Part 55

47 3 0
                                    


NIK di tempatkan di wad Intensive kerana Doktor mengesahkan Nik dijangkiti rare viral fever disease dan perlukan pengawasan dari masa ke semasa. Doctor juga mengatakan Lia bertindak bijak menghantar Nik ke hospital awal jika tidak keadaannya akan bertambah serious.


Lia menghampiri katil Nik. Lelaki itu sedang tidur berehat dan hanya nafasnya sahaja yang kelihatan turun naik perlahan. Lia duduk di kerusi berdekatan dengan katil Nik. Tangan Nik di sentuh perlahan. Dia kasihan melihat keadaan Nik yang terlantar lemah. Dia masih tidak dapat melupakan wajah cemas Nik semalam memanggil namanya. Apa yang membuatkan Nik merasa cemas semalam. Apakah mimpi ngeri yang sering menganggu Nik.


Dia tidak mahu terjadi apa-apa keatas diri Nik. Terlalu banyak dosa yang telah di lakukan terhadap diri Nik. Nik seorang lelaki yang penyabar. Sanggup bersabar dengan perangainya.


Lia menoleh ke arah pintu bila pintu wad ditolak. Ibunya, ibu dan ayah mertuanya masuk ke bilik wad. Lia menghampiri mereka lalu bersalam.


"Macamana dengan keadaan Nik sekarang Lia?," tegur Puan Faezah dengan wajah risau lalu mendekati katil anaknya. Dia mengusap rambut anaknya perlahan.


"Demamnya tidak tinggi seperti semalam!," jawab Lia bila ibu mertuanya bertanya.


"Lia di hospital dari semalam? Lia balik rehat biar mama yang jaga Nik," jawab mamanya pula.


"Pergilah Lia..bila Nik sedar nanti, kami hubungi Lia," ujar ayah mertuanya bila Lia kelihatan keberatan untuk meninggalkan Nik.


Lia menganggukkan kepalanya perlahan. Dia mencapai bag tangannya lalu menghampiri Nik. Lia mengusap rambut Nik perlahan.


"Get well soon sayang!," ujar Lia lalu mencium pipi Nik perlahan.


Dia membuka pintu wad dan merasa terperanjat bila Dania berada di muka pintu. Dania turut merasa terperanjat bila terserempak dengan Lia.


Lia memandang wajah Dania sekilas lalu pergi meninggalkannya tanpa berkata apa, begitu juga Dania kerana dia merasa janggal kerana bertemu dengan Lia. Dia tidak sangka Lia masih berada di hospital lagi kerana dia menyangka Lia menemani Nik di hospital. Dia tahu hubungan Lia dengan Nik tidak begitu baik kerana Lia tidak bersetuju dirinya dimadukan dengannya.


Lia merasa kecewa bila mengetahui bahawa Nik masih berhubungan dengan Dania. Nik tahu dia tidak suka pada Dania. Nik masih mahu meneruskan hubungan dengan Dania. Adakah Nik cintakan Dania maka Nik masih meneruskan hubungannya dengan Dania?


Lia merasa tidak senang hati bila memikirkan hubungan Nik dengan Dania. Nik memberitahunya bahawa dia tidak cintakan Dania dan dia hanya menjalinkan hubungan dengan Dania kerana kehendak keluarga.


Tapi Lia sudah kembali kepada Nik. Kenapa Nik masih mahu meneruskan hubungannya dengan Dania? Tidak cukupkah hanya dia untuk Nik maka Nik mahu memperisterikan Dania juga? Nik mengatakan kepadanya bahawa Nik hanya cintakan dia seorang. Dia keliru dengan kenyataan Nik. Selagi Nik tidak membuat pilihan, selagi itu dia tidak akan kembali kepada Nik. Nik harus memilih dia atau Dania.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now