DANIA berjalan mundar mandir di hadapan Firdaus bila dia mendapat berita yang tidak menyenangkan itu. Zara Lia adalah isteri Nik, Natalia. Zara Lia hilang ingatan semasa kemalangan di Santa Lucia Station. Bila di fikirkan semula ianya tidak logic. Jika Zara Lia itu isteri Nik siapa pula yang mereka kebumikan 3 tahun yang lalu? Dania malas hendak memikirkannya kerana hatinya benar-benar panas dan tidak senang dengan berita itu. Lia akan menjadi penyebab utama Nik tidak akan cinta padanya.
Firdaus pening melihat wanita itu berjalan mundar mandir sedari tadi. Dia tahu Dania tidak senang hati bila mendapat tahu bahawa Zara itu Natalia. Dania khuatir Nik akan mengambil keputusan yang tidak menyenangkannya.
"Dania you mundar mandir begini? You seriously think it can help you solve the problem?," ujar Firdaus lalu memandang wajah Dania.
"I'm fed up uncle! I've been working so hard to get Nik's love and I'm this close! Your niece had to ruin it! Damnit!," ujar Dania dengan wajah bosan lalu duduk di sofa berhadapan dengan Firdaus.
"Lia cinta sejati Nik," jawab Firdaus dengan wajah selamba. Bukan dia mahu menyakitkan hati Dania, tapi itu hakikat yang sebenar. Dia kenal Nik. Nik seorang lelaki yang setia pada satu.
"You are not helping!," jawab Dania lalu menjeling Firdaus bila lelaki itu tidak membantu menyedapkan hatinya malah menambah sakit di hatinya.
Firdaus tetawa kecil, Dania menjeling bila dia berkata benar.
Lia cinta sejati Nik. Dan Nik tidak akan mencintai wanita lain selain dari Lia. Dan sekiranya Nik bernikah dengan Dania hanya kerana dia merasa bertanggungjawab kerana telah memberi harapan kepada Dania dan bukan kerana dia cintakan Dania. Dania sanggup hidup bersama lelaki yang tidak mencintai dirinya?
"Kenapa Dania sukakan Nik?," tanya Firdaus sekadar ingin tahu.
Dania tahu dari awal Nik cintakan Lia dan masih cintakan Lia walaupun ketika itu Lia tiada. Namun Dania masih cuba menawan hati Nik. Dari pemerhatiannya Dania tidak dapat menawan hati Nik kerana Nik tidak pernah mahu mengambil hati Dania atau cuba mencintai Dania. Dia hanya menurut kehendak Dania kerana desakan keluarga bukan kerana dia rela.
"Because I love him!," jawab Dania.
"That I know..you love him! Kalau Dania tidak cintakan Nik, Dania tidak akan..you know behave like this? Tapi kenapa Nik? What is so special about him yang Dania cannot find in other men?
"I don't know..sebab Dania sukakan Nik sejak dari sekolah lagi, Dania rasa kita berdua serasi," jawab Dania tidak berapa yakin dengan jawapannya kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dia suka sangat tentang Nik. Apa yang dia tahu dia cintakan Nik sejak dari sekolah itu sahaja.
"Sejak dari sekolah? Dan Nik tidak pernah acknowledge perasaan Dania selama ini? Poor thing! Nik shouldn't have ignore you, if I were Nik, I would adore you," jawab Firdaus lalu tersenyum.
"Really?? That's the nicest thing I've ever heard from you," jawab Dania lalu tersenyum. Hatinya berbunga gembira bila Firdaus pandai membuatkan dia tersenyum. Benarkah Firdaus bermaksud sedemikian atau dia hanya berkata begitu hanya untuk menyedapkan hatinya.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...