Part 67

45 3 0
                                    


NIK mematikan enjin keretanya dan merasa terperanjat bila mendapati ada sebuah kereta Audi yang tidak dikenali terparkir di perkarangan rumah ibunya. Siapa yang datang? Siang tadi dia menerima panggilan telefon dari ibunya untuk minum petang bersama kerana dia tahu Nik masih cuti berehat di rumah. Nik memberitahu ibunya Lia punya temujanji di luar dan tidak dapat hadir sama.


"Assalamualaikum...," ucap Nik sebaik sahaja berada di muka pintu.


"Waailaikumsalam...," jawab mereka yang berada di ruang tamu membalas salam Nik. Sekali lagi dia dikejutkan dengan tetamu yang datang. Ibu dan ayah Dania berada di ruang tamu sedang berbual mesra dengan ibu dan ayahnya.


"Sayang...my parents are here," ujar Dania lalu mendapatkan Nik. Dia yakin pasti Nik merasa terperanjat dengan kedatangan kedua ibu ayahnya. Dia tidak memberitahu Nik mereka akan ke rumah ibunya.


"Bila uncle dan auntie sampai?," tegur Nik lalu mendekati mereka yang sedang duduk di sofa lalu menghulurkan salam kepada ayah Dania. Dia merasa terperanjat dengan kedatangan mereka kerana selalunya mereka akan memberitahunya awal jika mereka mahu datang dan Nik akan menjemput mereka di Airport.


"Pagi tadi..maaf sebab kami datang mengejut, impromptu..auntie kamu rindukan Dania," jawab uncle Harun lalu menoleh memandang kearah isterinya yang duduk di sebelah. Isterinya Puan Dahlia hanya tersenyum bila suaminya mengatakan dia rindu pada anaknya.


Dania memeluk lengan ibunya manja lalu tersenyum kearah Nik. Dania sebenarnya merasa gembira bila mendapati kedua ibu ayahnya berada di Kuala Lumpur. Dapatlah dia mendesak kedua ibu ayahnya untuk menetapkan tarikh pernikahannya dengan Nik. Pertunangan mereka sudah hampir 6 bulan dan mereka tidak pernah menetapkan berapa tahun mereka bertunang. Dan Dania mahu tarikh pernikahannya di percepatkan.


Ayah Nik, Farhan hanya memandang wajah Nik, dia tahu Nik terkejut. Manakala ibunya merasa serba salah kerana tidak memberitahu Nik awal tadi akan kedatangan mereka. Dia sendiri terperanjat bila menerima tetamu mengejut siang tadi. Tetamu itu pula bakal besannya. Dia tidak tahu samada mereka tahu mengenai Lia. Dia tidak sempat bertanya perkara itu kepada Dania. Namun lihat dari wajah bersahaja Dahlia dia yakin bahawa Dahlia tidak tahu tentang Lia.


Memang siang tadi dia menghubungi Nik untuk menjemput Nik dan Lia untuk minum petang bersama. Nasib baik Nik memberitahunya bahawa Lia punya temujanji di luar dan tidak dapat hadir sama. Jika tidak, pasti mereka terkejut bila melihat Nik bersama wanita lain kerana setahu mereka isterinya Nik sudah meninggal dunia. Dia suami isteri masih belum bersedia untuk menceritakan tentang Lia kepada ibu dan ayah Dania kerana dia belum berbincang dengan Nik tentang perkara itu. Mereka sendiri tidak tahu samada Nik masih mahu meneruskan pernikahannya dengan Dania atau sebaliknya kerana mereka belum ada kesempatan untuk berbicara dengan Nik, dan mereka juga tahu Nik sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Lia. Mereka juga tahu, Lia tidak dapat menerima Dania dalam hidupnya. Mereka tidak mahu mendesak Nik kerana mereka tidak mahu Nik mengalami tekanan.


"Nik tidak bekerja hari ini?," tegur Puan Dahlia bila bakal menantunya kelihatan pendiam hari ini dan kurang berbicara seolah-olah terlalu banyak perkara yang berada di fikirannya.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now