Part 10

88 5 2
                                    

NIK tersentak terperanjat bila seseorang menutup kedua belah matanya bila dia sedang leka menyiapkan essay Englishnya. Dia tahu perbuataan siapa namun dia hanya membiarkan sahaja tanpa mahu meneka.

"Dah habis buat homework??," ujar Nik perlahan lalu meletak pennya di atas meja.Fiqa melepaskan kedua belah tangannya dari menutup mata abang Niknya bila dia bersuara.

"Ala boringlah abang ni? Tak ada benda lain ke nak tanya Fiqa? Asyik-asyik dah belajar? Homework dah siap? Dah bantu mak kat dapur? Dah kemas bilik? Eh abang please tanya soalan lain boleh tak? Bosan tau Fiqa macam ni!," rungut Fiqa lalu duduk di hadapan abangnya. Dia menutup buku teks English Tingkatan 6 atas yang di gunakan abang Niknya tadi menandakan dia tidak mahu abangnya menyambung membuat kerjanya.

Nik menutup penutup pen dan buku latihannya. Dia memandang wajah adiknya yang kelihatan bosan bila dia asyik mengingatkan tentang kerja rumahnya. Nik hanya dua beradik sahaja. Dia dan adik perempuannya Fiqa. Fiqa seorang anak yang manja dan sentiasa mahukan perhatian dari keluarga terutama sekali perhatian darinya kerana kedua ibu dan ayahnya sibuk bekerja.

Fiqa selalu menganggap dia abang idola. Abangnya seorang pelajar yang pintar. Dia seringkali merujuk pada abang Niknya jika dia tidak dapat menjawab soalan kerja rumahnya. Dan Fiqa berbangga sekali dengan kejayaan abangnya bila dia dilantik sebagai Ketua Pengawas di sekolah.

Dan Nik pula selalu memanjakan Fiqa dengan melayan semua kehendaknya kerana dia sayangkan Fiqa kerana Fiqa adalah satu-satunya adiknya.

"Ok apa yang abang boleh bantu Fiqa? Masalah homework?," ujar Nik memandang wajah adiknya yang kelihatan bosan.

"Bukan homework! Fiqa dah habis buat..cuma bosan tak ada apa hendak buat!," jawab Fiqa lalu memeluk tubuh.

"Tak tahu apa nak buat??? Hmm???..pergi lah bantu emak kat dapur," ujar Nik lalu tersenyum.

"Stresslah Fiqa dengan abang Nik dengan mak! Bila Fiqa ke dapur hendak bantu..mak kata pergi buat homework, bila Fiqa jumpa abang, abang suruh Fiqa bantu mak kat dapur..Eii stress tau jadi unwanted ni!," rungut Fiqa lalu membaringkan kepalanya di atas meja. Dia benar-benar rasa tidak di perlukan di rumah sendiri. Tiada siapa yang hendak melayan dia. Nik tetawa kecil bila Fiqa merungut begitu. Dia sengaja hendak mengusik Fiqa.

"Oklah..merajuk pulak adik abang yang satu ni, abang bergurau aje tadi. Fiqa nak apa dari abang?," tanya Nik lalu memandang wajah Fiqa.

"Abang??? Budak perempuan tu masih buat masalah dengan abang lagi ke??," Fiqa bertanya pada abangnya wajahnya kelihatan ceria. Tujuan dia datang ke abangnya. Sebab dia mahu mendengar cerita-cerita menarik dari abang Niknya mengenai diari seorang Ketua Pengawas. Dia suka mendengar cerita dari abang Niknya mengenai seorang pelajar perempuan popular yang bermasalah di sekolah. Fiqa tidak belajar di sekolah yang sama dengan abang Niknya. Fiqa belajar di sekolah perempuan penuh.

"Budak perempuan??," tanya Nik bila Fiqa tidak menyebut nama budak perempuan yang di maksudkan.

"Budak perempuan yang kerap mencari masalah dengan abang di sekolah??? The Attention seeker? Siapa nama dia?? Dhia..?-,"

"Lia!," keluh Nik perlahan.

"Ah Lia!..Dia tak buat masalah baru ke dengan abang?," tanya Fiqa penuh minat. Dia selalu bertanya pada abangnya mengenai pelajar perempuan yang bernama Lia itu kerana apa yang abangnya ceritakan kepadanya tentang Lia agak lucu. Menurut abang Niknya, Lia pelajar perempuan ternakal di Tingkatan 5.

"Lia mana tak buat masalah baru..dia macam Fiqa. Attention seeker!," jawab Nik. Dia mencuit hidung Fiqa lalu tersenyum.

"Fiqa dengan Lia perangai lebih kurang sama kan! Tapi kan abang, orang macam kita hanya buat begitu pada orang yang kita mahukan perhatian sahaja. Orang lain kita tak buat begitu," ujar Fiqa lalu tersenyum.

