18 December, 2012
Nik dan Lia melangkah masuk ke satu kedai ke satu kedai barang cenderahati yang terdapat di Venice. Mereka hendak mendapatkan cenderahati buat keluarga di Malaysia. Setelah puas meneroka kedai-kedai cenderahati yang terdapat di situ, mereka berjalan menuju kearah restoren berdekatan kerana perut sudah terasa lapar minta diisi.
Setelah memesan makanan mereka duduk menikmati keindahan pemandangan yang terdapat di Venice. Boat taxi dan gondola sibuk berulang alik di hadapan restoren mereka.
Nik mencapai tangan Lia. Lia tersentak bila tangannya di sentuh kerana dia terlalu asyik memandang kearah gondola-gondola yang berulang alik dihadapannya terdapat pelbagai rupa dan di hias cantik.
"Sayang nanti kita naik gondola ok?," ujar Lia lalu memandang wajah Nik. Melihat keseronokkan mereka-mereka yang menaiki gondola. Dia juga teringin mahu naik sama. Bukan Lia tidak pernah menaiki gondola sebelum ini. Dia pernah sendirian. Dia teringin naik bersama suami yang tercinta.
"Gondola? Tak payahlah sayang..., sama macam naik sampan aje tak ada bezanya!," ujar Nik lalu tersenyum bila isterinya mahu menaiki gondola.
"Macam sampan you kata sayang???," jawab Lia dengan wajah tidak percaya bila Nik mengatakan naik gondola sama macam naik sampan.
Eii sungguh tak glam langsung. Ini gondola mana sama macam sampan. Lagipun si pendayung sampan kebanyakkannya dari pria-pria yang tampan belaka dan harga menaiki gondola bukannya murah seperti menaiki sampan.
"Oklah sayang, kita naik lepas ni, tapi you kena janji jangan buat kerja tak senonoh lagi," ujar Nik memujuk Lia.
"Kerja tak senonoh??," jawab Lia dengan wajah hairan. Kerja tak senonoh apa yang pernah dia buat dahulu.
"Terjun dalam air! If you tak sayangkan I, you buat lagilah perkara seperti itu, nescaya suami you akan pendek umur," ujar Nik tersenyum memandang Lia. Prank yang Lia pernah kenakan padanya dahulu hampir sahaja membuatkan dia terkena serangan jantung.
"Oh perkara itu, kan I dah minta maaf dari you dear? I janji tidak akan menyusahkan you sayang kerana I love you so much and I don't want to lose you," jawab Lia lalu mencium tangan suaminya perlahan.
"Alhamdullilah...," jawab Nik tersenyum lega tanpa mengulas panjang.
"Itu aje? Eii...I sayang you tapi you tak sayang I!," jawab Lia dengan nada merajuk bila Nik cuma mengucapkan Alhamdullilah dan tidak mengatakan perkara yang sama bahawa dia cintakan dirinya. Nik terlalu kedekut untuk meluahkan kata-kata romantis seperti itu kepadanya.
Nik tetawa kecil bila Lia merajuk lagi dengannya.
"Mana you tahu I tak sayang?," ujar Nik bila Lia merajuk kerana dia tidak mengucapkan kata sayang padanya.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...