Part 63

46 2 0
                                    


FIRDAUS tersenyum sendiri bila mengenangkan anak kenalan teman-teman kakaknya yang rela menjadi isterinya. Seperti lelaki lain dia turut merasa berbangga dan berbesar hati kerana dia masih laku. Namun Firdaus masih belum membuat keputusan apa-apa lagi, kerana dia masih belum bersedia untuk mendirikan masjid dan dia lebih selesa dengan cara hidupnya. Dia hanya mengikut kehendak kakaknya untuk bertemu dengan mereka kerana dia tidak mahu mengecilkan hatinya.


Firdaus membuahkan senyuman kepada pelayan restaurant bila wanita itu membuahkan senyuman kepadanya. Air pesanan yang di minta awal tadi dikirimkan ke meja. Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Dia awal atau terlewat. Bayang Dania tidak kelihatan sedari tadi.


Firdaus tersentak bila seseorang meletak handbag Chanel limited editionnya di atas meja secara mengejut.


"Sorry lambat..," ujar Dania lalu duduk di sofa hadapan Firdaus.


"It's ok..I ingat you dah tinggalkan I tadi," jawab Firdaus lalu meneguk latte yang di pesan. Dia menyandarkan badannya agar lebih selesa kerana dia tahu Dania pasti mahu berbual lama dengannya.


"So how's your searching..berhasil???," tanya Dania sambil lewa lalu melambai ke arah pelayan restaurant. Wajahnya kelihatan tidak senang kerana merasa sakit hati akhir-akhir ini.


"Too overwhelming!," jawab Firdaus lalu tersengih bangga menampakkan baris giginya yang tersusun rapi.


Dania menjeling bila Firdaus kelihatan seronok bila dia bertanya tentang projek pencarian isterinya. Dia tidak menyangka Firdaus benar-benar serious mahu mencari isteri.


"Why,..you are not happy for me dear??," tanya Firdaus bila Dania tidak begitu senang dengan jawapan yang di berikan tadi dan wajahnya kelihatan frustrated.


"Lelaki semuanya sama sahaja kan?," ujarnya lalu menyedut jus watermelon di hadapannya.


"Meaning???," jawab Firdaus pura-pura tidak faham akan maksud Dania. Dia tahu wanita pasti akan mengatakan lelaki memang pantang bila bab nikah kahwin. Dan dia tidak pernah menafikan kebenarannya.


"Pantang," ujar Dania lalu mencebikkan bibirnya lalu menjeling kearah Firdaus.


"Pantang??,"


"Pantang nampak perempuan muda dan cantik mulalah hendak gatal," sindir Dania menjeling lagi kerana Firdaus membalas senyuman seorang wanita yang duduk tidak jauh dari tempat mereka.


"Setakat ni I ok je tak ada rasa gatal-gatal bila nampak perempuan cantik!," jawab Firdaus dengan wajah tidak bersalah. Dia tahu Dania menyindirnya.


"Eii stop it Firdaus..it's not funny ok..I'm serious!," jawab Dania geram lalu mencubit tangan Firdaus bila lelaki itu sengaja buat-buat tidak faham akan maksudnya tadi.


"I think I dah jumpa masalah you," ujar Firdaus lalu memandang wajah Dania.


"Masalah?? Masalah apa?," ujar Dania lalu memandang wajah Firdaus tepat bila Firdaus mengatakan dia punya masalah. Masalah yang dia hadapi sekarang adalah Lia. Jika Nik tidak ke Rome. Dia tidak akan bertemu semula dengan wanita itu. Dan jika Nik tidak bertemu semula dengan Lia. Dia tidak akan rasa kedudukannya tergugat.


"You are too serious!,"


"Serious!! Of course I'm serious when it comes to things that involves me!," jawab Dania dengan wajah serious. Dia tidak pernah ambil mudah tentang perkara yang bersangkut paut dengan kehidupannya.


"Dania...loosen up a bit..jangan terlalu serious, cuba senyum selalu..ni tidak..wajah dah cantik-cantik tapi serious I cakap bukan Nik sahaja yang lari..I pun ambil langkah seribu jika you begitu selalu," ujar Firdaus lalu mencuit pipi Dania perlahan cuba membuatkan wanita itu rilek dan tersenyum. Setiap kali dia bertemu dengan Dania. Dania selalu dalam keadaan stress.


"You ni memang player kan?," ujar Dania lalu memandang wajah Firdaus serious.


"See! For nothing I di labelkan sebagai player! Does it hurt so much for you to smile Dania? Smile often...tak susah untuk senyum..senyum itu satu sedekah..please try to get rid of all this negative energy," ujar Firdaus lalu tersenyum. Memang susah untuk dia melihat wanita itu tersenyum. Apa yang dia lihat selalu adalah wajah mencuka Dania.


Dania tidak menjawab kerana Firdaus berjaya membuatkan hatinya sejuk semula kerana Firdaus pandai memujuk. Namun begitu, dia tidak menunjukkan kepada Firdaus kerana dia tahu Firdaus akan terus-terusan mengusiknya. Dia akui Firdaus is a good company. Dia merasa senang dan selesa bila bersama dengan lelaki itu.


Firdaus bukan sahaja pandai memujuk, dia suka berjenaka dan hatinya akan merasa terhibur setiap kali Firdaus berbuat begitu. Nik tidak seperti Firdaus. Nik tidak pandai berjenaka. Nik seorang lelaki gentleman dan kacak. Itu sahaja kualiti Nik, yang kadang kala membuatkan dia merasa bosan kerana Nik tidak pandai berjenaka.


"I'm not a player..I just know how to make people feel better," jawab Firdaus lalu tersenyum. Dia suka membantu orang. Firdaus sering di jadikan tempat orang mengadu nasib. A shoulder to cry on. Kakaknya selalu meminta dia menjadi pendengar setia dan Firdaus akan cuba membuatkan kakaknya merasa senang hati dan lega bila dia menceritakan masalah dan kesedihannya kepada Firdaus kerana Firdaus suka memberi nasihat yang berguna kepada orang yang memerlukan.


Dan masalah terbaru yang dia terima aduan dari kakaknya adalah tentang Lia. Lia tidak seperti Lia dahulu. Dan dia tidak menyalahkan Lia, kerana Lia tidak dapat mengingati masa silamnya. Dan kakaknya risau tentang hubungan Lia dengan Nik.


Kakaknya mengadu bahawa Lia tidak serumah dengan Nik kerana Lia masih marah pada Nik. Kakaknya dapat merasakan sungguhpun Lia tidak punya memori apa-apa tentang Nik namun di tahu bahawa anaknya Lia sayangkan Nik. Lia tidak dapat terima Nik kerana Nik mahu bernikah dengan Dania. Dan dia tidak dapat membantu Lia dalam perkara ini kerana hanya Nik sahaja yang dapat membuat keputusan.


"Fir?? Termenung ingatkan siapa?," tegur Dania bila dia berkata sesuatu Firdaus tidak dengar dan kelihatan termenung jauh.


"Oh nothing I tengah decide whether I should marry Nur Fathia, Shafiqa or Alissa?," jawab Firdaus dengan wajah serious.


"I hate you Fir!!," ujar Dania lalu bangun dari tempat duduknya bila Firdaus mula mahu menyakitkan hatinya. Tujuannya mahu Firdaus meringkan beban di fikirannya. Malah Firdaus sengaja menambah sakit hatinya pula.


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now