Part 82

51 2 0
                                    


DANIA memandang ketempat dimana Nik dan Lia berada dari jarak jauh. Melihat body language Lia melayan Nik. Dania dapat merasakan bahawa Nik sedang memujuk Lia. Benarlah kata Nik rumahtangganya dengan Lia masih bermasalah. Lia masih belum dapat menerima hakikat bahawa dia akan di madukan. Dan Nik merasa tertekan kerana dia tahu Lia pernah menyatakan kepada Nik jika mereka tidak bersatu hati. Lia mahu Nik melepaskannya.


"Dania!! Congratulations!! I tak sangka you dengan Nik akan bernikah next week!," tegur Fadilah teman sekelas mereka dahulu. Dia tahu Dania sukakan Nik sejak di bangku sekolah lagi. Dia tidak menyangka impian Dania untuk berkahwin dengan Nik tercapai. Sudah jodoh dia dengan Nik.


"Terima kasih Dilah..ni anak yang ke berapa??," ujar Dania lalu mengusap perut Fadilah perlahan kerana temannya itu mengandung 5 bulan. Fadilah sudah berumahtangga 8 tahun yang lalu. Dia merasa cemburu melihat teman-teman sebayanya sudah bersuami dan berkeluarga. Hanya dia sahaja yang masih belum berkahwin di antara teman-teman sekolahnya.


"Yang kedua," jawab Fadilah lalu tersenyum gembira.


"Tahniah," jawab Dania tersenyum lemah.


"Eh kenapa ni?? Orang yang bakal hendak menjadi permaisuri sehari patut gembira..," usik Fadilah lalu menarik lengan Dania. Mereka duduk di kerusi berdekatan dengan mereka kerana Fadilah ingin berbual panjang dengan Dania kerana mereka sudah lama terputus hubungan sejak habis sekolah dahulu.


"Entah lah Dilah..selama ini aku kejar-kejarkan Nik, bila Nik bakal menjadi suamiku tidak lama lagi, aku tidak merasa teruja pula..," jawab Dania dengan rasa sebak. Sejak peristiwa dimana dia meluahkan perasaannya pada Nik tempoh hari. Nik mula berubah. Nik tidak lagi menyakitkan hatinya. Dan Nik cuba menunaikan permintaannya untuk majlis pernikahan mereka.


Dia sepatutnya merasa gembira dengan perubahan Nik. Namun dia tidak berasa begitu. Bukankah itu yang di mahu dari Nik selama ini? Mahukan perhatian dari lelaki itu? Namun mengapa dia merasa tidak teruja bila lelaki itu mula memberinya perhatian? Entahlah dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri. Kenapa dia tidak merasa gembira bila Nik baik padanya. Adakah mungkin kerana dia merasakan Nik baik padanya kerana terpaksa dan bukan kerana dia ikhlas dengannya.


"Tak teruja??? Kenapa pula! Ah ni perasaan kau sahaja..biasalah orang tua-tua kata cubaan orang bertunang ni hebat," pujuk Dilah bila dilihat wajah sedih Dania.


"Aku tak tahu lah kenapa aku rasa begitu," jawab Dania lalu memandang kearah tempat Nik dan Lia semula. Kedua-dua mereka tidak lagi berada di situ. Dania cuba mencari kelibat mereka namun tidak bertemu.


"Kau cari siapa?? Cari Nik ke?? Alahai abang awak tu tak kemanalah? Mesti dia bertemu dengan teman-teman sekelasnya dahulu, abang..you nampak Nik tak??," ujar Fadilah bila suaminya menuju ke arah mereka.


Fadilah bernikah dengan teman sekelas Nik iaitu Ariffin. Dania tahu mereka berdua bercinta sejak mereka di tingkatan 4 lagi.


"Nik?? Tak ada?," jawab Ariffin lalu duduk di kerusi kosong sebelah Fadilah. Dia menyerahkan fruit punch kepada isterinya. Awal tadi dia berbual-bual dengan Nik mengimbas kembali zaman persekolahan mereka. Dia boleh di katakan rapat dengan Nik semasa di sekolah dahulu. Dia pernah terserempak dengan Nik beberapa tahun yang lalu. Mereka sempat berbual-bual dan bertanya khabar masing-masing. Seingatnya masa pertemuaannya dengan Nik dahulu. Lelaki itu sudah berkahwin. Tapi mengapa Dania mengatakan dia akan bernikah dengan Nik?


