ZARA dan Nik berjalan perlahan menikmati keindahan Lungotevere di waktu malam, kedua-duanya hanya diam membisu kerana tidak tahu hendak memulakan bicara. Zara meminta Nik menunggunya kerana dia habis kerja jam 8.00 malam. Dia mahu bertemu dengan lelaki itu kerana dia mahu mendengar kisah Nik.
Dia mendapat tahu Nik adalah teman Dante yang kehilangan isteri 3 tahun yang lalu di Venice. Dan dia juga baru mendapat tahu bahawa, arwah isteri Nik serupa dengannya. Baru dia mengerti mengapa Nik kelihatan terperanjat bila bertemunya kelmarin. Kenyataan Dante tadi membuatkan hatinya benar-benar ingin tahu kisah Nik, kerana dia merasakan perlu untuk mengetahuinya. Mungkin Nik secara tidak langsung dapat membantu memulihkan ingatannya semula.
Zara masih tidak menceritakan kepada Nik tentang dirinya, kerana dia ingin tahu kisah Nik dahulu.
"I'm sorry to hear that you've lost your wife!," ujar Zara memulakan bicara lalu berhenti memandang kearah bangunan St. Peter's Basilica di hadapan mereka.
Dia merasa janggal tiba-tiba bila bersama lelaki itu. Awal tadi, dia yang beria-ia mahu bertemu dengan Nik. Sekarang bila bersama lelaki itu, dia pula merasa janggal, kerana tiba-tiba merasa malu berjalan dengan lelaki kacak itu.
"It's been 3 years, but I've felt as if she had just left yesterday!," jawab Nik perlahan lalu menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket jaketnya. Walaupun sudah 3 tahun berlalu, dia masih merindui Lia. Dan setiap kali dia mengenangkannya hatinya menjadi sebak.
Zara terkedu bila mendengar keluhan hati Nik seolah-olah dia turut dapat merasakan kesedihan Nik. Air matanya hampir sahaja menitis jatuh. Namun Zara cuba menahannya.
"Do you still miss her?," tanya Zara lagi.
"Everyday!," jawab Nik jujur.
Zara tidak dapat menahan air matanya dari tumpah. Dia memandang kearah lain lalu mengesat airmatanya tidak mahu Nik tahu bahawa dia menangis. Dia merasa sedih kerana dia hampir senasib dengan Nik. Dia tidak tahu siapa keluarganya sehingga sekarang? Adakah mereka masih hidup atau sudah tiada?
"I'm sorry if I caused you more pain! I didn't mean to!," jawab Zara lalu memandang wajah Nik. Dia tahu Nik akan merasa sedih setiap kali melihat wajahnya kerana dia telah mengingatkan Nik akan arwah isterinya.
"Lia tidak buat kesalahan apa-apa pada saya, kenapa Lia perlu minta maaf," ujar Nik lalu tersenyum bila Zara meminta maaf darinya.
"Sebab saya mengingatkan Nik tentang Natalia!," jawab Zara merasa bersalah.
"Sekurang-kurangnya saya dapat berbual dengan orang yang wajah serupa seperti isteri saya, dan bukan dengan imiginasi isteri saya!," jawab Nik tersenyum lagi. Dahulu setiap kali dia rindukan Lia, dia selalu membayangkan isterinya berada di sisinya dan isterinya berbual dengannya. Namun dia tidak dapat membalas kerana dia tidak mahu orang menyangka dia gila kerana berbual sendirian.
"Serious?," ujar Zara dengan wajah tidak percaya lalu menoleh memandang wajah Nik bila lelaki itu berkata demikian.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomantizmSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...