Part 48

48 3 0
                                    


Malaysia 2015


Lia membuka pintu rumah lalu masuk ke dalam. Rumah penthouse 2 tingkat itu kelihatan sunyi seperti tiada penghuni, pemilik rumah ini tiada di rumah kerana bekerja. Lia menyimpan anak kunci ke dalam bag tangannya lalu berjalan menuju ke arah anak tangga, langkahnya terhenti bila dia di tegur seseorang.


"Puan Lia?? Kenapa tak bunyikan loceng tadi..boleh saya bukakan pintu," ujar makcik Leha bila menyedari ada seseorang masuk ke rumah majikannya tadi. Dia sibuk memasak di dapur. Tadi dia terdengar bunyi orang menutup pintu, dia ingatkan majikannya yang balik ke rumah. Rupa-rupanya cik Puannya.


"Tak apa, saya tak hendak menganggu Cik Leha..saya ada kunci rumah," jawab Lia lalu membuahkan senyuman kepada pembantu rumahnya.


"Puan Lia makan tengahari di sini? Cik Leha masak sedap-sedap hari ni..macam tahu Puan Lia nak datang," ujar Cik Leha membalas senyuman Lia. Dia terlebih rajin hendak masak special hari ini. Tidak sangka Cik Puannya datang hari ini. Langkah kananlah Cik Puannya.


"Oh ye ke?? Cik Leha masak apa hari ni?," ujar Lia ramah lalu menuju ke arah dapur kerana terbau aroma yang menyelerakan. Dia pergi ke stove menjengah kuali dan periuk. Di dalam periuk terdapat ketam masak telur asin cili padi manakala di kuali terdapat daging masak lada hitam.


"Makan ye..nanti dah siap cik Leha hidangkan," ujar Cik Leha tangannya lincah mencuci pinggang mangkuk kotor yang terdapat di dalam sinki.


"Yelah..cik Leha makan sekali ye! Saya tak biasa makan sorang, saya naik dulu," ujar Lia lalu menuju ke arah anak tangga dan naik ke bilik Nik. Lia membuka pintu lalu meletak bag tangannya di atas almari solek.


Dia membuka tingkap agar angin luar masuk ke dalam bilik. Lia melirik ke arah jam. Jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Hatinya berdetik awal lagi. Dia ada masa 6 jam untuk menghabiskan masa di dalam rumah ini. Dia cuba meninggalkan rumah sebelum Nik pulang dari kerja. Dia tidak mahu bertemu dengan Nik.


Lia menarik laci di dalam almarinya. Album gambar perkahwinan mereka di keluarkan. Lia membawa album ke atas katil lalu duduk. Dia membuka albumnya. Gambar kenangan hari pernikahan mereka dan persandingan mereka. Fikirannya menerawang jauh.


"I'm sorry Nik! I can't live with you!," ujar Lia perlahan tanpa menoleh memandang wajah Nik bila ahli keluarganya tidak berada sama dengan mereka. Dia sudah mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersama Nik bila mereka berdua kembali ke Malaysia nanti. Dia mahu tinggal bersama ibunya kerana dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Nik begitu mudah mencari penganti dirinya dan sedangkan Nik selalu mengatakan kepadanya bahawa Nik tidak dapat melupakannya. Apa yang Nik katakan kepadanya bercanggah dengan apa yang dia lihat sendiri. Dia masih belum dapat menerima sebarang alasan Nik untuk bernikah dengan Dania.


Nik meletak piring berisi custard caramel di atas meja bila Lia memberitahunya bahawa dia tidak akan tinggal bersamanya di Malaysia.


"Kenapa sayang??," ujar Nik dengan wajah prihatin lalu menyentuh tangan Lia perlahan. Dia ingin tahu sebab kenapa Lia tidak dapat tinggal bersama dengannya.


Hatinya merasa sayu bila Lia berkata begitu. Siang tadi, hatinya merasa gembira tidak terkata, bila membawa Lia pulang ke rumah pak usunya dan dia tidak sabar hendak pulang ke Malaysia membawa isterinya bersama.


Perasaan gembiranya kini bertukar menjadi sayu bila Lia mengatakan kepadanya bahawa dia tidak mahu tinggal sebumbung dengannya.


Nik perasan dan akui Lia tidak begitu mesra dengannya semenjak dia tahu adanya orang ketiga dalam hidup mereka. Lia merasakan bahawa dirinya tidak di perlukan lagi bila Dania mengatakan kepadanya bahawa dia akan menjadi madunya.


Pada Lia, Nik tidak tahu bagaimana dia hendak gambarkan perasaannya bila dia dapat kembali kepangkuan keluarga dan suami yang tercinta, gembira kerana bertemu mereka semua, namun hatinya hancur bila dia mengenangkan dia terpaksa pula berkongsi kasih dengan wanita lain setelah bertemu dengan suaminya semula? Isteri mana yang tidak sakit hati?


"I belum bersedia untuk bersama you! I minta maaf! I harap you mengerti Nik, I belum dapat menerima Dania," ujar Lia cuba menahan rasa sebak di dada. Dia sayangkan Nik. Namun hatinya tidak dapat menerima keputusan Nik. Dia masih rasa sakit hati.


Lia mengeluh kecil. Dia mencapai frame yang terdapat di meja sisi. Gambar dia bersama dengan Nik. Lia tersenyum sendiri. Mereka kelihatan gembira di dalam gambar itu. Malangnya Lia tidak ingat.


Frame gambar itu di letak ke tempat asalnya semula. Dia bangkit lalu membuka almari baju Nik. Baju Nik tersusun cantik dan kemas di dalam almari. Lia membuka almari bajunya pula. Seperti almari Nik. Bajunya juga tersusun cantik dan kemas.


Sungguhpun dia marahkan Nik. Namun dia tidak dapat membenci Nik kerana masih ada perasaan sayang pada Nik. Berapa kali Nik memujuknya untuk pulang ke rumah, namun dia tetap memberi jawapan yang sama. Dia masih belum bersedia.


Lia kembali ke katil lalu membaringkan badannya di atas katil. Dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat memaafkan Nik. Hatinya mahu kembali kepada Nik, namun fikirannya mengatakan dia tidak sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. Dia tahu Nik tidak pernah berputus asa memujuknya. Sungguhpun Lia mengatakan dia belum bersedia untuk tinggal bersama Nik. Namun jika Nik mengajaknya keluar makan bersama. Lia tidak pernah menolak.


Dia tidak tahu sampai bila Nik harus bertahan dengan perangainya. Ketika dia bersama Nik. Nik tidak pernah menceritakan tentang Dania mahupun menyebut nama Dania seolah-olah Dania tidak wujud. Dan Lia akan merasa bahagia, tetapi setiap kali dia mengingatkan tentang Dania. Perasaan geram mula menyelubungi hatinya.



Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now