NIK mencapai cawan di hadapannya lalu menghabiskan sisa kopinya. Cawan di letak kembali di atas meja. Dia mencapai briefcase dan jaketnya dari kerusi di sebelahnya lalu bangun.
"You nak kemana?," tegur Lia bila Nik bangkit dari kerusi. Setahu dia cuti sakit Nik seminggu. Nik baru berehat di rumah Nik sehari, dia sudah hendak ke pejabat? Bukankah Doktor pesan supaya dia berehat selama seminggu di rumah?
"Pejabat sayang," jawab Nik dengan wajah selamba.
"But you are on hospitalization leave for a week," ujar Lia bila Nik sudah mahu bekerja setelah pulang dari hospital sehari dia dibenarkan pulang.
"There's nothing I can do if I stay at home..I need to keep my mind occupied," jawab Nik perlahan. Jika dia berada di rumah selama seminggu dia tidak tahu samada dia mampu untuk tidak memikirkan tentang hubungannya dengan Lia. Dan sekiranya dia bekerja sekurang-kurangnya dia dapat melupakan masalahnya seketika.
Lia hanya mendiamkan diri bila Nik berkata demikian. Walaupun wajah Nik tidak menunjukkan bahawa dia merasa stress dengan keadaan yang dia alami. Namun jauh di sudut hati, Lia dapat merasakan bahawa Nik benar-benar stress, di hospital Nik mengalami trauma kerana khuatir dia akan tinggalkan dirinya. Lia sedar Nik berkeadaan begitu disebabkan dia. Dan dia cuba untuk menjadi isteri yang baik untuk Nik. Tapi dia tidak mampu. Dia tidak mampu berkongsi kasih dengan Dania. Dia hanya mahu Nik untuk dia seorang.
Lia tidak mengerti mengapa Nik tidak dapat faham kenapa dia tidak mahu bersama dengannya, kerana Lia tidak mahu dirinya di madukan. Tapi sampai bila dia akan terus hidup dengan cara begini? Dia masih isteri Nik yang sah. Dia hanya ada 1 pilihan. Samada dia terima Dania sebagai madunya atau dia minta Nik lepaskannya. Walaupun kedua-dua pilihan itu perit, dia tidak ada cara lain dan dia harus membuat pilihan.
"Abang..Lia tidak mahu kita hidup dengan cara begini..," ujar Lia cukup membuatkan Nik memberhentikan langkahnya. Dia menoleh kearah Lia yang masih duduk di kerusi ruang makan.
Lia bangkit dari kerusi lalu mendekati Nik. Semakin dia hampir kepada Nik semakin sebak hatinya kerana dia sayangkan Nik. Walaupun dia tidak dapat mengingati bagaimana mereka bertemu semula setelah tamat sekolah. Bagaimana hubungan mereka mekar seterusnya jatuh cinta dan seterusnya mereka bernikah. Lia tidak kisah lagi kerana dia tahu dan percaya Nik adalah jodohnya.
Mungkinkah kerana dia tidak dapat ingat maka dia tidak dapat memahami peribadi Nik dan tindakannya berbuat demikian. Jika benar Ya Allah! Kau kembalikanlah ingatanku agar aku dapat redha dan terima suamiku seadanya, doa Lia dalam hati.
Wajah Nik di pandang dengan rasa kasihan di hati. Nik banyak bersabar dengannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menjauhkan diri dari Nik sedangkan dia sayangkan lelaki itu. Dia sukakan peribadi lelaki itu. Nik seorang lelaki yang penyabar.
Sejak dia belum mendapat ujian DNA lagi, dia sudah suka pada Nik. Dan setelah dia mendapat ujian DNA mensahihkan bahawa dia adalah Natalia isteri Nik yang telah hilang. Hatinya tidak melonjak gembira seperti yang disangka kerana Nik mahu bernikah dengan Dania. Hatinya merasa benar-benar kecewa bila mengetahui Nik sudah ada penganti dirinya. Dan Lia tidak dapat menerima berita itu kerana dia mahu mengecapi kebahagiaan bersama Nik. Nik mahu bernikah dengan Dania.
