Pertengahan tahun 2011. Tempat di Rome
LIA menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan handphonenya. Dia menekan butang camera lalu memetik gambar tempat-tempat yang di rasakan menarik. Sesekali dia mengambil beberapa gambar selfie. Tidak begitu ramai pengunjung yang kemari kerana ianya masih terlalu awal. Dan Lia pergi pada waktu orang sedang bekerja.
Setelah puas mengambil gambar. Dia berjalan menuruni anak tangga menuju kearah Trevi Fountain. Dia duduk di fountain lalu memandang kearah manusia yang lalu lalang di hadapan Fountain itu.
Lia tidak pernah jemu bercuti di Rome, Italy. Dan Trevi Fountain adalah salah satu tempat yang dia mahu kunjungi setiap kali dia bercuti di Rome, Italy. Namun perasaannya tidak seteruja dahulu bila dia datang ke sini setiap kali sejak dia dia gagal dalam hubungan.
Dahulu Lia pernah bercadang mahu berbulan madu di sini. Dan mahu ke Trevi Fountain bersama orang yang tercinta. Namun hajatnya tidak tertunai kerana impiannya untuk berbulan madu di sini tidak tercapai. Dan dia seringkali gagal dalam hubungan cinta.Lia menyeluk saku seluarnya bila telefonnya berbunyi.
"Where are you Lia??," ujar si pemanggil sebaik sahaja Lia menjawab telefon.
"I'm at Trevi Fountain, Uncle," jawab Lia ringkas.
"Ok..don't do anything foolish sweetheart...,"
"I can't promise you that," jawab Lia tersenyum mendengar pesanan dari pakcik Firdausnya. Suara Uncle Firdausnya berbaur kebimbangan. Dia benar-benar tidak dapat berjanji dengan Uncle Firdausnya kerana dia tidak dapat mengawal diri dari melakukannya kerana tiada orang yang dapat membantunya.
"Lia...,"
"Ok uncle, I got to go, see you back at home!," ujar Lia lalu mematikan telefonnya. Hatinya merasa sebak tiba-tiba. Namun dia tidak mahu menangis lagi. Sebab itu, dia membuat perkara yang pelik-pelik untuk mengelakkan dirinya dari merasa sedih dan tertekan, membuat perkara sebegitu seakan terapi buat dirinya. Tapi tidak pada orang lain kerana pada mereka dia hanya mengundang masalah.
Lia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sekeping duit siling. Lia mencampak duit siling itu jauh ke Statue Fountain. Ikutkan dia tidak mengikut cara yang betul ketika membaling duit siling itu. Lia seharusnya membelakangkan dirinya dari Fountain lalu membaling duit silingnya mengunakan tangan kanan dan membaling kearah bahu kiri. Namun Lia tidak peduli.
Lia menanggalkan sepatu bootnya lalu masuk ke dalam Fountain. Perbuataannya itu membuatkan pasangan berbangsa German yang berada tidak jauh darinya berbisik sesama sendiri.
Lia tahu apa yang dia buat adalah perkara yang terlarang, namun Lia tidak ambil peduli. Lia berjalan perlahan menuju hampir ke statue Fountain itu. Lia membongkokkan badannya mencari duit siling yang telah di campakkan kedalam Fountain tadi. Mitos rakyat Italy mempercayai jika mencampakkan duit ke dalam air mancur itu, nescaya orang itu akan kembali semula ke Rome. Dan Lia sudah ke Rome berkali-kali.
"La signorina si prega di uscire dalla Fontana!," (Miss please exit the Fountain!) jerit seseorang.Lia tidak menghiraukan jeritan seseorang malah dia dengan wajah selamba sibuk mencari duit silingnya.
"CHE COSA sta facendo quella signora? Sta in cerca di guai?," (What is that lady doing? She's asking for trouble?) ujar Dante kepada temannya bila dia perasan ada seorang wanita asing berani masuk ke dalam Trevi Fountain ketika mereka berhenti membeli Gelato di cafe yang bertentangan dengan Trevi Fountain. Wanita itu mengundang masalah.
"Deve essere pazzo signora!," (Must be a crazy lady!) jawab temannya lalu menoleh memandang ke arah Trevi Fountain. Dia memandang sekilas ke arah wanita yang dikatakan akalnya tidak siuman itu terbongkok-bongkok sedang mencari sesuatu di dalam fountain.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...