Part 97

100 3 0
                                    


LIA memandang wajah pak usunya dan Dania silih berganti sebaik sahaja pak usunya menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku setelah dia berpisah dengan Nik dahulu. Dania mengambil keputusan untuk bernikah dengan pak usunya pula kerana Dania merasa jiwanya serasi dengan Firdaus. Lia tidak tahu hendak berkata apa pada Dania kerana perbuatan Dania yang tidak matang itu telah menyebabkan mereka berdua berpisah.


Dan sungguhpun Dania tidak bernikah dengan Nik. Lia masih tidak dapat menjauhkan diri dari Dania kerana Dania kini pangkat makciknya pula.


Lia tidak tahu samada dia perlu menangis atau merasa gembira setelah mendengar penjelasan mereka berdua. Perasaannya bercampur baur antara geram dan marah di atas perlakuan Dania dan dalam masa yang sama dia merasa gembira bila mengetahui bahawa dia berpeluang untuk kembali kepangkuan Nik. Dia hanya berharap Nik dapat menerimanya semula. Dia sedar akan kesilapannya dan ingin membina hubungannya dengan Nik semula. Sungguhpun dia masih tidak dapat mengingati masa silamnya bersama Nik. Dia mahu membina memori yang baru bersamanya.


"What a pleasant surprise to see you here Firdaus!..I didn't know that you were here too!! If I had known that you were here, I would have invited you to our solemnization!," tegur Haider dengan wajah ceria sebaik sahaja berada di meja tempat Firdaus dan Dania berada. Dia tidak tahu bahawa pak usu Lia turut bercuti sama di Dubai kerana siang semalam Firdaus tidak ada sama. Hanya Dania dan Nik. Tadi dia mencari kelibat Nik namun Nik tidak kelihatan bersama mereka. Semasa majlis akadnya dia tidak nampak Dania dan Nik ada sama.


"Congratulations to you Haider! Yes! Kita tak sempat hendak hadir sebab tersalah masjid," jawab Firdaus dengan wajah selamba lalu tersenyum. Dania mencubit pinggang Firdaus bila dia berkata demikian.


"Tersalah masjid?? I thought I told Nik and Dania masjid Sheikh Zayed?? And you two look cozy together! Am I missing something?," tanya Haider jujur bila dia lihat Dania kelihatan begitu mesra dengan Firdaus.


Dia menoleh ke arah Lia yang hanya duduk diam sahaja seperti memikirkan sesuatu. Lia langsung tidak merasa teruja bertemu dengan pakciknya. Mungkin Lia masih bersedih hati dan tidak dapat menerima hakikat bahawa Dania itu adalah isteri Nik. Dia tahu Lia tidak seperti dirinya sejak kebelakangan ini dan dia tahu akan sebabnya mengapa. Lia masih cintakan Nik dan dia menyesal akan perbuataannya.


"It is because they are husband and wife," jawab Lia tanpa menoleh ke arah Haider semasa dia berkata demikian. Dia sibuk mendial nombor Nik. Lia bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu keluar ballroom.


"Husband and wife??,"


"Hi honey! Dania, thanks for coming! Meet my hubby Lorenzo!," tegur Aisya lalu memeluk lengan Haider mesra. Dia mahu memperkenalkan Haider kepada temannya Dania.


"Dear you kenal Dania dan Firdaus?," tanya Haider lalu menoleh memandang wajah isterinya.


"Of course I kenal Dania, she's my ex-colleague from Emirates but not the gentleman next to her! You know Dania too?," soal Aisya kembali bila suaminya turut kenal pada Dania. What a coincidence! Namun Aisya tidak kenal pada lelaki yang duduk di sebelah Dania. Siapa lelaki matang lagi kacak itu? Kenalan Dania?

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now