Part 18

74 7 0
                                    


LIA mencari-cari kelibat Nik. Bibirnya menguntum senyum bila dia lihat Nik masih bersama kenalan Madam Sharon dan mereka sedang leka memerhatikan sebuah lukisan yang terdapat di dinding Madam Sharon.


Wanita itu memaut lengan Nik ketika Nik sedang menerangkan lukisan itu kepadanya. Wanita itu kelihatan asyik memandang wajah Nik menunjukkan dia suka pada lelaki itu bila lelaki itu menerangkan sesuatu. Lia tahu akan pandangan sebegitu.


Ini tidak boleh jadi. Hendakkan khidmat professional Nik mengenai barangan antics atau lebih dari itu? Lia menghampiri Nik lalu menyentuh bahu lelaki itu perlahan. Nik menoleh bila terasa bahunya di sentuh seseorang. Wanita yang berada di sebelah Nik menoleh memandang ke arahnya.


"Ikut I pergi luar, I bosanlah!!," bisik Lia ke telinga Nik.


"You tak nampak ke I tengah sibuk sekarang!," jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada teman Madam Sharon di sebelahnya. Dia sedang sibuk menerangkan kepada Carena mengenai lukisan di hadapannya kerana Carena ingin tahu apa yang tersirat di sebalik lukisan itu, Lia datang menganggunya.


"Suka hati you lah, kalau terjadi apa-apa pada I, you jawab pada pakcik I sebab dia tahu I keluar dengan you," ugut Lia lalu berjalan meninggalkan Nik dengan perasaan marah.


Dia benci pada Nik kerana Nik langsung tidak menjaga hatinya. Membawanya ke majlis ini, namun Nik tidak melayan dan ada bersama dengannya.


"Mi dispiace mi scusi, ci sono cose urgenti che devo partecipare, vediamo il Lunedi nel mio ufficio?," (I'm sorry Carena, please excuse me, there are urgent things that I have to attend to, see you on Monday in my office?) ujar Nik kepada teman Madam Sharon.


"Ok, vedo il Lunedi, Nik," (Ok, I 'll see you on Monday, Nik)


Hati Nik merasa tidak senang bila Lia mengugutnya begitu. Dia berjalan laju mengejar Lia yang sudah keluar dari mansion Madam Sharon menuju ke arah jetty. Kemana Lia hendak pergi?


Nik mempercepatkan langkahnya bila dilihat Lia menaiki sebuah sports boat peribadi yang terdapat di situ.


"You nak pergi mana Lia?? Ini boat siapa??," ujar Nik bila Lia menaiki boat yang terdapat di situ dengan selambanya. Nik dapat merasakan Lia cuba mencari masalah dengannya lagi.


"Madam Sharon! kalau you nak ikut naik! Kalau tak nak, tak apa!," jawab Lia dengan wajah selamba. Lia memulas kunci lalu menghidupkan enjin boat.


Dia memandang wajah Nik bila lelaki itu masih lagi berdiri tercegat di jetty dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan ikut menyertainya. Lia sudah nekad, jika Nik tidak mahu ikut. Dia akan memandu boat ini sendiri.


Nik kelihatan serba salah bila Lia berdegil. Dia sebenarnya agak keberatan untuk menyertai Lia. Namun dia tiada pilihan lain kerana Lia seorang wanita degil dan dia tidak akan mendengar cakapnya. Mahu tak mahu dia terpaksa menurut kehendak Lia.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now