NIK hanya duduk memerhatikan uncle Firdaus dan isterinya sibuk bersiap-siap untuk menghadiri majlis pernikahan Haider dan juga majlis persandingan teman Dania iaitu Aisya yang mereka temui semalam.
Dania memberitahunya awal pagi tadi bahawa itinerary mereka hari ini di Dubai untuk menghadiri majlis pernikahan Haider dan menghadiri resepsi teman baiknya Aisya, kebetulan Aisya membuat majlis resepsinya di hotel tempat mereka menginap.
"Nik tak siap lagi?," tegur uncle Firdaus bila Nik masih duduk di sofa memerhatikan mereka berdua bersiap-siap untuk menghadiri majlis pernikahan Haider.
"You two go ahead," jawab Nik jujur. Dia tidak bercadang untuk menghadiri majlis pernikahan Haider. Apatah lagi melihat wanita yang dicintai dan di sayangi bernikah dengan lelaki lain.
"Dear you ni tak sensitive dengan Nik..mana mungkin he's attending Lia's wedding?," jawab Dania lalu menepuk lengan Firdaus perlahan. Dania turut merasa sedikit kecewa bila Lia mengambil keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain kerana menurut Firdaus Lia masih di dalam iddah lagi.
Masakan Lia tidak tahu hukum hakam agama. Atau Lia juga jahil seperti dirinya yang tidak tahu hukum hakam agama. Nasib baiklah suaminya itu tidak jahil sepertinya. Dania merasa kagum dengan suaminya, sungguhpun dia kelihatan agak modern namun dia pandai dalam segi agama. Firdaus juga banyak membimbing dan membentuk Dania dalam ilmu agama.
"Sensitive apa? Why do you think I nak attend their wedding?? To support them? I nak terangkan kepada Lia that she can't proceed with the wedding!," jawab Firdaus lalu memandang wajah Dania.
"Are you serious?? You hendak hentikan majlis Lia??," tanya Dania dengan wajah terperanjat. Firdaus serious atau bergurau dengannya? Kerana wajah Firdaus menunjukkan seperti dia bergurau.
"Yes!," jawab Firdaus tangannya mencapai jaket beigenya lalu di sarungkan ke badannya.
Nik bangkit dari sofa tanpa berkata sepatah apa, dia berjalan menuju kearah pintu.
"Sampaikan salam saya pada Haider dan Lia," jawab Nik lalu menutup di belakangnya.
Firdaus dan Dania berpandangan sesama sendiri, bila Nik berkelakuan sebegitu. Expresi wajah Nik cukup bersahaja, mereka tidak tahu samada Nik merasa sedih atau mungkin Nik tidak merasa apa-apa langsung kerana seringkali merasa kecewa dan dia sudah lali dengan situasi demikian.
"Should we be worried??," ujar Dania lalu memandang wajah suaminya.
"InsyaAllah Nik can handle his feelings, sayang you bersiap sahaja sudah nak masuk waktu asar! Majlis Haider selepas asar kan?," jawab Firdaus lalu memandang wajah isterinya. Dania masih belum siap berdandan lagi. Pukul berapalah isterinya itu akan siap.
"Ok sorry sayang..I siap cepat," jawab Dania berlari menuju kearah kamar tidur mereka.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...