NIK berdiri di samping keretanya memandang kearah sekolah SMTI yang hampir 13 tahun ditinggalkannya. Telah banyak perubahan yang berlaku. Sebuah bangunan baru telah di dirikan di sebelah kantin. Sekolah menengah yang telah banyak meninggalkan banyak kenangan buat dia dan Natalia dahulu. Dia tidak tahu kenapa hatinya tergerak untuk ke SMTI.
"Assamualaikum..,"
Nik tersentak bila ditegur lalu menoleh memandang ke orang yang menegurnya.
"Waalaikumsalam..," jawab Nik lalu tersenyum menyambut tangan yang dihulurkan. Orang yang menegurnya adalah security guard sekolah SMTI. Abang Hassan, Nik masih ingat namanya. Dia mengesyaki bahawa abang Hassan tidak kenal siapa dia kerana dia tidak kelihatan terperanjat melihatnya ketika menegurnya tadi.
"Encik ni cari siapa?? Dari tadi abang perhatikan Encik seperti menunggu seseorang dari sekolah ni???," tanya Abang Hassan ramah. Dari pondok securitynya dia perasan lelaki itu berdiri di samping keretanya memandang kearah sekolah. Jika dia menjemput seseorang dari tadi lagi murid sudah bersurai pulang. Dan dia tidak pernah nampak lelaki itu sebelum ini.
"Abang Hassan tak kenal saya?," ujar Nik tersenyum bila Abang Hassan bertanya dia menunggu siapa.
"Kenal??," dia memerhatikan wajah lelaki itu cuba mengecam wajahnya bila lelaki itu bertanya samada dia kenal padanya. "Eh rasanya tak..Encik ni guru sekolah baru SMTI ke?,"
"Eh tak bukan cikgu baru..saya Nik, abang Hassan..abang Hassan tak ingat pada saya lagi..," ujar Nik lalu memandang wajah Abang Hassan.
"NIK??? Nik Faisal??,"
Nik menggangukkan kepalanya perlahan lalu tersenyum bila abang Hassan masih lagi ingat padanya.
"Ya Allah!! Abang tak cam langsung..Nik rupanya, bukan main segak lagi kau sekarang Nik, patutlah abang tak dapat kenal kamu, abang ingat cikgu baru tadi, jika cikgu baru habislah budak-budak perempuan sekolah ni mesti berkenan dengan kamu, tahulah budak-budak sekarang," usik Abang Hassan lalu menepuk bahu Nik Faisal. Nik hanya tersenyum bila di usik Abang Hassan. Abang Hassan tidak berubah, seorang lelaki yang peramah.
"Abang Hassan apa khabar sihat..keluarga di rumah sihat??," tanya Nik ramah.
"Alhamdullilah semuanya sihat..ni kenapa tercegat di luar ni??? Tak hendak jumpa cikgu-cikgu kamu ke?? Mesti mereka teruja berjumpa dengan bekas pelajar contoh mereka ni," ujar Abang Hassan lalu tersenyum. Dia masih ingat Nik adalah pelajar contoh di SMTI malah nama Nik dan gambarnya masih tersimpan cantik di almari bilik Pengetua Sekolah kerana reputasinya. Tiada pelajar yang sebaik Nik setelah Nik meninggalkan sekolah. Nik legend di sekolah SMTI.
"Masih ada lagi ke cikgu-cikgu saya dulu abang Hassan??," ujar Nik terperanjat bila abang Hassan menyuruh dia bertemu dengan guru sekolah lamanya.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...