Nik mengucapkan terima kasih kepada nurse yang merawat luka di kepalanya disebabkan kecederaan kemalangan tadi. Dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan. Kepalanya terhantuk di kerusi pemandu ketika kemalangan itu berlaku sehingga menyebabkan kepalanya luka berdarah dan dia perlukan 6 jahitan. Namun Nik bersyukur kerana kecederaan yang di alaminya tidak separah orang lain yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Menurut jururawat yang membersihkan luka di dahinya, kemalangan itu melibatkan 3 buah kereta dan sebuah bus. 2 dari kereta yang terlibat mengalami kecelakaan teruk. Kereta pertama yang terlibat terbalik dan satu lagi kereta terbakar. Nik bernasib baik kerana kereta yang di naikinya hanya kemek di bumper hadapan akibat terlanggar bonet kereta kedua dan dia dan pemandu kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan tidak begitu serious. Namun begitu Nik harus berada di ER selama 24 jam untuk memastikan bahawa kecederaannya di kepalanya tidak membahayakan dirinya. Alhamdullilah! Nik memanjatkan syukur kerana Allah memanjangkan umurnya.
"Please rest well Sir!," ujar jururawat tersebut lalu berlalu ke pesakit di sebelah Nik yang perlukan perhatian.
"Thank you," ujar Nik lalu membaringkan badannya perlahan untuk berehat seperti di arahkan jururawat itu. Walaupun kecederaan yang di alaminya tidak begitu teruk namun Nik tidak mengambil ringan tentang saranan jururawat tersebut. Nik benci pada hospital kerana pengalamannya yang lalu membuatkan dia merasa serik untuk berada di hospital.
Nik cuba melelapkan matanya untuk berehat kerana ubat pelali yang di berikan jururawat tadi membuatkan dia merasa mengantuk, namun matanya tidak jadi terlelap bila dia terdengar suara seorang wanita. Dan nada suaranya seperti merayu meratap. Dia tidak mendengar begitu jelas butir bicara wanita itu namun apa yang pasti wanita itu sebangsa dengannya kerana dia berbicara bahasa melayu dan bukan berbahasa arab. Pasti isteri kepada salah seorang mangsa yang terlibat dengan kemalangan yang sama.
"Berikan Lia peluang sekali lagi untuk hidup bersama abang, Lia akui Lia yang bersalah kerana menyalahkan abang selama ini! Lia sedar sekarang abang! Tiada orang lain yang dapat membahagiakan Lia selain abang! Lia hanya cinta dan sayangkan abang!,"
Nik hanya tersenyum mendengar luahan hati si isteri kepada suaminya. Beruntung sungguh si suami mempunyai isteri yang menyayanginya sepenuh hati. Dia pula tiada siapa yang sudi menyayanginya. Orang yang di sayangi telah memilih jodoh yang lain.
Nik hampir terlelap namun dia dikejutkan dengan suara cemas wanita yang merayu tadi. Mesin denyutan nadi membunyikan tanda kecemasan.
****
Lia tersentak bila mesin denyutan nadi Nik membunyikan tanda kecemasan. Lia menjadi cemas. Dia segera bangkit dari kerusi mendapatkan jururawat yang berada berdekatan bilik tempat dia berada.
Melihatkan Lia berada dalam keadaan cemas sebaik sahaja keluar dari wad ER. Firdaus dan Dania segera mendapatkan Lia. Mereka bertiga masuk ke dalam wad ER semula. Katil Nik di kerumuni jururawat dan doctor bertugas. Dan mereka tidak di benarkan berada di tempat Nik. Firdaus menarik lengan Lia berdiri jauh dari tempat Nik agar mudah doctor dan jururawat melakukan tugasnya.
Lia memeluk Dania dan tidak mampu menahan rasa sedih. Dania cuba mendamaikan hati Lia. Dia turut mengalirkan air mata kerana merasa sedih melihat keadaan Lia.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...