Part 88

73 3 0
                                    


"HAIDER, I need to take a walk..," ujar Lia lalu bangkit dari kerusi. Dia merasa perlu mengambil angin di luar agar dia tidak terlalu memikirkan tentang Nik. Dia tahu dia sudah sepatutnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan move on. Akan tetapi dia tidak dapat move on kerana masih rindukan lelaki itu. Lia sedar dia harus tabah menghadapi kehidupan tanpa di belenggu dengan masa silamnya.


"Ok..but please be careful dear!," pesan Haider lalu menganggukkan kepalanya perlahan. Dia sedang sibuk berbual dengan seseorang di handphonenya.


Lia sempat menjeling bila Haider berkata demikian. Haider selalu memberi pesanan sebegitu padanya bila dia mahu berjalan sendirian. Tahulah dia untuk menjaga dirinya. Dia bukan tidak biasa berjalan sendiri.


Malah setelah dia berpisah dengan Nik, Lia mengambil keputusan untuk bercuti di Europe sendirian untuk mencari ketenangan. Sehinggakan ibunya tidak dapat menghubunginya kerana Lia bertukar nombor. Dia tidak lagi mengunakan nombor handphonenya sejak dia meninggalkan Malaysia. Malah Haider dan mama Zarina turut merasa risau bila Lia bertukar arah tidak terus ke Rome dan mengambil keputusan untuk bercuti sendirian tanpa sebarang gangguan.


Lia berjalan keluar dari restoren menuju kearah fountain terbesar yang terdapat di Dubai Mall. Dia hanya mahu menikmati keindahan Fountain yang terletak di hadapan restoren itu sahaja. Lia membetulkan shawlnya lalu berjalan perlahan mendekati Fountain tersebut. Ketika ini, show air pancuran itu sedang berlangsung kerana Haider memberitahunya show air pancuran itu bermula jam 6.00 petang dan Lia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikannya.


Lia berdiri menyaksikan air pancuran di hadapan Dubai Mall. Hatinya merasa terhibur seketika melihat keindahan air pancuran musical yang berwarna warni dan air pancuran itu mengikut irama music yang di mainkan. Bukan Lia sahaja yang terpegun malah ramai pengunjung Dubai Mall turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan air pancuran tersebut.


"Abang rasa sayang kena tangkap tak kalau pergi ke fountain tu?,"


Lia menoleh kearah suara wanita berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia baru sedar ada pasangan melayu berada berdekatan dengannya, turut sama menyaksikan keindahan air pancuran musical itu.


"Sayang hendak buat apa pergi ke Fountain tu? Tengok dari sini kan dah ok?," jawab si suami bila isterinya mahu dekat ke fountain tersebut.


"Sayang nak main air, macam seronok tengok kanak-kanak tu main dengan air," jawab si isteri lalu memeluk lengan suaminya erat. Turut merasa teruja melihat keriangan kanak-kanak bermain dengan air pancuran itu.


"Sayang hendak masuk lokap ke? Tak pasal-pasal kita berbulan madu di dalam lokap," jawab suaminya lalu menoleh memandang isterinya, dia merasa pelik dengan permintaannya.


Lia tersenyum mendengar perbualan diantara mereka. Fikirannya melayang jauh.


"Cik! Cik tak boleh masuk dalam Fountain ini! Ini adalah kesalahan besar!," ujarnya dengan suara tenang.


"Aku nak duit aku balik? Sebab itu aku sibuk cari duit aku dalam kolam ni?," ujar Lia lalu menoleh memandang ke arah lelaki yang bisa berbicara bahasa melayu.


Lia tersentak bila menyedari seseorang menegurnya. Hilang lamunannya, namun orang yang menegurnya tadi telah berpindah kepada orang lain yang berada di belakang Lia. Mungkin pasangan itu ingin bertanya arah jalan kepadanya tadi. Namun bila Lia tidak mengendahkan pertanyaannya kerana Lia tidak dengar teguran mereka tadi kerana berkhayal. Maka mereka bertanya kepada orang lain pula. Lia benar-benar tidak sedar dan bila dia sedar dari lamunan, pasangan itu telah pun meminta bantuan dari orang lain.


"Hi, can you help us take our pic?," ujar si suami kepada lelaki yang berada tidak jauh dari mereka tadi.


"Ya,sure why not?," jawab lelaki itu lalu menyambut camera yang di hulurkan kepadanya.


Lelaki itu membantu pasangan itu memetik beberapa gambar mereka berlatar belakangkan Fountain yang indah itu. Setelah pasangan itu merasa puas. Dia menuju ke arah lelaki yang membantu memetik gambar mereka tadi.


"Thanks!," ujar si suami lalu menyambut camera dari tangan lelaki itu. Dia menekan butang galeri untuk memastikan gambar yang dipetik kelihatan cantik.


"Kembali," jawab lelaki itu lalu tersenyum.


"Melayu rupanya, Assalamualaikum...orang mana?," tegur si suami ramah bila lelaki itu membalas ucapannya dengan bahasa melayu.


"Waalaikumsalam..orang Malaysia, orang Kuala Lumpur," jawab lelaki itu ringkas.


"Oh samalah kita, pertama kali kami ke Dubai, sebab itu isteri saya merasa teruja melihat air pancuran Dubai ni, cantik!," jawab lelaki itu lalu melirik ke arah isteri disebelahnya. Isterinya di sebelah tersipu malu bila suaminya menceritakan keterujaannya melihat air pancuran itu pada orang yang tidak di kenali.


"Ah memang cantik..isteri saya yang dahulu pun suka melihat air pancuran, dan terlalu sukakan fountain, dia masuk kedalam Fountain," jawab lelaki itu lalu tersenyum.


"Masuk dalam Fountain?? Di sini Dubai? Boleh ke?," ujar wanita itu teruja bila lelaki yang membantu memetik gambar mereka tadi mengatakan isterinya juga mempunyai perangai yang pelik sepertinya suka bermain dengan air pancuran.


Lelaki itu tetawa kecil bila isteri kepada lelaki yang di bantu memetik gambar mereka itu kelihatan teruja bila dia mengatakan bahawa isterinya dahulu masuk ke dalam Fountain.


Lia turut tersenyum mendengar perbualan diantara mereka tadi. Mendengar permintaan isteri lelaki itu yang dianggap pelik. Dia menoleh ke arah mereka spontan. Jantungnya seakan berhenti berdegup bila terpandang akan wajah lelaki yang membantu mereka tadi. Betulkah apa yang dia nampak? Atau dia sedang berkhayal lagi?


"NIK???," bisik Lia. Lia hanya mampu berdiri kaget. Dan lelaki itu turut memandang wajahnya. 

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now