ERYAN memeluk pinggang Lia mesra sambil berjalan menuju kearah kelas. Lia menyengul perut Eryan bila terpandang wajah Nik. Eryan memandang kearah depan bila Lia berbuat begitu. Nik sedang berjalan perlahan arah bertentangan mereka. Dia sengaja tidak mahu melepaskan tangannya dari memeluk pinggang Lia kejap.
"Jangan buat perkara yang tidak elok dalam kawasan sekolah!," tegur Nik lalu berdiri di hadapan Eryan dan Lia cukup membuatkan pasangan dua sejoli itu berhenti melangkah bila di tegur ketua pengawas mereka. Lia tidak menghiraukan teguran Nik malah wajahnya kelihatan selamba tidak bersalah.
Eryan menoleh memandang Nik bila lelaki itu berkata demikian.
"Tak elok apa?," jawab Eryan dengan wajah kurang senang bila Nik menegur mengatakan mereka berbuat perkara yang tidak elok.
"Ini sekolah, tempat menuntut ilmu bukan untuk bercinta," jawab Nik serious lalu memandang wajah mereka berdua.
"Kau jealous kau tak boleh buat begitu sebab kau ketua pengawas sekolah?? Kau tu bukannya baik sangat pun!," sindir Eryan dengan wajah selamba.
Nik tidak menghiraukan sindiran Eryan terhadap dirinya.
"This is not the first time, Eryan. Ini merupakan amaran terakhir buat kamu berdua-,"
Lia menjeling meluat bila Nik memberi mereka amaran.
"Amaran??? Heh kau siapa hendak beri kami amaran??," ujar Eryan lalu menolak bahu Nik kasar merasa tidak puas hati.
Lia tersenyum sinis bila Eryan berbuat begitu pada Nik. Dia merasa puas hati. Dia tidak tahu kenapa hari ini dia tidak membantu Eryan menjawab balik kata Nik. Dia mahu lihat bagaimana Nik mengawal Eryan pula kerana yang selalu mencari masalah dengan Nik dia, Eryan jarang sekali.
Nik tidak membalas tindakan Eryan malah dia hanya memandang wajah Eryan dengan penuh kesabaran bila lelaki itu berbuat demikian. Dia tahu tugasan yang disandang sebagai seorang Ketua Pengawas bukannya mudah. Dia harus bijak menangani situasi yang sentiasa di hadapi setiap kali murid-murid sekolah tidak berdisplin.
"Manners maketh man." Do you know what that means? No? Then let me teach you a lesson," jawab Nik lalu menyeluk kedua belah tangannya ke dalam saku seluarnya.
Dia tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan pelajar seperti Eryan yang tidak takut pada undang-undang sekolah kerana di dalam handbook menjadi ketua pengawas tidak ada mengajar bagaimana hendak berdepan dengan pelajar yang bermasalah. Dan dia percaya Eryan tidak makan di saman jika dia mendendanya sekalipun.
"Kau tak payah hendak mengajar aku lah!," ujar Eryan mahu menumbuk Nik. Namun Nik berjaya mengelak lalu memulas tangan Erhan agar Erhan tidak mampu bergerak dan menyerangnya lagi.
Lia terperanjat bila Eryan berani menyerang Nik. Eryan sudah hilang akal ke? Semuanya berlaku dengan pantas. Dia tidak menyangka sama sekali Eryan akan bertindak sedemikian rupa.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...