FIRDAUS memandang wajah Zara lalu memandang wajah Nik semula. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Benar kata Nik. Wajah Zara saling tidak tumpah seperti anak saudaranya Natalia.
Nik menghubunginya siang tadi mengatakan dia mahu menemukan teman yang baru di kenali kepadanya dan Firdaus meminta Nik membawa temannya itu ke rumahnya untuk minum petang.
"I'm sorry for staring, you look exactly like my niece!," ujar Firdaus lalu duduk di sofa hadapan Zara. Hampir sahaja dia tidak percaya yang wanita itu bukan Lia kerana penampilannya sama sekali seperti Lia.
Tadinya pembantu rumahnya Maria menangis memberitahunya wanita yang di temani Nik, kelihatan saling tidak tumpah seperti Lia. Dan dia terpaksa memujuk pembantu rumahnya supaya jangan bersedih kerana dia tidak menyangka sama sekali teman Nik itu betul-betul kelihatan seperti Lia.
"Zara, ini Firdaus my wife's uncle!," ujar Nik kepada Zara bila pak usunya kelihatan terperanjat sehingga dia tidak sempat memperkenalkan dirinya kepada Zara Lia.
"Maaf Zara for being rude earlier, I was just speechless when I saw you!," ujar Firdaus lalu memandang wajah Zara.
"It's ok, you are not the first!," jawab Zara lalu membuahkan senyuman kepada pakcik Nik. Waktu pertama kali Nik bertemu dengan dia dahulu. Nik berperangai pelik dan asyik memandang wajahnya sehingga dia menyangka Nik tidak sihat.
Nik tersenyum manakala Firdaus ketawa kecil bila Zara berkata demikian. Sungguhpun wajah mereka saling tidak tumpah namun personality wanita itu agak berbeza dengan anak saudaranya. Lia seorang wanita yang happy go lucky dan nakal manakala wanita itu seorang wanita yang ladylike.
"How can it be possible???," jawab Firdaus dengan wajah tidak percaya. Selama dia tinggal di Rome. Dia tidak pernah bertemu dengan Zara sebelum ini.
Zara hanya tersenyum bila Firdaus berkata demikian kerana dia sendiri tidak ada jawapannya. Semua ini kuasa Allah. Menurut Nik, pak usu Lia menetap di Rome. Dan selama ini, dia tidak pernah bertemu dengan pak usu Lia. Dan Nik yang bercuti di Rome dapat bertemu dengannya. Ini dinamakan takdir. Jika takdir tidak mahu menemukan mereka. Waimah mereka tinggal di negeri yang sama. Mereka tidak akan bertemu.
Zara mengalihkan pandangan kearah photo-photo frame yang tersusun cantik di meja sisi ruang tamu rumah uncle Firdaus. Dia mengerutkan dahinya perlahan bila terpandang akan wajah familiar di salah satu photo yang terdapat di frame tersebut.
Zara bangkit dari sofa lalu menuju kearah meja sisi. Frame yang terdapat gambar familiar itu diangkat lalu dia berjalan menuju kearah uncle Firdaus kerana ingin tahu siapa orang itu.
"Siapa orang ini uncle?," tanya Zara lalu menunjukkan jarinya kepada wajah yang terdapat di photo tersebut.
"That's my late brother-in-law! Lia's father," jawab Firdaus lalu memandang wajah Zara bila wanita itu bertanya padanya siapa lelaki yang terdapat di dalam frame gambar itu.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...