LIA menoleh kearah Nik yang berdiri di sisinya. Mereka berdua memandang kearah air pancuran Trevi Fountain yang begitu popular di Rome. Pada Lia ianya adalah pandangan biasa kerana Lia pernah menetap di Rome selama 3 tahun lebih dahulu. Walaupun dia tidak pernah pergi ke Trevi Fountain kerana pada Lia air pancuran itu hanya tempat populasi mereka yang datang melancong. Namun hari ini merupakan kali pertama dia berhenti singgah di sini kerana Nik mahu mereka ke sana dan menurut Nik inilah tempat pertemuan mereka pertama kali dahulu.
"Kita bertemu semula di sini?," ujar Lia lalu tersenyum.
"Ya..setelah 10 tahun kita bertemu semula di sini," jawab Nik lalu tersenyum. Masih segar di ingatannya akan pertemuannya dengan Lia 3 tahun dahulu. Jika tidak kerana desakan Dante, dia tidak akan bertemu dengan Lia.
"Really?..tell me, how did we met?," ujar Lia lalu duduk di atas batu fountain. Lia menarik tangan Nik agar lelaki itu duduk di sebelahnya. Dia mahu Nik menceritakan kepadanya bagaimana mereka bertemu dahulu.
"Betul Lia tidak ingat apa-apa?," ujar Nik ingin kepastian dari Lia.
"Tak, sorry," jawab Lia jujur.
"Abang menyelamatkan Lia dari di tahan polizia,"
"Menyelamatkan Lia dari ditahan polis?? Kenapa??," tanya Lia dengan wajah terperanjat. Tidak sedikitpun terlintas di fikirannya pertemuaan mereka begitu. Dia sangka mereka bertemu kerana sama-sama mahu membaling coin ke dalam fountain itu. Pertemuaan semula yang tidak di sengajakan itu telah membuatkan mereka jatuh cinta. Something romantic??? Dan bukan di tahan polis! Tak romantic langsung!
Nik tetawa perlahan melihat wajah terperanjat Lia bila dia mengatakan bahawa dia cuba menyelamatkan Lia dari ditahan polis.
"You are joking right???," ujar Lia bila Nik mentertawakanya bila dia bertanya akan sebab kenapa.
"Abang tak bergurau..ini benar-benar terjadi," jawab Nik cuba mengimbas kembali kenangan sewaktu mereka bertemu di Trevi fountain dahulu.
Peristiwa di Trevi Fountain 3 atau 4 tahun dahulu
"Non si può andare all'interno della fontana Miss..It è un reato," (You can't go inside the fountain Miss..It's an offence) tegur salah seorang pegawai polis Rome kepada wanita muda itu sebaik sahaja dia dan lelaki yang membantunya tadi keluar dari Fountain.
Lia hanya tersenyum pada polis yang memberinya amaran. Wajahnya cukup bersahaja seperti tidak hairan dengan amaran yang polis itu berikan kepadanya.
"Capisci quello che sto cercando di say..Miss??," (Do you understand what I'm trying to say..Miss??) tegur rakan polis itu kepada wanita yang berbangsa asing itu bila wanita itu hanya mendiamkan diri dan hanya tersenyum.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...