nik akan bernikah 3 minggu selepas perbicaran penceraian mereka? Lemah seluruh anggotanya mendengar bahawa Nik akan melangsungkan pernikahannya 3 minggu selepas mereka ke mahkamah Syariah. Lia menoleh memandang wajah Nik tepat cuba mendapatkan kesahihan berita yang di katakan cikgu Khadijah.


Lelaki itu tahu dirinya sedang diperhatikan Lia, dia juga kelihatan serba tidak kena mungkin juga terkejut seperti dirinya. Nik menoleh memandang Lia dan berharap Lia tidak bertindak diluar jangkaannya. Nik benar-benar tidak menyangka semua yang berada di majlis reunion ini tahu tentang dia dan Dania. Siapa yang memberitahu mereka jika bukan Dania sendiri.


"Terima kasih," jawab Nik dalam keadaan serba salah. Dia tahu Lia marah padanya dan dia cuba mendekati Lia.


"Maaf..saya minta diri dulu," ujar Lia bila Nik cuba mendekatinya. Dia tahu Nik mahu memujuknya. Dia tidak mahu di pujuk kerana hatinya benar-benar kecewa dengan Nik. Sampai hati Nik tidak memberitahu perancangannya untuk bernikah dengan Dania tidak lama lagi.


Dia benar-benar tidak tahu mereka berdua akan bernikah dalam masa terdekat ini kerana Nik tidak pernah memberitahunya? Apa yang mengejutkannya Nik tidak kelihatan merasa kesal dan kecewa dengan perpisahan mereka. Ini bukan cara untuk menunjukkan bahawa Nik cintakannya? Malah lelaki itu sudah menerima surat dari pejabat guamannya mengenai perbicaraan mereka. Nik tidak sensitive dan masih mahu meneruskan pernikahan mereka. Jadi keputusan yang Lia buat untuk berpisah tidak silap kerana dia kini tahu siapa dia di hati Nik. Dia bukan lagi wanita yang di cintai Nik.


"Awak ni siapa??? Lia..," ujar Cikgu Khadijah cuba membaca nama yang terlekat di dada wanita itu. Dia tidak kenal pada wanita yang berada di samping Nik kerana ramai pelajarnya sudah berubah wajah. Yang dahulunya kelihatan biasa-biasa sahaja sekarang ramai yang kelihatan seperti pernyanyi dan pelakon.


"Natalia," ujar Nik Faisal.


"Natalia..awak LIA??? Natalia pelajar kelas 5 Delima??," ujar Cikgu Khadijah lalu membesarkan matanya kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Natalia pelajar wanita yang seringkali menjadi perbualan di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.


"Maafkan saya cikgu," jawab Lia lalu meninggalkan Cikgu Khadijah begitu sahaja kerana dia tidak dapat lagi membendung perasaannya. Lia merasa kecewa bila semua bekas pelajar dan guru-guru yang berada di reunion dinner ini tahu akan perancangan Dania dan Nik.


Isteri mana yang tidak merasa sedih bila tiada sesiapa yang tahu bahawa dia isteri Nik yang sebenar dan Dania itu bakal isteri kedua Nik? Sebab dia mahu berpisah dengan Nik kerana dia tidak sanggup menghadapi situasi begini. Dan seperti sudah di jangka dia tidak dapat mengelak dari situasi yang tidak menyenangkan.


"Eh Lia, Nik? Kenapa ni? Cikgu ada cakap salah ke?," ujar Cikgu Khadijah dengan wajah keliru bila wanita itu kelihatan sedih tiba-tiba lalu meninggalkan dia dan Nik begitu sahaja.


Nik menjadi serba salah bila Cikgu Khadijah bertanya padanya kenapa Natalia berkelakuan begitu. Mana mungkin dia memberitahu Cikgu Khadijah akan sebab mengapa Natalia bersikap begitu. Sebaliknya dia meminta diri dari Cikgu Khadijah dan pergi mencari Natalia.



Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now