LIA terjaga dari tidur dan menyedari dia telah tertidur di atas sejadah tanpa sedar. Matanya kelihatan sembab kerana terlalu banyak menangis ketika sujud dan berdoa selepas solat isyak tadi. Dia tidak tahu mengapa hatinya terasa sayu dan sedih sekali. Selama ini, Lia bisa membendung perasaan sedihnya dan tidak menunjukkan kepada orang lain. Namun dia tewas setiap kali dia sujud di atas sejadah. Segala kesedihan dia curahkan kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang dan maha pendengar.
Dia sangka setelah dirinya di bebaskan, dia akan mengecapi kebahagiaan dan kebebasan yang di cari. Namun dia silap kerana dia tidak merasa sedemikian, sebaliknya merasa dirinya kosong sekali. Walaupun dia ditemani dan dikelilingi orang yang tersayang namun dia masih merasa hidupnya tidak lengkap dan merasa sunyi. Dia tidak merasa kebebasan yang dicari dan dia tidak merasa bahagia.
Dia hanya merasa tenang bila setiap kali solat dan berdoa kepada Allah Taala. Meminta Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah dia lakukan selama ini.
Lia menukar arahnya ke Cordova di Spain dan tidak terus ke Rome seperti perancangan awal. Lia mengambil keputusan untuk menjelajah bumi Cordova mempelajari dan mengenali sejarah Cordova. Di sana Lia berkenalan dengan seorang wanita muslim bernama Umairah yang berbangsa Spain.
Wanita itu tidak di lahirkan sebagai seorang muslim. Dia hanya mengenali Islam 5 tahun dahulu dan telah jatuh cinta dengan agama Islam lalu memeluk agama Islam. Umairah seorang wanita yang bijak. Dan Lia menjadi rapat dengan Umairah. Dalam masa yang sama Lia mengkagumi pendirian dan semangat yang ada pada Umairah. Keluarga Umairah tidak bersetuju bila dia memilih agama Islam. Umairah di pulaukan oleh keluarganya.
Namun Umairah tidak pernah merasa kesal malah bertawakkal dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dibuka hati keluarganya untuk menerima dirinya dan agamanya. Malah Lia mempelajari beberapa perkara dari Umairah, yang dia sendiri merasa malu dan segan kerana dia di lahirkan dalam agama Islam namun pengetahuannya tentang agama tidak sebaik Umairah yang baru memeluk Islam 5 tahun dahulu. Betapa tipis iman dan pengetahuannya tentang agama islam.
Umairah selalu mengingatkannya setiap apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Dan selalu bersangka baik pada Allah. Bertawakkal dan sentiasa berdoa agar Allah membantu mempermudahkan segala apa yang kita lalui. Allah sayang pada hambanya maka dia menguji tahap keimanan dan ketakwaan hambanya dan Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya. Pesan Umairah berkali-kali bila Lia merasa sedih.
Kata-kata Umairah itu telah menyedarkan Lia dan dia merasa sedih dan sayu kerana dia tidak bertahan dan bersabar dengan Nik. Apa perbuatan dan kelakuan Nik terhadap dirinya selama ini di pandang salah. Dan kerana ego dia selalu menyalahkan Nik kerana menyebabkan rumahtangga mereka tidak bahagia. Namun Nik sentiasa bersabar dengannya. Nik tidak pernah meninggikan suaranya. Lelaki itu selalu mencari jalan untuk menambat hatinya namun Lia tidak pernah memberi Nik peluang untuk berbuat demikian. Pada Lia, Nik hanya mahu isteri lebih dari satu. Sedangkan dia tidak pernah memberi Nik peluang untuk membuktikan kepadanya dan berlaku adil.
Terlalu banyak dosanya terhadap Nik. Hendak menyesal tiada gunanya lagi kerana semuanya sudah terlambat. Nik sudah bahagia bersama Dania manakala dia masih tercari-cari kebahagiaan sendiri. Lia sedar bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar.
Lia terdengar pintu bilik hotelnya di ketuk seseorang. Lia menanggalkan telekung lalu menuju kearah pintu. Pintu dibuka. Mama Zarina berdiri di muka pintu. Di tangannya terdapat jubah berwarna baby pink. Baju untuk dipakai untuk hari pernikahan Haider esok. Jubah exclusive itu ditempah khas buat dirinya sebagai pengapit pengantin perempuan.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
Любовные романыSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...