"Abang tak faham maksud Fiqa," ujar Nik bila Fiqa berkata demikian.

"Contohnya macam Fiqa..Fiqa hanya mahukan attention dari abang sebab Fiqa sayangkan abang dan Fiqa juga tahu abang akan sentiasa penuhkan kehendak Fiqa sebab abang sayangkan Fiqa betul tak?," tanya Fiqa lalu tersenyum meleret. Hanya abangnya sahaja yang memahami perangainya.

Dia tidak berani membuat perangai dengan abah dan mak sebab mereka berdua garang. Lain pula dengan abang Niknya. Abang Nik selalu menurut kehendaknya dan memanjakannya. Bila abang Niknya sibuk dan tidak melayannya. Dia akan merasa restless dan dia mula melakukan sesuatu agar abang Niknya akan memberi perhatian kepadanya.

"Ok itu teori Fiqa mengenai perangai Fiqa yang suka di manjakan. Abang faham. Apa yang abang tak berapa faham dengan teori Fiqa, Fiqa mengatakan orang seperti Fiqa hanya buat begitu pada orang yang Fiqa mahukan perhatian sahaja, betul? Apa kena mengena dengan Lia pula? Kenapa dia hendakkan perhatian abang? Abang tak layankan kehendak dia, malah setiap perbuatan nakalnya abang denda," jawab Nik merasa keliru dengan teori Fiqa.

Fiqa menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Cara Fiqa menarik perhatian abang Nik. Dia mahu abang Niknya mengajak dia keluar bersiar-siar dan meluangkan masa bersama. Dia juga selalu meminta abang Niknya menemaninya pergi memancing menaiki bot walaupun abang Niknya tidak suka kerana abangnya tahu dia tidak pandai berenang. Tapi abangnya turutkan sahaja kehendaknya kerana mahu menyenangkan hatinya.

"So apa yang dia buat pada abang kali ini??," tanya Fiqa lalu menjungkitkan keningnya berkali-kali tanda dia ingin tahu. Tidak sabar mendengar cerita lucu Lia dengan abangnya.Nik tidak berkata apa sebaliknya dia menarik sedikit seluar track pants di sebelah kaki kanannya.

"Astarfirullah Al Azim!! What telah happen?? Kenapa kaki abang lebam sampai begitu sekali! 

Abang terjatuh motor ke?," tanya Fiqa lalu membelek kaki abang Niknya yang kelihatan bengkak dan lebam.

"Ini angkara perbuatan Attention seeker!," jawab Nik ringkas lalu tersenyum kelat kerana kakinya sakit di atas perbuatan Lia. Dia benar-benar tidak menyangka Lia seberani itu. Sanggup menendang kakinya kerana mahukan perhatian darinya. Dia benar-benar tidak tahu apa masalah Lia yang sebenarnya.

"Dia buat apa dengan kaki abang!,"

"Dia tendang kaki abang supaya abang denda dia,"

"Ini dah melampau sampai mencederakan orang..abang tak buat tindakan apa-apa pada dia ke??," ujar Fiqa dengan wajah simpati. Kesian abang Niknya. Kalau ye pun hendakkan perhatian tak adalah sampai hendak mencederakan orang.

"Dia sudah dikenakan tindakan displin dari pengetua sekolah. Dia digantung sekolah 3 hari," jawab Nik lalu menurunkan seluarnya semula. Dia tidak mahu emaknya tahu kerana dia tidak mahu merungsingkan hati emaknya. Lagipun dia anak lelaki mana mungkin dia memberitahu emaknya kakinya lebam dan bengkak disebabkan budak perempuan. Mana dia hendak meletak muka.

Fiqa hanya mendiamkan diri bila abang Niknya berkata demikian. Kenapa Lia berbuat begitu pada abang Niknya? Dia tidak dapat menghuraikan masalah Lia kerana cara Lia mengambil perhatian tidak sama seperti dia mahukan perhatian. Dia mahukan perhatian tidaklah sampai mencederakan orang dan menyusahkan orang. Sebab itu dia tidak faham masalah Lia.

"Eh kenapa termenung ni?," tegur Nik bila adik Fiqa diam seperti memikirkan sesuatu.

"Hari ahad ni abang habis kelas pukul berapa?," tanya Fiqa.

"Ahad abang habis sekolah jam 3. Kenapa??," tanya Nik hairan. Bila Fiqa tiba-tiba mahu tahu dia habis sekolah jam berapa. Fiqa mahu dia menjemputnya pulang dari sekolah?

"Fiqa jumpa abang kat sekolah abang nanti? Fiqa tunggu kat gate sekolah abang, lepas tu kita pergi makan kat luar sama-sama. Abang pun dah lama tak belanja Fiqa makan KFC," ujar Fiqa lalu tersenyum.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now