Part 92

90 3 0
                                    


"I'M really sorry Nik," ujar Dania dengan wajah serba salah. Dia menoleh memandang wajah Firdaus yang duduk disebelahnya. Firdaus turut terperanjat bila Dania tiba-tiba membuat keputusan sedemikian. Semasa dia berada di rumah Dania. Dania meminta dia menemaninya ke rumah Nik. Dan dia menurut sahaja kerana tidak mengesyaki akan tujuan Dania ingin bertemu Nik sebelum pernikahan mereka.


Dania sedar Nik telah banyak berubah setelah berpisah dengan Lia. Nik menjadi lelaki pendiam dan tidak banyak berbicara. Nik hanya menuruti segala apa yang dia hajati tanpa sebarang bantahan.


Dania menjadi risau sendiri melihat keadaan Nik. Dia tidak mahu bersuamikan patung cendana bernyawa yang hanya menuruti kehendaknya sahaja tanpa tindak balas apa-apa. Dia cintakan Nik, bukan hanya kerana lelaki itu berwajah kacak sahaja. Dia cintakan Nik kerana lelaki itu memiliki peribadi yang baik dan berbudi bahasa. Lelaki berkualiti seperti Nik memang sukar di perolehi zaman sekarang. Sebab itu dia bertekad tidak akan melepaskan Nik bila dia diberi peluang kedua untuk menakluki hati lelaki itu.


Namun beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka. Hati Dania menjadi resah gelisah dan berbelah bagi. Dia merasakan pernikahan ini adalah kesilapan besar buat dirinya. Dia kini tidak tahu samada dia dapat hidup bersama Nik. Perasaannya terhadap Nik semakin hari semakin pudar dan dia tidak tahu apa sebabnya. Namun Dania tidak mahu terlalu memikirkannya kerana dia menganggap ini hanyalah ujian buat pasangan yang bertunang.


Tapi perasaan itu kembali menghantui fikiran lagi pada hari pernikahan mereka.


"How long have you felt this way?," ujar Nik setelah agak lama mendiamkan diri mendengar penjelasan dari Dania.


"Beberapa hari lepas!," jawab Dania dengan wajah serba salah. Dia merasa bersalah terhadap diri Nik teramat sangat. Dia menoleh memandang wajah Firdaus. Lelaki itu juga tidak dapat berkata apa. Mungkin terperanjat dengan kenyataannya tadi. Firdaus sememangnya tidak tahu akan tujuan dia untuk bertemu Nik, kerana dia tidak memberitahu Firdaus apa-apa.


Semasa dia mengajak lelaki itu menemaninya ke rumah Nik. Dia memberi alasan bahawa dia hendak mengambil sesuatu di rumah Nik dan Nik tidak tahu di mana dia menyimpan barang itu maka dia terpaksa pergi mengambilnya sendiri. Dia juga terangkan kepada Firdaus bahawa barang itu penting kerana dia hendak memberikan barang itu kepada Nik semasa pernikahan mereka berlangsung nanti.


Nik memandang wajah Dania cuba mencari kebenaran pada pengakuan Dania. Betulkah Dania mula berperasaan sebegitu baru-baru ini sahaja? Jika Dania sudah dapat merasakan bahawa mereka tidak dapat bersatu semasa dia masih bersama Lia lagi. Nik dan Lia tidak akan melalui perkara-perkara yang menyayat hati. Dan perkahwinannya dengan Lia masih dapat diselamatkan. Namun Dania hanya berperasaan begitu setelah dia dan Lia berpisah? Adakah ini memang suratan buat dirinya? Dia tidak kesal jika Dania tidak mahu menjadi isterinya. Dia hanya kesal kerana telah melepaskan Lia pergi.


"Maafkan I Nik..I tak tahu mengapa perasaan I terhadap diri you kini berubah," ujar Dania lalu menitiskan airmata. Perasaannya terhadap diri Nik seperti tidak ada lagi. Dan dia tidak tahu kemana perasaan kasih sayang dan cintanya terhadap Nik pergi.


Dania benar-benar merasa sedih dan kesal. Dia telah melukakan hati Nik dan Lia. Dia juga merasa bersalah teramat sangat kerana telah menyusahkan keluarganya kerana perbuataannya. Dan apa yang paling Dania kesali, kerana perbuataannya itu telah membuatkan Nik dan Lia berpisah.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now