Di Ospedale Civile, Hospital
LIA duduk di birai katil lalu membelai rambut Nik perlahan. Wajah suaminya dipandang dengan penuh belas.
"Sayang dah sedar!," ujar Lia perlahan lalu tersenyum bila Nik membuka matanya menoleh ke arahnya. Nik segera mencapai tangan Lia lalu menciumnya perlahan untuk melepaskan rindu. Dia mimpi buruk semalam bahawa isterinya telah tiada.
"Sayang pergi mana tadi?? Abang cari sayang?," ujar Nik lalu membelai wajah isterinya perlahan. Dia merasa bersyukur kerana isterinya berada dalam keadaan selamat.
Dia benar-benar rindukan Lia. Semasa dia sedar awal tadi isterinya tidak berada disisinya. Yang ada hanya ibu, ayah dan pak usunya. Bila ditanya dimana Lia mereka mengatakan Lia tak ada lagi.
"Lia tak ada disini abang?," jawab Lia tersenyum.
"Lia pergi mana? Jangan tinggalkan abang sayang! Lia temankan abang di sini!" ujar Nik mengengam tangan Lia erat kerana tidak mahu berpisah dengan isterinya. Dia mahu isterinya menemaninya di sini.
"Abang kena jaga diri!," ujar Lia tersenyum lagi.
"Abang hendak Lia jaga abang!," ujar Nik dengan wajah bersungguh-sungguh. Dia mahu isterinya yang menjaganya bukan orang lain. Dia tidak sanggup berpisah dengan Lia.
"Abang...Lia tak ada disini, Lia hanya imiginasi abang, setiap kali abang rindu dan teringatkan Lia, abang akan nampak Lia," jawab Lia tersenyum lagi.
"Imiginasi??? Mustahil? Kenapa Lia hendak berbohong dengan abang? Tadi ibu kata Lia tidak ada lagi, tapi Lia di depan mata abang!," ujar Nik lalu menoleh kearah kanan mencari ibunya ingin menunjukkan bukti bahawa isterinya masih hidup dan berada di sisinya. Namun dila di toleh kearah Lia semula. Lia telah lenyap dan tidak lagi berada di sisinya seperti tadi.
"LIA!!! LIA!! Mana Lia!!!," jerit Nik panik bila isterinya tiada. Dia cuba mahu melepaskan dirinya dan mahu mencari isterinya.
Nurse serta petugas hospital berlari ke katil Nik bila terdengar jeritan pesakitnya. Mereka cuba mententeramkan pesakitnya. Awal tadi pesakitnya telah diberi suntikan kerana dia bertindak aggressive. Pesakitnya asyik menjerit memanggil nama isterinya yang telah tiada.
*****
NIK berdiri berdekatan Trevi Fountain, dia mengimbas kembali kenangannya bersama Lia di Fountain ini. Jika teman sekerjanya Dante tidak memberitahunya tentang seorang wanita berbangsa asing yang berkelakuan pelik berada di dalam Fountain 4 tahun lepas, mungkin juga dia tidak akan bertemu dengan Lia. Sudah tertulis dia akan bertemu Lia di sini setelah 10 tahun mereka tidak bersua muka.
Setelah dia mengenali dan mula rapat dengan Lia. Dia mendapat tahu bahawa Lia mengidap penyakit Histronic Personality Disorder Symptoms sama seperti penyakit adik kesayangannya.
Pengidap penyakit ini, sentiasa mahukan perhatian dari orang yang disayangi. Dia baru mengerti mengapa Lia selalu mencari masalah dengannya di sekolah dahulu. Lia mahukan perhatian darinya kerana Lia suka padanya. Dan ketika itu, dia tidak pernah terfikir bahawa Lia suka padanya, kerana dia menyangka Lia benci padanya maka Lia sentiasa mencari masalah dengannya. Namun setiap perbuatan nakal Lia dia mampu bersabar. Dan Lia seakan tahu dia akan melayannya kerana dia cukup bersabar dengan perangai Lia dahulu.
Sudah tertulis jodohnya dengan Lia. Hanya jodohnya tidak panjang kerana Allah lebih menyayangi Lia.
Sehingga kini setelah 3 tahun Lia meninggalkannya. Cintanya terhadap Lia masih segar di sanubarinya dan dia masih sayangkan wanita itu.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
Lãng mạnSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...