LIA membuka pintunya sedikit dan mengintip dari celah pintu biliknya, dia ingin mendengar perbualan di antara Nik dengan pak usu Firdausnya. Dia tidak tidur sebaik sahaja Nik meninggalkan biliknya tadi. Dia yakin dan pasti pak usunya mahu berbual dengan Nik terlebih dahulu sebelum membenarkan lelaki itu pergi.
Lebih-lebih lagi kenalan yang dia bawa pulang kali ini sebangsanya kerana sebelum ini, yang selalu menghantarnya pulang ke rumah jika tidak anggota polis pasti lelaki berbangsa Italy, belum pernah lelaki berbangsa melayu menghantarnya pulang. Dia yakin Pak usunya akan merasa curious. Pasti dia ingin tahu dimana dia mengenali Nik.
Lia tersenyum bila pakcik Firdausnya baru menyedari siapa Nik. Pak usu Firdausnya tahu mengenai Nik, kerana pak usunya seringkali menerima aduan dari ibunya dahulu yang mengatakan dia selalu mencari masalah dengan ketua pengawas. Dan Nik pula merupakan musuh ketatnya semasa di sekolah dahulu.
Dan perbuataannya itu juga membuatkan atas kening kanan Nik berparut dan parutnya kekal sehingga sekarang. Kesian Nik. Dia selalu mencari sebab untuk bergaduh dengannya. Dia tidak tahu kenapa? Dia seakan ketagih jika tidak di denda Nik sehari di sekolah. Dia akan sanggup mencari Nik dan membuat perkara yang boleh menyebabkan dia di denda Nik lagi. Dan terkadang itu Nik tidak mahu mendendanya kerana Nik tahu dia hanya mahukan perhatian darinya. Kerana Lia hanya berbuat begitu bila pengawas yang bertugas Nik sahaja. Pengawas lain dia tidak pernah membuat hal.
Setelah menyedari taktik Lia. Nik cuba menukar jadual tugasnya dengan pengawas lain agar Lia tidak dapat bertemunya. Namun Lia tidak pernah berputus asa. Dia tetap mahu di denda Nik. Kerana sungguhpun dia selalu mencederakan Nik. Salah satu darinya meninggalkan kesan parut di atas keningnya dan dia pernah meninggalkan kesan gigitan di tangan Nik. Nik tidak pernah hilang sabar dengannya. Nik hanya mendendanya sahaja seperti biasa. Selepas didenda. Lia akan mencari masalah baru dengan Nik lagi.
Lia tahu Nik benci padanya walaupun Nik seringkali menunjukkan bahawa dia tidak pernah ambil berat dengan kelakuan dan perangainya yang kadang kala terlebih batasan dan bersikap kurang ajar dengannya. Dia tahu Nik benar-benar membenci. Namun Nik tidak pernah melakukan apa-apa atau membalas balik akan perbuataan kasar keatas dirinya. Mungkinkah kerana Nik seorang Ketua Pengawas sekolah maka dia sentiasa mahu rekodnya baik. Atau Nik sememangnya seorang lelaki yang benar-benar penyabar? Belum pernah dia lihat Nik marah atau hilang kawalan diri. Nik sentiasa cool bila melayan karenah mengakalnya. Seolah-olah perbuataan mengakalnya itu tidak memberi kesan apa-apa ke atas dirinya.
Lia memanggil Maria perlahan sebaik sahaja Maria melintas biliknya setelah menyediakan air minuman buat Nik dan pakcik. Maria masuk ke dalam bilik Lia bila dipanggil.
"Sì. Signorina Lia," (Yes, Miss Lia?)
"Proprio ora Nik ti ha dato il suo biglietto da visita, si può dare a me?," (Just now, Nik gave you his business card, can you give it to me?)
"Lui vuole che io do a tuo zio," (He wants me to give it to your uncle)
"Voglio solo vedere, si può dare a lui più tardi!," (I just want to see it, you can give it to him later!) ujar Lia mendesak agar Maria menyerahkan business card Nik kepadanya.
"Tutto ok," (All right) jawab Maria mengalah setelah di desak. Dia menyeluk saku bajunya lalu menyerahkan card yang di terima dari pemuda yang bernama Nik kepada Lia.
"Grazie! Io darò questo a te più tardi!," (Thank you! I will give this back to you later!) ujar Lia dengan wajah teruja. Matanya bulat membesar bila dapat kad Nik dari Maria. Bibirnya menguntum senyum. Kepalanya sudah plan sesuatu untuk Nik. Lia merasa teruja sendiri kerana dia sudah mendapat kembali teman gaduhnya.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
Любовные романыSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...