Part 41

52 3 0
                                    


NIK menarik laci lalu mengeluarkan keratan akhbar mengenai pengeboman di Santa Lucia Station pada tahun 2012. Keratan akhbar itu masih elok di simpan kerana Nik tidak bersedia untuk membacanya sebelum ini. Nik mencapai salah satu keratan akhbar yang terdapat photo tempat kejadian. Keretapi yang terlibat kelihatan rentung dan kedai-kedai kecil yang berdekatan dengan platform turut terjejas sama kerana bukan sahaja keretapi berkenaan sahaja dipasang bom malah terdapat beberapa tempat di persekitaran kedai dan platform turut terjejas sama.


Dan ketika kejadian itu berlaku Nik berada berdekatan dengan salah satu kedai yang terjejas. Nik memandang gambar itu dengan perasaan sebak. Di situlah kali terakhir dia lihat Lia. Dia lihat Lia duduk di salah sebuah bangku berdekatan dengan platform sedang berbual-bual dengan seorang wanita dan anak perempuannya. Melihatkan isterinya sedang leka berbual dengan wanita itu. Nik mengambil keputusan untuk ke kedai sebelah membelikan Gelato buat isterinya.


"Sembri felice il mio amico? (You look happy my friend?) tegur si Penjual Gelato itu mesra bila di lihat pelanggannya itu kelihatan tersenyum sedari tadi menandakan dia di dalam keadaan mood yang baik.


"Bene grazie! Ho appena sposato, mia moglie è seduto lì!" (Well thank you! I just got married, my wife is sitting over there!) jawab Nik tersenyum lagi lalu menunjukkan kepada penjual Gelato itu ke arah tempat duduk Lia.


"Oh congratulazioni! E 'sulla casa per gli sposi," (Oh congratulations! It's on the house for the newly weds) jawab si penjual Gelato lalu menghulurkan tangan memberi tahniah kepada pelanggannya. Dia meminta pembantunya memberi Gelato yang di pesan kepada pelanggan yang baru berumahtangga itu.


"Grazie mille!" (Thank you very much!) jawab Nik lalu tersenyum dia menoleh kearah isterinya.


Lia tidak lagi berada di bangku tempat dia duduk. Dia lihat Lia sedang memanggil wanita yang duduk bersamanya awal tadi dan berjalan menuju ke arah mereka. Mungkin Lia mahu memberi wanita itu sesuatu.


Dan kejadian yang tidak dingini itu berlaku di hadapan matanya sendiri. Bom meletus dengan kuatnya sehingga dia yang berdiri di kedai Gelato turut terkena impaknya. Semuanya berlaku dengan pantas.


Nik terbaring lemah dalam keadaan yang tidak bermaya berdekatan dengan kedai Gelato. Kedengaran suara cemas, tangisan dan raungan orang yang tercedera dalam letupan itu. Api dan asap tebal kelihatan di sana sini. Badan-badan orang yang tercedera dan terkorban bergelimpangan di sana sini.


Dia menoleh kearah tempat isterinya, dari jauh Nik ternampak badan isterinya yang terdampar kaku berdekatan dengan platform.


"Lia!," ujar Nik perlahan dengan linangan airmata melihat keadaan isterinya yang telah kaku dan tidak bergerak.


Nik cuba bangun untuk mendapatkan isterinya, namun dia sendiri tidak mampu berbuat demikian kerana kecederaan yang dia alami agak serius, bajunya penuh dengan lumuran darah. Kakinya tidak dapat bergerak. Darah pekat mengalir dari kepalanya. Pandangan matanya menjadi kabur dan badannya terlalu lemah untuk bergerak. Nik memejamkan matanya lalu dia tidak sedarkan diri.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now