"HOW was your honeymoon trip?? Membuahkan hasil?," usik Firdaus lalu tersenyum meleret sebaik sahaja Nik menjawab panggilan telefonnya. Selama hampir 2 minggu dia tidak menerima khabar berita dari Nik dan Lia. Mereka berdua sudah berbaik semula ke? Jika benar Alhamdullilah! Itu yang mereka selalu dia doakan buat Nik dan Lia. Bila dia menghubungi pembantu rumahnya di Rome. Maria mengatakan mereka sudah berangkat pulang ke Malaysia. Firdaus merasa pelik kerana mereka tidak bercuti lama di Rome.
"Alhamdullilah semuanya ok, sorry we didn't call you when we were there," jawab Nik merasa bersalah kerana tidak menghubungi uncle Firdausnya memberitahu keadaan mereka di sana. Dia tahu pasti unclenya tertanya-tanya perkhabaran mereka.
"Ah it's ok, you guys were on your honeymoon! Kenapa pulang awal?," ujar Firdaus lalu tersenyum. Setahunya Lia suka melancong di Europe. Dia sangka mereka akan ke Venice dan negara-negara jiran di Europe.
"Lia minta pulang awal," jawab Nik tanpa mengulas panjang.
"Lia?? Minta pulang awal? That's new. I thought she loves Rome??,"
"Apparently that's not the case anymore," jawab Nik perlahan lalu menurunkan tandatangan di atas dokumen yang di serahkan pembantu peribadi barunya bernama Farah.
"Your relationship with Lia going well..I hope?," tanya Firdaus lagi dengan suara prihatin.
"Hold on uncle-,"
Firdaus terdengar Nik sedang berbual dengan pembantu peribadinya mengenai sesuatu.
"Hello..," ujar Nik sebaik sahaja Farah meninggalkan bilik pejabatnya. Sepulangannya dari cuti tempoh hari. Dia benar sibuk dengan kerja sehingga dia tidak punya masa untuk pergi ke rumah ibunya.
"Sorry uncle menganggu kamu waktu kerja," ujar Firdaus.
"It's ok uncle..," ujar Nik lalu menutup pen mont blancnya. Dia menyandarkan badannya di kerusi merehatkan badannya. Beberapa hari lepas dia tidak dapat tidur dengan lena kerana terlalu memikirkan hubungannya dengan Lia.
"Nik??," tegur Firdaus bila Nik tidak kedengaran peramah seperti selalu.
"I hope for the best uncle..so far so good," jawab Nik setelah menyedari dia tidak menjawab pertanyaan Uncle Firdausnya. Dia memberi jawapan begitu hanya untuk menyedapkan hati uncle Firdaus agar dia tidak merasa risau. Lia tidak bertegur sapa dengannya sejak pulang kelmarin kerana perbalahan mereka di pesawat dahulu. Pelbagai cara dia cuba memujuk dan menambat hati Lia. Namun Lia seakan benar-benar benci padanya.
"It's good to hear that," jawab Firdaus merasa lega mendengar jawapan dari Nik. Pasti kakaknya turut akan merasa gembira bila mendengar perkhabaran berita dari Nik. Hanya mereka merasa khuatir jika Lia akan berubah hati sekiranya dia tahu Nik akan meneruskan pernikahannya dengan Dania dalam masa beberapa bulan lagi. Dan hubungan mereka akan menjadi rengang lagi. Dia tahu Lia tidak merestui hubungan Nik dengan Dania apatah lagi berkongsi kasih dengan Nik.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...