"He's somewhere around," ujar Fadilah lalu tersenyum.


Ariffin memeluk pinggang isterinya mesra. Hubungan mereka masih seperti dahulu. Sayang menyayangi di antara satu dengan lain. Ariffin seorang lelaki yang penyayang begitu juga Fadilah. Hubungan mereka seperti pasangan yang baru hendak menimang cahaya mata yang pertama kerana layanan yang Ariffin berikan kepada isterinya membuatkan Dania merasa sedikit cemburu. Loving and caring.


"I love to look at both of you..so loving and caring," ujar Dania lalu tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Dia berharap hubungan dia dengan Nik sebegitu selepas bernikah.


"Kata suami isteri..mestilah kena loving and caring," jawab Ariffin bila Dania berkata demikian.


"You ni abang..tak perlulah beritahu Dania segan tau I, cuba you ajar Nik jadi seorang lelaki romantic sikit, kesian I tengok my friend ni hah," jawab Fadilah tersipu malu. Suaminya itu memang seorang lelaki berjiwa romantic.


"Ajar Nik jadi romantic??? Kalau you nak tahu sayang..I belajar bab-bab romantic ni dari Nik lah! Kalau sayang nak tahu Nik tu seorang lelaki yang berjiwa romantic, saja dia tidak mahu tunjuk sebab tak mahu orang tahu," jawab Ariffin lalu tetawa kecil.


"Serious???," ujar Fadilah dengan wajah tidak percaya lalu memandang wajah suaminya tepat bila dia berkata demikian. Nik romantic? Eh tak kan iya kerana setahu dia Nik seorang lelaki yang tegas semasa dia menjadi ketua Pengawas dahulu. Tiada seorang pelajar perempuan yang dapat menakluki hati Nik kerana Nik tidak pernah melayan. Sedangkan Dania yang rapat dengan Nik di sekolah dahulu baru sekarang baru dapat menakluki hati Nik.


"Dulu masa you merajuk dengan abang dahulu..I bumped into Nik. Kita minum kopi dan berborak-borak..then I told him that you merajuk dengan abang..Nik yang berikan tips untuk menambat hati sayang..sebab dia kata wife dia pun kuat merajuk-,"


"Wife????," ujar Fadilah lalu memandang wajah suaminya.


Dania menjadi serba tidak kena bila Ariffin berkata demikian. Ariffin tahu Nik sudah berkahwin? Bagaimana Ariffin tahu? Dan melihat wajah terperanjat Fadilah dia percaya Fadilah tidak tahu akan status Nik. Dan Dania tidak menceritakan apa-apa pada Fadilah tentang Nik melainkan mereka berdua sudah bertunang dan bakal bernikah minggu hadapan.


"Did I said wife?," ulang Ariffin lalu mencapai fruit punch di hadapannya dengan wajah serba salah. Dia tidak sengaja terlepas kata.


"Ya you said wife," ujar Fadilah memandang wajah suaminya.


"Maksud abang tunang dia," ujar Ariffin membetulkan ayatnya semula. Dia memandang kearah Dania yang kelihatan serba salah bila dia berkata demikian. Melihat wajah pelik Dania, Ariffin merasa hairan. Adakah Dania tahu bahawa Nik sememangnya sudah beristeri?


"Kau bertunang dengan Nik sudah lama? Kenapa baru sekarang hendak bernikah?," tanya Fadilah sekadar ingin tahu. Yelah usia mereka sudah menjangkau pertengahan 30an. Baru kini Dania dan Nik mahu berumahtangga?


Ariffin merasa dia tidak perlu ada bersama isterinya ketika ini kerana tidak mahu di soal isterinya tentang Nik. Biar Dania yang menjawab sendiri setiap soalan yang di ajukan oleh isterinya tentang hubungan Dania dan Nik.


"Sayang I nak jumpa my ex-classmate Hamzah, you both continue talking," ujar Ariffin lalu bangun dari tempat duduknya menuju kearah sekumpulan ex-classmatenya yang sedang berbual rancak maklumlah sudah lebih 10 tahun tidak bertemu tentu banyak cerita yang hendak di kongsi bersama.


"It's complicated Dilah," jawab Dania tersenyum kelat. Matanya terpandang ke arah kelibat Nik dan Lia yang sedang berjalan masuk ke dalam gallery room




Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now