"Abang pun tidak sanggup berjauhan dengan Lia..sayang," ujar Nik tersenyum lalu memeluk Lia erat. Dia merasa bersyukur bila Lia berkata demikian. Lama dia menunggu saat begini, dia cinta dan sayangkan isterinya. Dia mahu kehidupan mereka kembali seperti dahulu. Dia rindukan tawa dan senyuman Lia. Rindukan Lia yang nakal yang selalu mengusiknya.
Lia membalas pelukan Nik. Hatinya merasa sayu tiba-tiba. Dia sudah fikir semasak-masaknya tidak mahu terus di belenggu dengan cara hidup begini. Dia harus membuat pilihan.
"Abang kena bantu pulihkan ingatan Lia semula," jawab Lia lalu meleraikan pelukan mereka. Dia memandang wajah Nik.
Dia perlukan bantuan Nik untuk memulihkan ingatannya semula kerana hanya itu sahaja yang dapat mempertahankan hubungan mereka.
"Insya Allah..Lia, abang akan bantu pulihkan ingatan Lia," jawab Nik lalu tersenyum. Dia merasa lega bila permintaan itu yang Lia mahukan darinya. Dia memang bercadang hendak membawa isterinya ke tempat-tempat mereka bersama selalu dahulu agar Lia dapat ingat semula namun dia tidak berpeluang untuk berbuat demikian kerana Lia masih marah padanya.
"Tapi, jika ingatan Lia masih tidak dapat di pulihkan..Lia harap abang akan menerima keputusan Lia dengan hati yang terbuka," jawab Lia lalu duduk di sofa. Dia sedar perbuatannya itu tidak adil dan dia tidak boleh menyalahkan Nik seratus peratus. Namun dia hanya manusia biasa. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan Lia tidak mahu terus menerus hidup dengan cara begini. Dia sudah membuat keputusan sendiri.
"Apa maksud Lia? Abang tak faham?," ujar Nik lalu duduk di sofa hadapan Lia. Dia kurang mengerti akan maksud Lia. Jika Lia tidak dapat mengingati semula. Apa keputusan yang Lia akan buat nanti?
"Maafkan Lia abang..Lia hendak hidup sendiri," jawab Lia dengan sebak tanpa memandang wajah Nik kerana dia tidak sanggup hendak menatap wajahnya.
Nik terperanjat mendengar jawapan Lia. Dia tidak menyangka isterinya meminta permintaan sebegitu darinya. Tidakkah ada cara lain yang dapat Lia fikirkan? Dia sudah berjanji kepada Lia bahawa dia tidak akan bernikah dengan Dania jika Lia tidak setuju.
Dia berjanji pada Lia pada malam yang dia di serang demam teruk. Dia mahu bertemu dengan Dania dan memberitahu Dania bahawa dia tidak dapat memenuhi permintaan Dania kerana dia sayangkan isterinya dan berharap Dania mengerti dan memutuskan hubungan mereka. Dia tidak berkesempatan berbuat demikian kerana dia masih menunggu saat yang sesuai untuk bertemu dengan Dania.
Tapi hari ini, isterinya telah memberinya ultimatum bahawa sekiranya dia tidak dapat membantu Lia memulihkan ingatan. Lia meminta dia membebaskannya. Dia hanya manusia biasa. Dia hanya boleh membantu apa yang termampu. Selebihnya dia berserah kepada Allah. Dia tidak bisa melawan takdir. Jika jodohnya dengan Lia setakat di situ. Dia harus redha dengan ketentuaannya.
"Lia...tak ada cara lainkah untuk kita pertahankan perkahwinan kita selain dari syarat yang Lia minta dari abang?," ujar Nik perlahan lalu memandang kearah Lia.
Hatinya benar-benar sebak dan sedih bila mendengar permintaan Lia. Permintaan Lia yang sukar baginya untuk di tunaikan. Dia sayangkan Lia dan mahu mempertahankan perkahwinan mereka. Ini ujian Allah berikan kepada mereka. Dia berharap Lia dapat bersabar dan bertahan.
"Maafkan Lia bang, Lia tidak kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan ini abang," jawab Lia lalu memandang wajah Nik. Airmatanya mengalir perlahan. Dia benar-benar tidak kuat dan terlalu lemah.
"Kita harungi bersama...I'm always here for you, sayang," ujar Nik menghampiri Lia lalu memeluknya perlahan.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...