Part 79

49 1 0
                                    


DANIA memeriksa handphonenya bila dia tidak menerima sebarangan panggilan telefon dari Nik. Dia sudah meninggalkan pesanan beberapa kali pada setiausaha Nik, Farah dan juga menghantar sms kepada Nik supaya hadirkan diri di Boutique untuk fitting baju perkahwinan mereka.


Hampir setengah jam dia menunggu namun bayang Nik tidak kelihatan sedari tadi. Berurusan dengan Nik sudah seperti berurusan dengan President USA. Susah! Nik jarang meluangkan masa dengannya. Jangan kata keluar bersama, panggilan telefon darinya pun Nik jarang layan. Jika dia mahu bertemu, Nik selalu mengatakan dia sibuk dan tidak punya masa untuk bertemu. Dania menjadi stress sendiri dengan perangai Nik yang semakin menjadi-jadi. Mereka bakal menjadi pasangan suami isteri tidak lama lagi namun layanan Nik terhadap dirinya masih tetap dingin malah semakin teruk sejak Lia kembali dalam hidup Nik.


Dania tidak pernah ambil tahu tentang hubungan Nik dengan Lia kerana pada Dania, ia tidak penting buat dirinya dan disebabkan itu dia tidak pernah ambil tahu. Biar Nik menguruskan rumahtangganya dengan Lia. Apa yang dia tahu Nik hadirkan diri pada hari pernikahan, selebihnya dia tidak mahu ambil tahu.


"Dania mana your tunang belum datang lagi??," tegur seseorang cukup membuatkan Dania tersentak terperanjat.


"I think he's stuck in a meeting..I'll try it on first while waiting for him to come," ujar Dania lalu bangkit dari sofa. Dia mencampak handphonenya di atas sofa kerana merasa sakit hati dan bosan dengan perangai Nik.


"Ok," ujar Alia lalu membawa Dania menuju kearah fitting room.


                                                                             ****


NIK melirik kearah handphonenya. Dia menerima banyak pesanan ringkas dari Dania. Dania meminta dia bertemunya di butik untuk fitting baju pengantin. Nik tidak berjanji pada Dania dan dia sememangnya tidak ada mood untuk mencuba baju pernikahan mereka. Dia serahkan semuanya pada Dania. Dia tidak kisah Dania memilih warna apa kerana seperti apa yang dikatakan kepada Dania tempoh hari. Dia hanya hadirkan diri pada hari pernikahan. Selebihnya dia serahkan kepada Dania.


Beberapa hari yang lepas dia tidak bertemu Lia dan Lia juga tidak menjawab panggilan telefonnya. Bila dia menghubungi ibu mertuanya. Ibu mertuanya mengatakan Lia tidak berada di rumah. Nik benar-benar bingung dengan perangai dan tindakan Lia yang tidak mahu bertemu dengannya. Dia berharap sangat Lia memikirkan semula tentang keputusannya. Dia tidak mahu Lia membuat keputusan terburu-buru. Dia sayangkan Lia dan dia juga tahu Lia masih sayangkannya. Dia tahu Lia tidak sanggup dimadukan maka dia meminta Nik untuk melepaskannya.


Nik mencapai handphonenya lalu menghubungi Dania.


"Hello Nik??? You kat mana? Kenapa belum sampai lagi?," jawab Dania sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon dari Nik.


"I can't meet you," ujar Nik dengan suara mendatar. Dia di dalam perjalanan ke rumah ibu dan ayahnya. Nik mengambil keputusan untuk bermalam beberapa hari di sana. Dia tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak mahu bersendirian.


"Why Nik??? Kenapa you selalu seksa hati I Nik?? Apa kesalahan yang I buat pada you Nik?? You tak kisah langsung tentang our big day," ujar Dania dengan linangan air mata. Hatinya benar-benar sayu dan sedih bila Nik tidak kisah langsung tentang dia sejak Lia kembali dalam hidup Nik.


