Part 34

57 3 0
                                    


NIK melipat sejadah. Dia menanggalkan songkoknya lalu di letakkan di atas sejadah. Nik bangun lalu berdiri di tingkap. Dia melemparkan pandangan ke arah luar jendela. Fikirannya menerawang jauh. Pertemuannya dengan Zara siang tadi memberinya sinaran baru dalam hidupnya. Hatinya kini merasa tenang setelah sekian lama dia tidak merasakannya.


Sungguhpun dia tidak dapat meramal apa yang akan dia perolehi dari hubungan dia dengan Zara. Apa yang pasti, pertemuannya dengan Zara seakan memberinya suatu harapan. Mungkin Zara penganti Lia untuknya. Dia sendiri tidak tahu.


Semasa Zara tidak sengaja menyentuh tangannya ketika dia membuat bayaran. Dia dapat melihat wajah Zara kelihatan terperanjat seolah-olah dia merasakan sesuatu. Nik turut dapat merasakan namun dia tidak mahu membuat andaian apa-apa.


Jika benar Zara itu isterinya Lia. Apa yang telah berlaku ke atas diri Lia? Kenapa Lia tidak kembali ke pangkuannya semula? Dia mencari Lia di serata Rome. Dia membuat report di balai polis Rome dan Di Ministry of Foreign Affairs, Embassy of Malaysia, Bucharest. Semua mengatakan tiada wanita yang bernama Natalia Binte Ariffin yang mereka temui atau melaporkan diri.


Hampir 3 tahun Nik cuba menjejaki Lia. Semua Nik lakukan sendiri tanpa pengetahuan keluarganya kerana naluri hatinya mengatakan bahawa isterinya masih hidup.


Malah Nik meminta bantuan dari teman baiknya Dante untuk mencari Lia kerana Nik tidak berada di Rome. Nik tidak pernah berhenti mencari Lia sehinggalah hari ini, dia berhenti berharap dan redha dengan ketentuaan Allah. Nik mula sedar jika Lia bukan miliknya, walau seribu tahun dia mencari, Lia tidak akan kembali kepadanya.


Lawatannya ke Trevi Fountain siang tadi adalah untuk kali terakhir buatnya, dia mahu meninggalkan kenangannya bersama Lia disitu. It's a Closure. Walaupun berat untuk dia berbuat demikian kerana Nik masih cintakan Lia dan cintanya masih mendalam, Nik sedar dia harus cekal dan kuatkan diri.


Lia akan tetap dikenang dan sentiasa didalam doanya. Nik merasakan sudah tiba masanya untuk dia teruskan kehidupannya tanpa Lia di sisi dan menerima kenyataan bahawa Lia tidak akan kembali. Nik tidak pernah putus berdoa ke hadrat illahi agar Allah permudahkan urusannya. Jika jodohnya masih ada, jodoh pasti bertemu, dia tidak akan mencari Lia lagi dan dia serahkan nasibnya pada takdir.


Dan pertemuan yang tidak disangka dengan wanita yang kelihatan seperti Lia tadi adakah tanda dia akan bersama dengan Lia semula? Walaupun dia tidak pasti wanita itu adalah Lia dan Nik pula tidak mahu terlalu berharap kerana dia tidak mahu merasa kecewa jika wanita itu bukan isterinya dan wanita itu hanya pelanduk 2 serupa. Seperti apa yang selalu dia doakan. Jika ada jodohnya, dia pasti bertemu dengan Lia semula.


Nik berjalan menuju kearah meja lalu mencapai handphonenya. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Dante, dia berjanji akan bertemu dengan Dante setiap kali dia ke Rome sudah lama dia tidak mendengar perkhabaran berita Dante. Kali terakhir mereka berbalas email. Dante mengatakan dia mahu berkahwin dan mahu Nik menjadi salah seorang groomsmennya.


Welcome Back my friend! See you tomorrow! balas Dante.


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now