Part 37

55 4 0
                                    


HAIDER menoleh memandang kearah Zara. Wanita itu berjalan seorang diri menuju kearahnya. Dia mendapat tahu dari mamanya Zara keluar dengan seorang lelaki setelah habis waktu kerjanya. Dia merasa tidak senang hati bila mendapat tahu Zara mula rapat dengan lelaki melayu yang di temui tempoh hari di Cafe.


Menurut dari penerangan mamanya lelaki yang keluar bersama Zara adalah lelaki yang sama. Dia tidak tahu akan asal usul lelaki itu. Adakah dia lelaki baik dan boleh di percayai.


"Haider! You are not working a night shift?," tanya Zara tersenyum bila di lihat Haider berdiri di bawah mengambil angin malam. Dia tidak tahu Haider tidak bekerja malam ini.


"Zara keluar dengan that malay guy ke?," tanya Haider tanpa menjawab pertanyaan Zara.


Zara berjalan menghampiri Haider bila lelaki itu bertanya soalan demikian. Mana Haider tahu dia keluar dengan siapa? Zara menarik kerusi di hadapan Haider lalu duduk.


"Nik, that malay guy's name is Nik. Ya, I baru balik bertemu dengan Nik," jawab Zara mendatar lalu memandang wajah Haider. Dia tahu Haider merasa cemburu bila dia mula rapat dengan Nik.


Haider suka pada dia. Dan dia juga suka pada Haider. Tapi suka dia pada Haider hanya suka seorang teman dan tidak lebih dari itu.


"I just want you to be careful Zara, we don't know whether this Nik is a good person or bad," jawab Haider dengan wajah prihatin. Dia tidak mahu Zara mudah percaya dengan lelaki yang baru di kenali. Dia bimbangkan keselamatan Zara.


"Trust me he is good person, he had lost his wife in the Santa Lucia Station tragedy too Haider!," jawab Zara lalu menyandarkan badannya di kerusi. Dia mahu Haider tahu bahawa dia berkawan dengan lelaki itu bukan suka-suka. Dia berkawan kerana dia dapat merasakan lelaki itu dapat membantunya. Dari segi apa Zara tidak pasti. They share the same predicament.


"He lost his wife in Santa Lucia?," ujar Haider terperanjat bila Zara mengatakan lelaki itu kehilangan isterinya di Santa Lucia.


"So you don't have to worry about me and him, we are merely friends!," jawab Zara lalu bangkit dari kerusi. Tidak semua yang dia bualkan dengan Nik tadi akan di ceritakan kepada Haider. Dia tidak mahu membuatkan lelaki itu khuatir tentang dirinya.


"I bukan apa, I cuma tak mahu you terlalu percayakan orang Zara! Kita tak tahu niat mereka!," jawab Haider memberi pesanan kepada Zara. Dia mahu Zara berhati-hati itu sahaja.


"I tahu Haider! It's getting late and I'm tired! Good night Haider!," jawab Zara lalu bangun dari kerusi. Dia menaiki tangga spiral menuju kearah biliknya di tingkat 2.


Haider masih duduk di kerusinya. Dia tahu Zara tidak suka di pesan selalu kerana dia bukan anak kecil yang harus di ingatkan selalu. Dia cintakan Zara. Dia tidak mahu Zara terlepas ke tangan orang lain. Dan dia juga tahu Zara tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ini selain dia. Kehadiran lelaki melayu itu telah mengugat kedudukannya. Dia bimbang Zara akan jatuh cinta pada lelaki itu. Itu yang Haider khuatirkan.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now