Selama ini, dia hanya bersabar dan membiarkan Nik bersama Lia kerana dia tidak dapat menafikan kenyataan bahawa Lia itu adalah isteri Nik. Dan dia hanya wanita yang menumpang kasih dari Nik. Dia cuba pujuk hatinya supaya bersabar. Nik tidak keluar dan luangkan masa bersamanya. Dia diamkan sahaja kerana Nik telah berjanji akan menunaikan janjinya terhadap dirinya. Dan oleh kerana dia cintakan Nik maka dia sanggup menghadapi dugaan hidup bersama dengan Nik.


"Dania you tahu masalah I-,"


"Masalah you?? Then how about me? Ever-since Lia came back to your life, have you ever care about me Nik??? You buat I seperti tunggul. You tak pernah luangkan masa you untuk I..you said you want to spent time with your wife..even though I'm not happy being neglected by you, but I still let you go...I ni tunang you Nik??," ujar Dania perlahan lalu mengesat airmatanya yang mengalir sedari tadi.


Selama ini, dia hanya pendamkan apa yang terbuku di hatinya. Dia tahu semua orang menyalahkan dia sebagai orang ketiga dalam hidup Lia dan Nik. Dia tidak merampas Nik dari Lia. Semasa dia bertunang dengan Nik dahulu, dia tidak tahu Lia masih hidup. Dia bersedia berkongsi kasih sayang Nik bersama Lia. Dia tahu ianya tidak mudah. Tapi oleh kerana dia sayang dan cintakan Nik dia sanggup menjadi isteri kedua Nik.


Nik hanya mampu mendiamkan diri mendengar keluhan hati Dania. Dia sedar dia banyak bersalah pada Dania. Kenyataan Dania terhadap dirinya itu benar. Sejak Lia kembali dalam hidupnya. Dia langsung tidak pedulikan Dania. Dania seperti tidak wujud lagi dalam hidupnya. Dia hanya tumpukan perhatian pada Lia.


"Tell me Nik..berdosakah I kerana mencintai you???," ujar Dania perlahan cuba menahan sebak. Benarlah dia hanya menepuk sebelah tangan selama ini. Nik tidak pernah mencintainya. Nik hanya mencintai Lia. Tapi mengapa Nik bersetuju untuk bertunang dengannya dahulu. Adakah kerana Nik merasa kasihan padanya? Atau Nik menerimanya hanya sekadar untuk mengisi kekosongan Lia?


"I'm trully sorry Dania," ujar Nik perlahan, hatinya tersentuh mendengar keluhan hati Dania. Tiada perkataan lain yang dapat dia ucapkan selain dari meminta maaf dari Dania. Dania tidak bersalah apa-apa padanya. Salah dirinya kerana telah menabur janji pada Dania dan Dania kini menuntut janjinya.


Mungkinkah jodohnya memang tiada dengan Lia dan Dania penganti Lia?


"I know you will never love me Nik, I'm aware of that, my only mistake is falling in love with you Nik," jawab Dania lalu mematikan telefonnya. Dia tidak mampu menahan rasa sedih, airmatanya berlinangan laju. Dia sedar dia tidak dapat memaksa Nik untuk membalas cintanya. Dia hanya perlukan pengertian dari Nik.


Nik tahu Dania begitu kecewa dengan sikapnya. Dia juga merasa kecewa pada dirinya sendiri kerana dia bukanlah seorang lelaki yang tidak punya hati dan perasaan. Dia sedar, dia tidak seharusnya melayan Dania sebegitu. Nik merasa insaf dan bersalah pada Dania. Dania tahu dia tidak dapat membalas cintanya namun Dania masih mahu meneruskan niatnya untuk menjadi isterinya.


Tidakkah Dania tahu betapa perit dan seksanya cinta yang dihulurkan tidak di balas? Sedangkan hampir separuh nyawanya seakan hilang bila Lia mengambil keputusan untuk berpisah dengannya. Semakin dia cuba untuk mempertahankan mahligainya, semakin jauh Lia dari hidupnya. Adakah ini pembalasan yang Allah berikan kepadanya kerana tidak menjaga hati dan perasaan orang lain?



Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now