2015, Di Rome Italy
ZARA mengelap meja dan pisau yang di gunakan untuk memotong roti tadi. Keadaan di café menjadi sedikit lengang selepas waktu rush hour. Setelah membersihkan kaunter dan menambah bahan-bahan untuk membuat sandwich didalam container. Zara menanggalkan apronnya lalu di gantungkan di belakang kaunter.
"Let's have coffee! Shall we?," ujar Haider memandang wajah Zara lalu tersenyum. Dia mengantungkan apronnya di belakang kaunter.
"Yes..definitely!!," jawab Zara lalu menuju kearah tempat membuat coffee. Dia menyediakan 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya dan satu lagi buat Haider. Mereka perlukan tenaga sebelum menyambung kerja semula. Dan memandangkan tidak ramai pelanggan mereka dapat berehat seketika dengan secangkir kopi.
Haider mengangkat 2 cawan coffee lalu meletak di meja. Dia memerhatikan Zara yang sedang sibuk menyusun mini chocolate Danish dan cinnamon rolls di atas piring lalu membawanya ke meja mereka.
"Pretty hectic today!," ujar Haider lalu tersenyum kerana semasa lunch tadi ramai pelanggan datang ke café mereka sehingga mereka tidak menang tangan. Nasib baik dia datang membantu jika tidak pasti kelam kabut café dibuatnya kerana mereka kekurangan kaki tangan dan ibunya tidak ada di café.
"Ya, nasib baik you datang bantu, jika tidak I kena koma," jawab Zara tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan.
Haider hanya tersenyum mendengar komen Zara. Wajah cantik Zara di pandang. Dia sukakan wanita itu. Sejak pertama kali dia memandang wajah Zara hatinya sudah terpaut. Zara wanita melayu yang pertama berjaya menambat hatinya. Sebelum ini, dia banyak menjalinkan hubungan cinta dengan wanita sebangsanya. Namun hubungan mereka tidak kekal.
"Haider..you did it again!," ujar Zara lalu tersenyum bila dia perasan Haider memandang wajahnya lagi. Sudah beberapa kali dia memesan kepada Haider jangan berbuat begitu, namun lelaki itu seakan tidak faham kerana dia buat perkara yang sama setiap kali mereka bersama. Perbuataan Haider membuatkan Zara merasa tidak selesa. Bukan kerana dia tidak suka pada lelaki itu, tapi kerana dia tidak suka di renung.
"I'm sorry I can't help it, you are just so beautiful," puji Haider bila Zara memarahinya kerana dia memandang wajahnya lama.
"All Italian men know how to swoon women," komen Zara lalu tersenyum.
"I'm half Italian half malay!," jawab Haider tersenyum lalu meneguk kopinya perlahan membetulkan ayat Zara bahawa dia berdarah campuran dan bukan berdarah Italy sahaja. Ayahnya berbangsa Itali manakala mamanya berbangsa melayu.
"How do you feel today Zara?," tanya Haider lalu memandang wajah Zara.
"I feel okay," jawab Zara perlahan lalu mengeluh kecil. Dia cuba untuk menjalani hari-harinya seperti biasa tanpa memikirkan apa-apa. Namun dia masih belum mampu melakukannya dengan sempurna. Walaupun ianya sudah 2 tahun berlalu namun dia masih tidak dapat menyesuaikan dirinya lagi.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...