Part 70

52 3 0
                                    


NIK tersenyum melihat kemesraan Lia bersama mama angkatnya Zarina. Hubungan rapat di antara mereka membuatkan Nik merasa sedikit cemburu kerana Lia tidak mesra sebegitu dengannya. Lia kelihatan selesa dan tidak kekok bersama mama Zarina dan Haider. Mereka sudah kelihatan seperti keluarga. Terkadang Nik merasa bersalah kerana telah memutuskan hubungan siratulrahim mereka. Jika dia tidak meminta Zara membuat ujian darah dan ingin mengetahui siapa Zara sebenarnya mungkin dia tidak tahu siapa Zara dan Zara akan bahagia bersama keluarga angkatnya.


"Why are you in such deep thoughts my friend?," tegur Haider lalu duduk di kerusi sebelah Nik bila dia lihatnya Nik memandang kearah Zara dan mamanya yang sedang leka mengemas meja makan sambil berbual mesra.


"I think I have snatched away Zara's happiness," jawab Nik perlahan lalu tersenyum lemah. Dia dapat melihat kegembiraan dan keceriaan wajah Lia bila berada bersama mereka. Lia tidak pernah kelihatan gembira begitu bila bersama dengannya dan juga keluarganya.


"Snatched away Zara's happiness??? What do you mean??," ujar Haider lalu meneguk kopinya perlahan tidak faham dengan maksud Nik.


"She never looks this happy whenever she's with me," jawab Nik perlahan. Nik tidak pernah berkongsi atau memberitahu sesiapa mengenai hati dan perasaannya selama ini, kerana Nik tidak punya teman rapat semasa dia berada di Malaysia. Hidupnya hanya kerja dan keluarga. Sebelum dia kehilangan Lia. Hidupnya pada Lia. Dia hanya punya teman baik di Rome iaitu Dante dan mereka jarang berhubungan kerana kesibukan masa.


"Give her some time..," jawab Haider perlahan matanya tidak lepas dari memandang kearah Zara dan mamanya.


"If I can't give her happiness..promise me that you can?," ujar Nik lalu menoleh kearah Haider.


Haider menoleh kearah Nik bila lelaki itu tiba-tiba meminta dia berjanji kepadanya. Mengapa Nik mahu dia berjanji begitu kemana Nik mahu pergi?


"What?? Whoa! I need you to stop right there?," ujar Haider terperanjat. Dia tidak mengerti mengapa Nik meminta dia berjanji kepadanya begitu. Apa Nik mahu menyerah kalah dengan hubungan mereka. Nik juga yang dahulu bersungguh-sungguh mahukan Zara kembali dalam hidupnya.


"I know you have feelings for Zara," jawab Nik tersenyum pahit.


"Itu benar..tapi Zara tidak pernah ada perasaan begitu terhadap diri aku," jawab Haider jujur. Zara hanya menganggapnya sebagai teman rapat itu sahaja. Dia sahaja yang menganggap Zara lebih dari teman biasa.


"Cinta boleh di pupuk," jawab Nik tanpa menoleh kearah Haider.


"Are you hearing yourself?? Cinta boleh di pupuk?? What's going on between you and Zara??," ujar Haider hairan bila Nik berkata demikian.


"Aku tidak dapat membahagiakan Lia..," jawab Nik ringkas tanpa mengulas panjang.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now