Part 33

55 4 0
                                    


NIK duduk memerhatikan wanita yang mirip isterinya dari luar Cafe. Dia tidak tahu kenapa hati kecilnya mengatakan bahawa wanita itu adalah Lia isterinya, dan selama ini, dia tidak tersilap kerana dia merasakan bahawa isterinya Lia masih hidup dan tidak meninggal sepertimana keluarganya fikirkan.


Semasa jenazah Lia di kebumikan, Nik tidak berada sama kerana dia berada di dalam koma maka mereka tidak dapat menunggu sehingga Nik sedar.


Ibunya menyerahkan kepadanya jaket dan cincin pernikahan Lia yang di terima dari pihak hospital. Pihak hospital mengatakan jaket dan cincin itu yang terdapat di badan jenazah semasa mereka bertemu di tempat kejadian.


Nik tidak pernah percaya dan merasakan bahawa isterinya sudah tiada. Malah setelah dia sihat, Nik membuat laporan polis dan dia ke embassy memberi mereka maklumat mengenai isterinya. Malah Nik ke tempat-tempat Lia suka kunjungi dahulu berharap dia dapat bertemu dengan isterinya semula.


Namun keluarganya mengatakan perbuataan Nik hanya sia-sia kerana Lia sememangnya sudah tiada. Namun naluri hatinya yakin benar, bahawa jenazah yang di kebumikan itu bukan jenazah isterinya, tapi dia tidak dapat membuktikan kesahihannya kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa setelah jenazah sudah di kebumikan.


Tapi setelah dia bertemu dengan wanita yang menyerupai isterinya dia benar-benar yakin bahawa wanita itu adalah Lia. Tapi apa yang membuatkannya musykil kenapa wanita itu tidak terperanjat bila terpandang wajahnya tadi, jika wanita itu benar-benar Lia. Dan kenapa Lia tidak mencarinya semula?


Atau wanita itu pelanduk dua serupa? Fikiran Nik benar-benar sesak dan dia tidak dapat memikirkannya secara logik lagi. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu menaruh harapan yang tinggi, kerana dia sudah mula dapat menerima kenyataan dan dia tidak mahu membebankan keluarganya lagi.


Nik tersentak bila wanita itu berada di hadapannya sedang dia sibuk memikirkan wanita itu.


"Maaf, Encik hendak tambah cappucinonya lagi? Atau saya boleh bersihkan meja Encik?," ujar wanita itu lalu memandang wajah kacak lelaki melayu yang membuatkan dia merasa serba tidak kena tadi. Lelaki itu kelihatan termenung bila dia menegurnya tadi. Dia tidak pernah nampak lelaki itu ke Cafenya sebelum ini. Pelancong barangkali bisik hati kecil Lia.


Tadi, dia berharap benar lelaki itu tidak pergi kerana dia mahu bertemu dengan lelaki itu setelah kerjanya di kaunter selesai. Nasib menyebelahinya kerana lelaki itu duduk di luar cafenya dan masih lagi berada di situ.


Nik mengelengkan kepalanya perlahan lalu membuahkan senyuman kepada wanita itu. Nik menyedari suara wanita itu juga sama seperti isterinya.


Matanya tidak dapat mengelak dari terus memandang wajah wanita itu, perbuataannya itu membuatkan wanita itu merasa tidak selesa di perhatikan begitu.


"Encik sihat?," tegur Zara bila sepasang anak mata lelaki itu tidak lepas dari terus memandang wajahnya.


Nik tetawa kecil bila wanita itu bertanya samada dia sihat. Dia sedar perbuataannya itu agak kurang sopan namun dia tidak mampu berhenti berbuat demikian kerana dia benar-benar rindukan isterinya. Dan memandang wajah wanita itu sedikit sebanyak mengubat rindunya terhadap Lia.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now