NIK hanya melirik ke arah handphonenya yang terdapat di atas meja bila dia menerima pesanan watsapp.
I've made up my mind.
Nik mencapai handphonenya sebaik sahaja menerima message itu dari Lia. Dia segera menghubungi Lia. Lama taliannya baru di jawab.
"Sayang?," ujar Nik bila tiada suara kedengaran di corong telefon.
"Yes Nik," jawab Lia menarik nafas perlahan. Hatinya merasa sebak sebaik sahaja mendengar suara Nik.
Sejak pulang dari Rome kelmarin hampir setiap malam dia berendam air mata. Nik tidak dihiraukan kerana dia merasa sakit hati dan marah pada lelaki itu. Nik tidak pernah menunjukkan rasa tidak puas hati atau marah padanya malah dia melayannya dengan baik. Nik terlalu baik dan penyabar. Dosanya terhadap diri Nik terlalu banyak. Ada ketika dia merasakan bahawa Nik tidak layak menjadi suaminya kerana lelaki itu terlalu baik padanya dan terus bersabar dengan sikapnya walaupun layanan yang dia berikan tidak seperti layanan Nik terhadap dirinya.
Dia sentiasa berdoa kepada Allah agar di berikan dia pentunjuk dan jalan penyelesaian masalah rumahtangganya. Menjadikan dia seorang wanita yang tabah dan redha dengan ketentuaan Allah.
Lia mengambil keputusan untuk tidak mahu mengekalkan hubungan mereka sebagai suami isteri kerana mereka tidak sehaluan. Apa guna mereka teruskan sekiranya mereka tidak bahagia. Dia merasakan ini adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Jodoh mereka berhenti setakat di sini sahaja. Dia redha.
Dia tidak mahu terus menerus menanggung dosa kerana menjadi isteri yang menderhaka kepada suami. Biarlah Nik teruskan niatnya untuk memperisterikan Dania dan dia sedia untuk mengundurkan diri.
Walaupun keputusan itu dibuat dengan hati yang berat. Dan dia harus berpisah dengan Nik walaupun dia masih menyayangi lelaki itu. Namun dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu terus menerus di belenggu dengan masalah rumahtangga mereka. Biarlah salah satu dari mereka mengecapi bahagia. Dan dia mahu Nik berbahagia. Mungkin ini adalah salah satu sebab dia masih belum dapat mengembalikan memorinya. Dia pasrah.
Dia mahu berpisah secara baik dengan Nik dan dia berharap Nik menerima keputusannya.
"I still love you sayang..," ujar Nik dengan perasaan sebak. Tidak menyangka hubungan mereka akan berakhir dengan cara sebegini. Dia gagal mempertahankan perkahwinan mereka.
"What's the point Nik? We are driven apart! I think this is the best way for both of us," jawab Lia dengan linangan air mata. Tidak mudah baginya untuk membuat keputusan sebegini, namun dia harus cekalkan hati.
"Jangan begitu sayang?? Don't you love me anymore?," ujar Nik perlahan bila Lia berkata demikian. Fikirannya benar-benar buntu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk Lia agar memberi hubungan mereka peluang sekali lagi.
Lia mengeluh perlahan. Air matanya mengalir semakin laju bila mendengar pertanyaan Nik. Ingin sekali dia menjawab memberitahu Nik bahawa dia sayangkan lelaki itu. Namun dia tidak berbuat demikian kerana dia khuatir ianya akan menyulitkan lagi hubungan mereka. Apa guna sayang jika hati tidak bahagia? Apa guna pertahankan mahligai jika ianya sudah retak dan hanya menunggu belah sahaja. Ada baiknya dia mengundurkan diri. Sebelum Nik bertemu dengannya, Nik sudah dapat menerima ketentuaan ilahi dan meneruskan kehidupannya tanpa dia di sisi. Dia percaya Nik dapat melupakan dia. Dan dia akan pergi jauh dari sini agar Nik dapat melupakannya.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...