LIA sibuk memasak di dapur. Hari ini merupakan hari istimewa buat mereka berdua. Ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-1 setelah dia rujuk kembali dengan Nik. Alhamdullilah semuanya baik-baik belaka, walaupun hidupnya bersama Nik selama 1 tahun ini seumpama roller coaster kerana dia dapat mengingati semula apa yang telah dia lupa setelah dia kemalangan dahulu. Dia dapat mengingati Haider dan Aisya itupun setelah beberapa kali dia minta Nik menceritakan kepadanya tentang Haider, Aisya dan ibu angkatnya Zarina.
Perlahan-lahan memorinya kembali kepadanya. Lia bahagia dan bersyukur dengan kehidupannya sekarang lebih-lebih lagi sudah hamil 5 bulan. Hanya satu sahaja yang membuatkan Lia rasa kekurangan. Iaitu Nik. Lelaki itu terlalu menjaga dan mengambil hatinya. She wants Nik to be comfortable enough in his own skin. Bukan portrayed sebagai suami yang perfect serba serbi. Like there is no room for any errors. Lia sukakan Nik kerana dia seorang lelaki yang berkarisma. Kualiti Nik yang Lia kagumi selain dari seorang lelaki yang penyabar dan penyayang.
Segala permintaannya yang termampu Nik. Nik akan kotakan. Dia sepatutnya merasa gembira kerana di layan seperti ratu oleh suaminya namun dia rindukan Nik yang di kenali ketika dia baru bernikah dengannya dahulu.
"Apa yang diangankan tu??,"
Lia terkejut terperanjat bila di tegur seseorang ketika dia sedang mengelamun di hadapan oven.
"Ehh Yana! Bila sampai!," jerit Lia bila menyedari Yana yang menegurnya tadi.
"Baru ni, terus cari kau kat dapur bau sedap dari hall tadi!," ujar Yana lalu duduk di stool berdekatan dengan Island.
"Thanks for coming over! I really missed you Yana!," ujar Lia lalu memeluk Yana lagi.
"Me too! Tapi aku musykil lah kenapa wedding anniversary kau invite kawan-kawan kau datang pulak eh! Kenapa tak keluar romantic dinner dengan Nik?," ujar Yana lalu mencapai kacang gajus goreng yang tersedia di dalam mangkuk di hadapannya lalu di kunyah perlahan. Dia merasa pelik bila Lia menjemput teman rapatnya untuk menghadiri majlis ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
"Siapa-siapa yang ada kat hall tu?," ujar Lia tanpa menjawab pertanyaan Yana.
"Aku dengan Syarul, Dania dengan pak usu kau!,"
"Dania dah sampai?," ujar Lia dengan wajah terperanjat kerana Dania tidak menemuinya di dapur.
"Dah mak buyung tu! Kejap lagi dia cari kau ler! Ah kau dah kenapa?? Muka macam tak happy je!," jawab Yana lalu tersenyum meleret. Tidak sangka mereka boleh berkawan baik setelah Dania menjadi sebahagian dari keluarga Lia.
"Nik!," jawab Lia ringkas lalu menarik stool di bawah Island lalu duduk.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...